Pages

  • Home

Wan's




salam.. haisyy.. baru jep balik dari jomheboh.. wahahahha, orang ramai da mcm semot.. perghhh lagi larut malam lagi ramai pulak org. lagi meriah.. wah, na cari parking? toksah cakap lah an, mmg seksa.. sbb tuh lah abah malas sgt na pi.. tapi adek2 aku kemain lagi nak pi.. ntah na wat hape pon tak tau.. hahaha, sampaikan, jalan punyer sesak, ade satu kete ni dok hon2 kete depan.. wei, AGAK AGAK r siket der, caner nak jalan.. dah jammed.. kau nak jalan sangat, kau pasang sayap kt kete kaw then kau tekan button FLY.. mesti kaw tak bengang dah pastu.. nak jek aku maki kan.. walaupon dier tak hon kami.. tapi takde otak ke?? kau hon pon pejadahnyer yg kaw dapat?? ta paham betol akuh manusia nih.. hisy2.. =,='.
hah, sudah2.. aku tanak citer dah pasal si mamat kete WIRA merah tuh.. plat WILAYAH ok.. HAHA.. relex2, aku tanak timbulkan kontroversi.. heehehe..lex rr, ade jek duk pahang tapi no KL what.. hahaha!! hah, sesampainyer kami kat sane dah nak maghrib, jadinyer solat lah dulu.. pas solat, jalan2, round satu padang MPK 2 tuh, then lapar, drop by kt gerai mee hoon sup KEDAH ! pergghhhh mmg terbaekkkk wok! semangkuk 5 hengget, tapi kami puas lah kan coz sedap :)
then, pas makan round2 lagi then mak beli macam2 packet yg satu packet RM10 uh.. melambak2 dalam bonet kete pastuh.. HAHA.. abah dah lenguh2 kaki, kene la balek.. hahaha.. around 9.30 kami sampai dah kt rumah, then sempatlah aku tonton Konsert AF9 .. hahaha.. itu sahaja.. nothing to share, just i LOVE to write !! heeee..



                                  

          

       orang minyak naek minyak !! HAHA

        

      SI BANYAK CAKAP

      okeh, that's all
       peace.assalamualaikum


p/s : nak pi jomheboh pk duakali o berkali2 pon tape, sbb PARKING.. wakakakaka !


Share
Tweet
Pin
Share
2 comment
salam dan selamat sejahtera blogger2 sekalian.. hurmm, bagi mereka yang menonton akademi fantasia 9, mesti sangat2 memahami tajuk entry saye kali ni.. hah, nampak sgt saye ni kaki AF.. wakaka.. lantaklah.. hee.. hurm, pada konsert minggu lepas kita dapat saksikan pelajar bernama MIZA telah tersingkir kerana undian ANDA. Saye pon ok jelah kan kalau miza keluar, dah jangka dah pon kan.. TUP tup, ADE 3 penyingkiran rupenyer malam tuh.. haaaaaaaaaa.. sape2?? AMIR ngan AIDA telah terlibat dalam OPS gugur.. ish2.. kesian ngat kan.. PENGKRITIK pada konsert malam tuh bagi kritikan mmg PEDAS berapi wooo.. MULUT longkang baek punya.. hahahaha.. tetttttt !! cuma AZRI,KAY ngan LENA je dipuji dan dikecualikan oleh mereka dalam OPS gugur.. tapi yang menghangatkan suasana apabila PAK NIL umumkan AFMASUK HAZAMA ngan FINA.. perghhhhhhhh !! Bayangkan perasaan AIDA time tuh ann.. LAU saye jd aida pun berasap gak an.. HEE, tapi na wat caner dah rezeki adek dia dapat masuk AF, so just be profesional .. actually OPS gugur ni berkaitan ngan maruah.. so agak terkilan lah kan si amir ngn aida.. tapi saye tengok amir dalam diari dah teresak2 menangis nak undur diri dari AF, so apelagi? bukan harus GEMBIRA ka?? tetttttttttttt !! hee.. kesian jugak kt pelajar AFMASUK yg dua org tuh coz tak terpilih.. FIR ngan FINA.. saye tgk FIR cm takleh terima kenyataan pun ade.. hisy2.. banyak bersabar.. rupa dah ade, jadi model pon ok lah FIR.. hee.. ok kan idea saye?? wakaka.. hah, dah2.. dah ta larat na tulis.. jum tgk gamba2 mereka :




MIZA tersingkir di konsert ke-3



AMIR pelajar OPS gugur



AIDA pelajar ke-2 digugurkan



PELAJAR2 AF musim KE-9 yg baru


HAH, there's some video to you all
jum layan..
PANASSSSSS !!!





just 2 video saje yg mampu saye ambik.. jangan lebih2.. wakakaka..
layann k.. cool lah aida dan amir :)





p/s : if na tgk video tp bising ngn my musixbox, just scroll your mouse kebawah then PAUSE kan lagu fav saia tuh ea.. HAHA.. enjoy, PEACE! salam..





