Pages

  • Home

Wan's



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan

Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku
Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu

Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan...




apabila tatkala mendengar lagu ini.. hati jadi sayu, sedih, terkilan.. dan sebagainya. tak mampu rasanya diungkapkan melalui kata-kata. lagu ini merupakan kenangan manis antara kita berdua. kau dan aku. mungkin awak dah lupe, tapi saya tidak akan pernah lupa. kini tidak lagi terngiang2 di telinga lagu ini.. hanya kenangan indah abadi selamanya. perghhh! jiwang pulak. ekekeke. sorry ye bloggers, emo sikit harini. kalau ad blogger2 yg ade perasaan yg same dgn saye. mesti mengalirkan airmata bila dengar lagu ni. kan? tabah ye.urmm..setiap ujian yg diberi ada hikmahnya. be strong okay. muahhhh! love you :)



BILACINTA.PEACE.SALAM.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comment
salam dan selamat petang blogger2 sekalian. hari ni cik rara baik hati nak beri award pada follower cik rara yg ke 300. hihi. kenapa cik rara pilih yg ke 300? ta taw la. sebab cik rara suke angka tu kot. hihi.. cik rara nak berterima kaseh pada semua blogger yg dah follow blog cik rara nih. terima kasehhhhhhh. sayang u ollz!
okay? nak tau siapakah follower yg bertuah ni? haaaaaaaa... jum tengok!


http://www.izzudin.com/

hah, nilah hasil kreativiti cik rara yg tak kreatif langsung ni.. hehehe.. sorry la en. sarang jerung if tak bape na cun. tapi saye buat award ni khas dan ikhlas untuk awak. harap awak suke. heee.. thanks ya coz jd follower blog ni. pada semua blogger pun trima kaseh banyak2 ! i sayang gila kt u ollzzzzz tau.... hee.. na pomot la sikit blog dier ni. blog dier mmg interesting, bnyk info and best. u ollz tak percaye? pegi jela kt blog dier.. sure terpukau! heeeee.. eh, terpikat lah... hee.. okay, moh le ramai2 terjah blog ni. link dah sy letak kt bawah award tuh. okay? :)


THANKS.PEACE.SALAM.


Share
Tweet
Pin
Share
8 comment
salam dan selamat malam blogger! malam ni tibe2 ta bley na lelap mata. HAHA. anyway tadi baru lepas tengok filem KONGSI. sape berlakon? alah takkan tak tau....? BF i tuh si shaheizy sam ngn geng2 adnan sempit the series. hehee*perasan sudaa. yg lain pon cume ade fizo.hihi. adelah geng2 lain lagi. korang sume ingat i tengok kat wayang ke?? oh noo. ta men ah der, astro first je skrg. HAHA. okay jangan nak bazir mase. jum review sinopsis filem KONGSI.





SINOPSIS:-


Misi Tumulak diteruskan lagi. Kali ini dia telah membunuh salah seorang pengikut samseng India. Kejadian ini telah mengakibatkan ketua samseng Melayu iaitu ayah kepada Mikail dan ketua samseng India dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Selepas itu, Tumulak cuba untuk membunuh Mikail pula. Tetapi misinya tidak berjaya kerana Mikail telah diselamatkan oleh isterinya yang merupakan seorang polis.


Selepas daripada kejadian itu, Mikail telah melarikan diri dan berlindung di rumah Man Jawa. Wajah Tumulak juga telah dikenal pasti oleh pihak polis melalui gambaran yang dibagi oleh isteri Mikail. Sementara itu, Tumulak meneruskan lagi misinya dengan membunuh salah seorang ketua samseng Melayu. Tumulak juga telah memberi amaran kepada Shariff, pegawai polis yang ditugaskan untuk kes ini supaya jangan mengganggu dia.

Sekali lagi Tumulak cuba untuk membunuh. Malangnya kali ini misinya telah disekat oleh Olla, seorang pegawai polis. Walau bagaimanapun, Tumulak berjaya melepaskan diri. Ini telah menyebabkan ketiga-tiga ketua samseng Melayu, Cina, dan India telah berkumpul. Mereka telah membuat keputusan untuk mencari dan menangkap Tumulak. Jadi, ketiga-tga kumpulan telah bekerjasama mencari Tumulak.

Dalam masa yang sama, Tumulak telah menangkap Mikail. Walau bagaimanapun, ketika Tumulak cuba untuk membunuh Mikail, Man Waja telah menjumpai tempat persembunyian Tumulak. Akhirnya Tumulak terpaksa melarikan diri. Ketika dalam cubaan melarikan diri, Tumulak terpaksa berhadapan dengan Shariff. Sekali lagi Tumulak berjaya melarikan diri.

Pada keesokkan harinya ketika Tumulak cuba untuk melarikan diri daripada sekatan jalan oleh pihak polis, dia telah dikejar oleh pihak polis kerana merempuh sekatan jalan tersebut. Akhirnya Tumulak berjaya disekat oleh pihak polis Malaysia. Tetapi dia telah keluar dari keretanya dan terus melarikan diri. Malangnya, dia telah tersilap langkah di mana dia telah terjun ke dalam lumpur dan tersekat. Akhirnya Tumulak berjaya ditangkap oleh pihak polis Malaysia.


sumber : http://mymoviesreview.com
OKAY? cukup x? kalu tak cukup carilah sendiri. BAHAHA.



