Birthday Trip 2020 - Pulau Perhentian, Terengganu Malaysia.

by - September 30, 2020


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum, apa khabar semua reader's? Hopefully sihat-sihat sahaja ye! Maklumlah di musim pandemik ni, kena extra care. Jaga SOP dan penjarakkan sosial itu paling utama! Insha Allah kita pasti menang, gitew. 😁 Agak lama juga sis tak hupdate blog ni, since the last post. Rindu rasanya nak menulis. So harini sis nak story sikit tentang percutian sis dan suami ke Pulau Perhentian last week.

Alhamdulillah, kami berangkat ke Besut, Terengganu pada hari sabtu jam 8 pagi dari Kuantan. Suami sis hadiahkan percutian ni sempena birthday sis pada 25 september lepas. Terima kasih suamiku. lebyuu. hehe. So, kami sampai di jeti jam 11.30 pagi dan kemudian tunggu pula bot di jeti untuk ke Pulau pukul 1 tengahari. Alhamdulillah kami selamat sampai dan check in di Pulau pada pukul 1.30ptg. Settle check in, kami terus ke dewan makan untuk makan tengahari pula. Selepas itu pulang ke bilik, solat dan siap untuk aktiviti snorkelling pada pukul 2.30ptg. 

Dalam pukul 2.45, bot dah start bergerak ke destinasi untuk aktiviti snorkelling. Ada 2 aktiviti kami buat pada petang tu, firstly boat stop untuk bagi peluang kami berenang area Perhentian Kecil. Dalam 20 minit camtu bot stop kat situ. Then lepastu kami ke Perhentian Besar untuk aktiviti snorkelling melihat sea coral dan ikan nemo. OMG, so cute sangat tengok ikan nemo memang banyak gila! Sis ada upload video dan gambar-gambar percutian sis di instagram sis. Feel free to checkout my instagram ya! 😉

Lebih kurang setengah jam kami duk snorkelling kat situ, bot kami pun bergerak ke next destinasi iaitu ke shark point. Haa kalini sis dah tak turun dah ke laut sebab sis dah kesejukan menggigil. haha! Suami sis je turun. Tapi hampa, sebab tak dapat jumpa satu ekor pun shark kat situ. Takda rezeki. huhu. Bot kami pun bergerak pulang kembali ke resort. Okay sis belanja sikit la gambar sis sepanjang berada dekat sana. 





Haaaa, gambar selfie ni sis ambil nak dekat-dekat nak waktu maghrib. Sengaja sis ambil waktu ni sebab nak dapatkan shot sunset tu. Ya Allah, cantiknya pemandangan waktu tu. Sis rasa macam taknak balik bilik je. Feeling sweet sikit dengan suami. Jalan-jalan sepanjang pantai, borak-borak sambil berpegangan tangan, feeling dia tu takleh describe. Best sangat! hihi. Tapi seriously korang, memang sangat best Pulau Perhentian ni. Rasa tenang dia lain macam. hehe. Alhamdulillah thank you suami bawa saya jalan-jalan ke sini. 😍

Balik bilik, settle mandi dan solat, kami bergerak pula ke dewan makan untuk BBQ night. Sis tak sempat nak ambil gambar, dah selamat masuk dalam perut dulu. HAHA! Biase la, kalau duduk kat pantai ni, keje nya asyik kelaparan je. kihkihkih. Tapi sis nasihatkan kalau boleh, uolls ambil la pakej lengkap sekali dengan makan, penginapan dengan aktiviti. Macam kami. Alhamdulillah semuanya okay dan senang. Lagipun makanan kalau beli sendiri, mahal uolls. Suami sis beli air milo cawan tu, rm6 sis. Cawan yang macam kita beli air kat pasar malam tu. mahai uools. haha.Takpelah, halal jelah yang itu. Okay, settle ber-bbq kami pun balik ke bilik. Tunggu aktiviti esok pulak. Hehe