Share
Tweet
Pin
Share
5 comment
salam.. fuhh ! da lme ta bukak blog nih.. hee.. harini na update pasal sibling.. why?? coz saia bru pas gado2 ngn abang.. HAHA.. de jahat.. suke cari pasal.. HAHAHA.. Tapi lau xde de kt uma mmg sunyi sgt.. mereka kekuatan saia !! :) bukan saia ja mcm tu kan? korang pon same.. sape ta sayang adek beradek kan ..oky2, dah2.. jangan na bebel sgt.. hee.. OKAY ,tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka. sejauh mane kebenarannya? jum check it out !! ^^,


Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.

Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah

Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
hurmmm.. anda rase betol tak fakta nih? o juz tulisan sahaja? hurmm.. renung2kan lah ye.. tapi bagi saye kalau anak sulong ngn bongsu tuh mmg tepat! HAHA.. okay.. thanks 4 reading.. PEACE ! assalamualaikum ~~


sa ranghe :)

Share
Tweet
Pin
Share
6 comment
Salam..
selamat malam blogger sekalian..
terima kaseh yg teramat pada blogger azim nick coz de yg bagi idea nih..
HAHA.. thanks adek :)





pantang larang org dulu2?? adakah ianye hanya direka tanpa sebab atau adakah ada sebab disebaliknyer? na taw jom kite discuss..
k, let see ape pantang larang yg selalu sangat kite dengar :

1. Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
    kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala
  
2. Tidak boleh makan berpindah tempat
    kerana - takut kahwin ramai
  
3. Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
    kerana - takut lambat jodoh
  
4. Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
    kerana - takut ayah@ibu meninggal
  
5. Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
    kerana - akan dapat suami tua

HAH, anda rasa betul ke sebab2 yg diberi tuh bg setiap pantang larang? haaaaaaa.. ade sebab disebaliknyer lah.. jum proceed :
sebab sebenar bg pantang larang diatas :

1. takut kain jemuran tuh jatuh, malas na cuci semula

2. takut satu tempat makan bersepah, tempat lain pulak yang bersepah

3. sebenarnya payah nak lalu lalang

4. akan sakit dada dan kaki menjadi kebas

5. takut masakan hangus dan tak sedap..

HAHA, da puas ati?actually mereka buat pantang larang tuh bukan saje2..ade sebabnye dan bagus untuk kite ikut..contonhya macam pantang larang keempat tadi cuba kita pandang dari segi sains. Orang melayu dulu-dulu pun dah pandang dan mengetahui istilah sains.bila terlalu lama meniarap dengan kaki keatas, akan mendatangkan masalah dada dan jantung. Dada akan merasa sakit dan jantung akan kurang upaya untuk mengepam darah. so, tak ke bagus lau kite ikut pantang larang tuh .. banyak lagi pantang larang yang ade.. ta mampu lah na tulis semua.. ade pantang larang yg patot kite ikut dan ade yg ta patut kite ikot.. so, pandai2lah menilai.. ok.. hope you all suke entry ni dan sedikit sebnyak mmbantu.. sharing is caring.. asssalamualaikum, PEACE ! :)
    
Share
Tweet
Pin
Share
No comment

Assalamualaikum..

na bagi info sikit jep kat korang2 harini.. TOP10 artis muda terkaya di Hollywood


1. Miley Cyrus also known as Hannah Montana
Paycheck: $25 million


2. Daniel Radcliffe (tie), the Harry behind the "Harry Potter" series
Paycheck: $25 million


3. Mary-Kate and Ashley Olsen, the former "Full House" twins who own Dualstar Entertainment Group
Paycheck: $15 million


4. Jonas Brothers, every tween girl's favorite rock band
Paycheck: $12 million


5. Zac Efron of "High School Musical" and "Hairspray" fame.
Paycheck: $5.8 million


6. Ashley Tisdale, the spoiled bad girl of "High School Musical"
Paycheck: $5.5 million


7. Emma Watson, who plays Hermione in the "Harry Potter" series
Paycheck: $5.5 million


8. Hillary Duff, the singer and star of "Lizzie McGuire"
Paycheck: $5 million


9. Rupert Grint, who plays Ron in the "Harry Potter" series
Paycheck: $5 million


10. Vanessa Hudgens, the female lead in "High School Musical"
Paycheck: $3.2 million

hah, apalagi?
kalau rase2nyer miss and mr. yg na kahwin ngn jutawan..
cepat2 lah dekat dgn individu nih, GET MARRIED TROS!
HAHAHA.. tu pun kalau dyeorang NAK .. HAHA


p/s : ranking 1 maley cyrus.. ruginyer.. lau tak, da lame i ajak couple!! HAHA.. PEACE!!

Share
Tweet
Pin
Share
2 comment
Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. why i terpikir na wat entry pasal nih? coz i pon suke sgt bergadoh.. HAHA.. hopefully more better after this.. PEACE!!





Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Hey babe, jgn jd mcm pic diatas, Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.

Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.

Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan ?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

Jangan ada Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!

Setia – “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.....



HAH, rase2 nye da cukop mungkin.. harap tips ni berguna untuk para couples semua.. hee.. bijaklah menangani masalah yep.. tips ni i petik dari blog petua.. :)



BE THE BEST AMONG THE BEST!!
YAWW~~ hee~~




Share
Tweet
Pin
Share
2 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  December 2022 (1)
      • Baby food by theandra.co
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose