Honeymoon : Kashmir (Part 2)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Okay entry part 2 aku nak story tentang aktiviti kami pada hari ke-2. Dalam pukul 10 kami gerak dari houseboat menuju ke Sonamarg. Perjalanan memakan masa kira-kira 1 jam jugak. Sesampainya di sana, aku dengan tidak semena-mena pening kepala dan meloya nak muntah! sebelum sampai ke sana lagi rasa macam tu. Alahai. Takde rezeki betul nak naik kuda. Terpaksa la aku stay je kat dalam kereta sementara menunggu dorang semua jenjalan naik kuda kat Sonamarg. JELES!
sedang aku menikmati pemandangan dari dalam kereta, tiba-tiba muncul kuda ni sebelah aku. uish terperanjat aku! tetibe gesel-gesel badan dia dekat kereta ni.
kemain lagi masing-masing bila dapat naik kuda. suhu masa ni -4 korang. FUH!
Tak terungkap dengan kata-kata kecantikan Sonamarg ni. kesejukan pun ye jugak. HAHA
suami aku be like "Sayang cepat snap gambar b, sejuk ni!"
dok tengah asyik snap gambar sepanjang perjalanan, eh tetiba masuk sekali dua orang ni dalam frame. CAKK
Alhamdulillah, dorang spend time naik kuda jenjalan kat sana dalam 2 jam. Selesai je dari sana, kami singgah ke restoran berdekatan untuk makan tengahari. Kebetulan semasa menunggu order kami siap, terjumpa sekali orang melayu kita dari Malaysia. Student rupanya daripada UNITEN, Bangi. Ada 3 orang, dorang baru je sampai harini. Dan kebetulan jugak, rupanya dorang la penyewa bilik hujung lagi satu dalam houseboat kita orang. So, tak semena-mena dapat kawan baru. yes ade gak geng perempuan! kalau tak aku sorang je perempuan. haha
Okay settle makan tengahari, Salman bawa kami bersiar-siar di bandar Kashmir. Kami sempat singgah di sebuah Masjid untuk menunaikan solat zohor sekaligus asar. Aku tak ingat apa nama masjid tu. tapi aku ada pengalaman pahit kat situ. okay meh aku nak share something pasal Kashmir ni. dekat tempat dorang ni memang ramai gila beggar. aku ni noob tak tahu apa-apa. masa aku nak menunaikan solat dalam masjid tu, aku pun bersiap-siap la nak pakai telekung. tapi aku ada perasan, ada satu makcik ni, dia asyik dok pandang aku je. aku jadi macam tak selesa. aku pun pandang dia balik, dia senyum. aku ingat normal lah kan, kita pandang orang, orang senyum. sekali meleset rupanya pandangan aku. dia senyum ada makna! dia datang dekat dengan aku, dia hulur tangan dia minta duit. selagi tak bagi selagi itu dia kacau aku. dah macam mana aku nak solat. KAU GHASE?? Dalam masjid pun macam ni weh, aku ni tak tahan kena ganggu, aku apalagi siap-siap terus keluar dari situ. tak sempat nak solat pun! geram gila aku masa tu, rasa macam nak hempuk je kepala dia dengan kasut tebal aku tu. aku ni bukan kedekut sangat tak nak bagi duit, tapi memang aku tak berduit. suami aku je yang berduit. haha. nasib baik dia orang tua je, aku bayangkan mak ayah aku terus cancel niat tu. ISHH! dekat sini itu jela isu yang aku serabut dan rimas. beggar dia sejenis memaksa kita bagi duit. kena lari jauh-jauh baru dia faham bahasa. aku macam fobia gila tau, sebab dia main tarik-tarik tangan aku. time tu darah takde kat muka aku rasanya. memang pucat lesi. bila aku keluar je dari situ, aku ingat laki aku dah settle solat, rupanya belum lagi. dia and the geng dok dengar ceramah pulak dalam tu. dan sekali lagi aku kena kacau. tak larat dah nak lari. fuh nasib baik laki aku dah keluar, terus aku melulu pegang tangan dia. dia pelik, kenapa muka aku pucat. aku cerita kat dia, terus dia pujuk pujuk aku. calm down kan aku jap. aku macam nak nangis time tu. first time kan dapat pengalaman macam ni, tu jadi macam tu. HAHA sadissss
Okay dah habis drama airmata, Salman bawa kita orang ke kedai souvenier dekat area-area situ juga. aku tak sempat snap gambar sebab sibuk pilih ole-ole untuk dibawa balik ke Malaysia. aku beli pashmina untuk ibu dan ibu saudara aku. then keychain and fridge magnet. baju pula takda yang sesuai dengan citarasa aku, so aku tak beli. kita orang spend time kat situ dalam 1jam lebih jugakla. Then balik semula ke houseboat.
Sampai je dekat houseboat dah malam, makan malam pun dah ready. kita orang apalagi, bedal la. FUH! exhausted day tau hari tu. memang pack gila aktiviti. So masa untuk rehatkan badan, destinasi seterusnya esok pagi, Pahalgam.
Hey guys!
See ya on da next post
Part 3, xoxo
Okay dah habis drama airmata, Salman bawa kita orang ke kedai souvenier dekat area-area situ juga. aku tak sempat snap gambar sebab sibuk pilih ole-ole untuk dibawa balik ke Malaysia. aku beli pashmina untuk ibu dan ibu saudara aku. then keychain and fridge magnet. baju pula takda yang sesuai dengan citarasa aku, so aku tak beli. kita orang spend time kat situ dalam 1jam lebih jugakla. Then balik semula ke houseboat.
Sampai je dekat houseboat dah malam, makan malam pun dah ready. kita orang apalagi, bedal la. FUH! exhausted day tau hari tu. memang pack gila aktiviti. So masa untuk rehatkan badan, destinasi seterusnya esok pagi, Pahalgam.
Hey guys!
See ya on da next post
Part 3, xoxo
4 comment
cantiknya view disana. Kashmir walau macam mane pun belom masuk list walaupun tergoda tengok view. insyallah one day kalau ada rezeki.
ReplyDeleteoo yeke.xd dalam list ea. agaknya kat mana la dalam list tu ye. hihi :D
DeleteAduhai, kat luar negara mmg ada juga tu org mcm tu, belum masuk mekah & madinah. Tips dia, kalau nak bagi bleh bagi sikit (sbb kdg2 ramai beggar akan dtg lepas tu, jadi pandai2lah bahagi), tips number 2, kena tahan tukul skit, buat muka sposen (tegang and kuatkan hati - InsyaAllah lama2 pandai hilang tu beggar sbb dia tgk kita tak layan dia).
ReplyDeleteTapi mmg parah jugalah hati kalau kena minta paksa2 camtuh. huhu. lagi2 kalau pelancong mmg dorang sambar habis.
The Hundred Pages | Eyqa Zq
memang. trauma gila rasenya. maklumlah tak pernah ada pengalaman macamtu. insha Allah lepasni dah boleh berjaga-jaga. belajar dari pengalaman.bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. ye dak? hihi :)
DeleteTerima kasih sudi baca dan komen :)