Pada pagi ahad keesokannya, kami bersiap untuk pergi ke Perhentian Kecil untuk ke Kincir Angin. Sampai di sana dalam pukul 9.30 pagi. Tapi ada cerita sedih, kami tak dapat naik ke kincir angin tu disebakan attire sis tak sesuai. Dahla pakai kasut crocs je! Haha! Alaaa mana sis tau. Tak pasal-pasal tak boleh naik. View kat atas tu cantik gila untuk ambil gambar. HMMM. Takpelah, next time datang lagi sure kena panjat jugak. Frustrated betoi! huhu. Disebabkan lambat lagi bot nak sampai, kita orang pun berehat kejap di Perhentian Kecil ni. Memang havoc dekat sini. Jauh beza dengan Perhentian Besar yang lebih privasi. Sebab tu kami pilih untuk stay di Perhentian Besar. Ikut masing-masing la kan. Your choice. 😉 Gambar di atas ni sis capture dari Mimpi Resort. Cantik sangat view dia dari atas. Subhanallah. Sejuk je mata memandang sampai nak tertido sis. Terbuai-buai dengan angin pantai. hehe

Alhamdulillah balik je dari sana, kami teruskan dengan aktiviti seterusnya, iaitu kayak dan naik banana bot. Tapi sis tak naik pun banana bot, sis hanya melihat dari kejauhan suami sis naik. Penakut kan. Siapa sama dengan sis sila komen pos ni! HAHA!


Sambil-sambil tengok suami main banana bot, minum air kelapa la sis. Asyikkkkk! Air kelapa ni free ye tak perlu bayar. So minum la banyak mana pun yang ada. Okay settle semua, kami pun siap-siap untuk check out sebab bot akan datang pukul 1. So kami checkout pukul 11 lebih dan tunggu kejap bot sampai di tepi pantai. Sis datang ke sini 2 hari 1 malam je. Malas nak ambil cuti lebih. So memang datang time weekend jela demi memenuhi birtdhday treat dari suami. hehe. Next year mana pula ye suami? kihkikih

Alhamdulillah bot sampai pukul 1 kami terus bergerak ke Jeti. Kami sampai di jeti pukul 1.30ptg dan lapar. HAHA!Kami balik ke Kuantan ikut jalan pantai, suami nak makan makanan celup tepung. Apalagi, sempat la kami singgah di Pantai Penarek nak makan ICT semua CT hehe. 
 

Haaa menyempat kan. hehe. Best betul view nampak laut ni, lagi berselera sis. Kenyang tersandorrr. Suami ambil keropok lekor, sotong, udang, bebola ketam, nasi goreng lagi. Haaa ambik kaww! haha. Okay kami selamat sampai di rumah dalam pukul 9 malam macamtu. Sis pun tak ingat. So itu sahaja la perkongsian dari sis untuk reader semua. Jom sama-sama kita naikkan kembali ekonomi pelancongan negara. hihi. Tapi ingat, SOP jangan lupa. Kita tak boleh leka walau sesaat pun sebab virus ni sangat pantas merebak. Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya selalu. Aaamin. 

Thanks for reading guys.
xoxo, Amirah! 💗

You May Also Like

11 comment

  1. wahhh bestnya bercuti kat pulau..
    akk ni org teganu tp xsampai lg kat pulau perhentian.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha best kak.. first time jugak ni. haa akak boleh la cuba ye lepasni ;)

      Delete
  2. singgah sini minum Ais Latte,jom ngeteh kat blog saya :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya sis dapat pergi sana! I tak pernah pergi lagi. Tak tau la tahun bila dapat pergi tu hehe 😂

    Btw, Happy Belated Birthday ya sis 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah... rezeki kahwin. insha Allah ada rezeki, covid hilang nanti boleh pergi ye sis! hee

      Delete
  4. eee cantiknya redang! target lepasni memang nak pergi sini pulakkk
    I <3 Terengganu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaAllah kantoila buta hahaha. perhentian dah pernah pi xD

      Delete

Terima kasih sudi baca dan komen :)