MOVIE FREAK.PEACE.SALAM.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comment


sayang...


wanna hug you :')


alone.. thinking bout you.. everytime..everywhere..



you my soul.. my passion.. my heart.. my everything..
THANK YOU for being part of my life..
even a moment..
hopefully our relationship is endless..

RINDU SETENGAH MATI

Share
Tweet
Pin
Share
2 comment


KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini. 

Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.


Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap. 

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian: 

Enam belas yang terkorban ialah: 

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14 
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11 
4) Ahmad Lokman Hakim, 11 
5) Farid Ibrahim, 34 
6) Mohd Azret Azahari, 8 
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11 
8) Zahid Assawal Zamri, 19 
9) Mohd Mustakim Mamat, 12 
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8 
11) Mohd Aiman Abdullah, 10 
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9 
13) Mohd Zaid Azahari, 14 
14) Mohd Imal Fahad, 9 
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9 
16) Mohd Hazim Sapri, 10 

Sembilan yang terselamat ialah: 

1) Aizat Khusairi, 12 
2) M. Allaudin Sobri, 14 
3) M. Syatiq Ibrahim, 21 
4) Khairul Anuar Nasri, 9 
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11 
6) Zulkhairi Aminuddin, 13 
7) Izzuddin Abdullah, 30 
8) Izuan Zakaria, 33 
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10 

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. - BERNAMA 




GAMBAR YANG DIAMBIL DARI BHARIAN ONLINE




KAWASAN TANAH RUNTUH



PEMANDANGAN DARI HADAPAN RUMAH



MANGSA YG TERKORBAN



OPS MENYELAMAT



STILL SAME



MANGSA YG TERKORBAN



SEDIH.. SAYU..



MUSNAH TERUK



KAKITANGAN YG BAGUS



PARA PENYELAMAT YG CEKAP



urmmm



KEADAAN DI DALAM RUMAH



TELAH CUBA SEDAYA UPAYA..



ALLAH LEBIH MENYAYANGI MEREKA..

Itu sahaja gambar yg mampu saya ambil dari bharian online. sedih dan sayu rasanya hati ini apabila rakan seislam pergi meninggalkan kita disini. Takziah diucapkan kepada keluarga 16 org mangsa terkorban yang terlibat. saya mendoakan agar mangsa2 kejadian tanah runtuh ini ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman disisiNya. marilah kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham. dan juga mendoakan mangsa2 yg masih hidup dan dirawat di hospital. Semoga mereka cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. amin.

sumber : bharian online

PEACE, ASSALAMUALAIKUM



Share
Tweet
Pin
Share
9 comment
assalamualaikum dan selamat sejahtera blogger2 sekalian. hari ni cik rara nak kongsi sikit pada blogger semua tentang tips2 yg boleh dijadikan panduan buat mereka yg akan menghadapi sesebuah temuduga. temuduga ni tak kiralah samada temuduga untuk mendapat kerja ataupun temuduga untuk sambung belajar. kebanyakan orang sekarang ambil mudah tentang soal ni. sebab2 seseorang gagal dalam sesebuah temuduga kerana mungkin kurang preparation ataupun tidak ade asas, that mean mereka tidak ada sebarang panduan o tips2 mcm mane nak pastikan mereka berkeyakinan semasa temuduga atau lebih tepat mereka berjaya dalam temuduga tersebut.
okay, kat sini cik rara nak bagi tips sikit how to cntrol our feeling during interview.


TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA
----------------------------------------------------------
PERKARA YG MENJELIKKAN PENEMUDUGA :-

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.


KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  2. Jawab dengan jelas dan lantang
  3. Kikiskan sifat ego anda
  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  5. Banyakkan senyuman
  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.


TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

    okay, berguna tak? kalau rasa tips ni bagus untuk anda. then boleh TAKE NOTE and praktis. okay? PEACE, salam.

    SUMBER : FAIRUZ MOKTI BLOG



Share
Tweet
Pin
Share
4 comment




BOLEH TAK NAK MELOMPAT MACAM NI?
dia seksi, i tak. okay? :P

fuhhhhhhhhhhhhh!
i dapat lesen P ! macam ta pecaye i dapat lesen. 
HAHA

gembira, gembira, gembira !
you, i dapat lesen. thanks 4 wishes.
syukur alhamdulillah.


p/s : jpj tester tadi hensem pulak, wa cair. HAHA. gilo
Share
Tweet
Pin
Share
5 comment





dunno what to say.. for the long time i'm waiting..
maybe...
yeah.. dunno what to say..
just wanna say that 

I'M REALLY LOVE YOU. =')
Share
Tweet
Pin
Share
2 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  December 2022 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ▼  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ▼  May 2011 (13)
      • LAGU KENANGAN~~
      • AWARD untuk FOLLOWER yg ke 300 :)
      • Review filem KONGSI
      • quotes of missing someone.. you..
      • | Senarai jumlah mangsa korban tragedi tanah runtuh |
      • |Tips menghadapi temuduga|
      • FINALLY !
      • tidak mampu berkata2..
      • 20 Mei 2011
      • WEIRD punye RESTORAN
      • GIVEAWAY HAJAR AZMAN
      • S O U L
      • JOM HEBOH 2011 Kuantan
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose