Babiesmoon : Cameron Highlands
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum,
AMARAN : INI SEBELUM TEMPOH PKP DILAKSANAKAN
Harini sis nak story sikit pasal babiesmoon sis dengan suami di Tanah Rata, Cameron Highlands last year. Time-time PKP ni boleh throwback jela sis. Baru nak up post, padahal dari tahun lepas pergi. HAHA! Masa yang ada ni kita gunakan sebaik mungkin dengan update new post di blog. Sebelum ni busy dengan kerja hakiki. HIHI.
Aku dan Suami bercuti di Cameron Highland pada 7-9 Nov 2019 iaitu selama 3 hari 2 malam. Kami memilih penginapan di Century Pines Resort, Tanah Rata CH. Lokasi Resort ni tak jauh pun untuk ke Brinchang. Selain tu, kemudahan seperti Masjid memang sangat dekat dengan resort kami. Jadi kalau nak berjemaah pun tak kalut nak cari Masjid. Resort ni bagi aku dan suami sangat selesa dan memuaskan. Semua kelengkapan yang kita nak semua ada. Dengan cuaca yang best, sejuk. Tapi masa kami kesana memang tengah musim tengkujuh. hehe tapi alhamdulillah kami sempat la pergi tempat-tempat menarik yang ada disana walaupun tak semua.
Pemandangan dari bilik kami
Bilik kami. Besar dan selesa sangat untuk dua orang
Selain dari bilik yang selesa, breakfast percuma turut disediakan kat Century Pines Resort ni. Selama 3 hari kami dekat sini, breakfast yang Resort ni sediakan memang cukup banyak dan sedap. Korang boleh pilih nak makan ala barat atau kampung. Semua ada. Aku tak sempat nak snap keadaan dalam restoran tu sebab masa tu agak crowded dengan orang ramai.
Okay hari pertama kami sampai nak dekat maghrib which is pada tarikh 7/11 tu. Sesudah check in, kami pun bersihkan diri, solat then cari tempat menarik untuk dinner malam tu. Haa cari punya cari, kami pilih untuk makan malam di Highland Steamboat Cheese & Grill. Lokasi restoran ni dekat je dengan Resort kami. Dalam kawasan Tanah Rata juga. Husband cakap tak perlu makan jauh-jauh malam tu, sebab hujan agak lebat. Sis okay je. Layansss
haa nampak tak fokus suami sis nak ngappp semua tu? HAHA
Restoran ni khusunya menyediakan makanan untuk steamboat. Macam-macam pilihan ada untuk korang masak. Beraneka sayuran, daging, ayam, makanan laut, buah-buahan & mee. Dan yang paling menarik sekali ada pelbagai jenis aiskrim korang boleh pilih. Tapi sis memang tak ambil sebab cuaca ketika itu agak sejuk. Tak terasa pun nak makan aiskrim. HAHA. Harga dia berpatutan. Ohh lupa, kalau korang nak tambah cheese memang boleh. Tapi kami memang bukan penggemar cheese, so memang tak request pun untuk cheese. Nasi goreng dan mihun goreng pun ada disediakan untuk pelanggan. So korang yang tak berapa kenyang sangat tu boleh la pilih makan nasi goreng. Nice kan? semua ada. :)
Okay hari kedua, kitaorang dah planning macam-macam tempat nak pergi. Sekali harapan musnah. Start dari subuh hingga pukul 11 hujan non stop. Tapi alhamdulillah pukul 11 hujan stop. Apalagi, kami pun cepat-cepat siap untuk keluar takut hujan lebat datang lagi. So first destinasi kitaorang jalan-jalan area Brinchang, kitaorang pergi KHM Strawberry and Jam. Kunun nak Hi-Tea kat situ. Suami sempat grab jem strawberry nak bawa balik ke Kuantan. Then kami singgah makan scone kat situ. Aku order strawberry egg tart nak rasa. HIHI not bad. Sedap terok! Berlatar belakangkan Strawberry farm, lagi nice! Sambil makan sambil tengok pengunjung petik strawberry. :)
Inilah dia rupanya Scone. HIHI
My delicious Strawberry Egg Tart
Okay settle je makan kat sini, kami jalan-jalan and makan pulak dekat Abang Strawberry. Saja nak try nasi lemak sambal strawberry dia yang famous sangat tu. Sedap jugak. Lepastu Kedai ni pun ada menyediakan sebuah kedai lagi khas untuk pelanggan bawa balik makanan-makanan yang sedap kat CH ni. Haa so senanglah, korang tak perlu susah-susah cari tempat lain. In case kalau korang kesuntukan masa la macam aku. HIHI
Nasi Lemak Sambal Strawberry
Dried Strawberry/ Strawberry Kering
Alhamdulillah settle je kami makan kat situ, kami pun berangkat pulang untuk cari surau/masjid berdekatan dengan Restoran tersebut. Selesai kami menunaikan solat, kami pun meneruskan perjalanan kami untuk ke lokasi seterusnya iaitu Pasar Malam Brinchang. Tempat yang paling digemari oleh semua pengunjung yang datang ke sini. Bak kata omputeh, tempat paling "Famous" GITU. Tapi sayangnya, aku tak sempat rakam atau ambil gabar sepanjang berada di sana. Mana tidaknya, pengunjung macam semut. Jalan pun berhimpit. Punyalah crowded kat situ. Di pasar malam tu, apa sahaja yang kita nak semua ada. Macam aku sendiri, aku mesti takkan lepaskan peluang untuk beli pelbagai jenis sayuran yang segar dan murah untuk aku bawa balik ke rumah nanti. Serius, sayur-sayur dia memang murah. Paling aku suka asparagus. Memang banyak jugak la yang aku beli. Then macam biasa, keledek madu dia memang win. Coklat pun banyak. Pendek kata, kalau nak beli souvenier yang murah-murah korang datang jela sini. Tapi aku nasihatkan datang awal sikit. Kalau tak memang jalan jammed gila. And paling penting lepas PKP ye! HAHA
Okay alhamdulillah, sis dan suami sempat beli makanan untuk dibawa balik ke Hotel untuk makan malam kami. We olls malas nak keluar atau cari tempat makan. So we decided untuk tapau makanan kat Pasar Malam je. Then settle, kenyang and tido.
Keesokan harinya, kami menuju ke destinasi terakhir sebelum kami pulang. Settle checkout, kami terus ke Lavender Garden. Cuaca agak cemburu dengan kami masa tu. Hujan pulak. Alhamdulillah nasib baik dalam tu ada bumbung. Dapatlah jugak kami naik dan sempat juga ambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Suami sempat masuk ke Lavender Shop, beli sedikit buah tangan untuk dibawa balik.
Laki Bini Posing. Kasi can la :P
Masa ni 3 bulan pregnant. kih3
Dalam kedai ni semua benda warna purple. Ni salah satu souvenier yang ada. Comel kan?!
Cantik sangat :D
Sejuk mata memandang :)
Alhamdulillah, settle ja kami keluar dari sini, hajatnya nak naik semua ke Kea Farm nak membeli belah sebelum pulang. Sekaliiiiii haaa punya panjang jammed nye weh. Aduhai tak sanggup nak menunggu panjang-panjang. Kitaorang patah balik, then terus balik. HAHA! Tak kose la nak menunggu lama-lama macamtu.
Kami sampai lewat malam di Sepang. Kami check in pula disitu malam tu sebab husband keesokan harinya ada running di area situ. Alhamdulillah, kami rasa happy dapat bercuti di CH walaupun sekejap. Insha Allah lepasni boleh bercuti dengan anak-anak pula. Aamiin.
Semoga cepatlah berakhir PKP ni, cepatlah kita boleh vacation lagi dengan keluarga, KESANA KESINI bebas tanpa perlu risau. Aaa rindunyaaa. :(
Bye, Assalamualaikum.
15 comment
bestnya vacation. :D
ReplyDeletebest sebab dengan husband.. dia punya best lain mcm. haha
DeleteWalaupun dah banyak kali pergi CH, saya teringin nak pergi lagi. Hahaha
ReplyDeletepergi dengan husband lagi best sis! HAHA
DeleteOOoo nampak menarik
ReplyDeletehehe sangat! thanks for comment ;)
Deletewah..lama sudh tk ke cameron..
ReplyDeletenanti lepas PKP boleh pergi cuti2 kesana ;)
DeleteRindunyaaa Cameron. Lepas PKP nanti nak pergi la haha.
ReplyDeleteSalam Ramadan ya.
HAAAA jom repeat berjemaah. haha
Deletethe room is so spacious. bestnye
ReplyDeleteyeah that's right! so comfortable :D
Deletesaya suka gi cameron! tempat cantik, makanan sedap. i love strawberries!
ReplyDeletebtw lawanya bilik yg akak duduk tu
Cantiknya kedai color purple tu...msa awl thun ad plan..tp x jdi sebb pkp..hope virus jht cept hbis..sebb nl pergi..haha
ReplyDeletecantiknya bungaa dekat sana 😍 tenang ja tengok
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca dan komen :)