Pages

  • Home

Wan's

salam blogger sekalian. alhamdulillah wan dapat jugak update blog ni kan. kalau office hour jgn haraplah. hummmm.. nie pon sebab weekend, barulah boleh pk idea na update ape entry baru nie.. hehehe.. memandangkan esok dah bermula puasa, maka secara automatiknya, malam ni bermulalah solat sunat tarawih. haaa, inilah salah satunya kelebihan yang ade pada bulan ramadhan yang tidak ada pada bulan2 yg lain.. so, sebagai umat islam yg sihat sempurna.. marilah bersama2 meriahkan masjid kita pada malam ini ya.. fadhilat malam pertama.. masyaAllah.. seperti bayi yg baru dilahirkan.. dihapuskan segala dose2 nya.. berbalik pada tajuk utama, wan na kongsi kelebihan2 solat sunat tarawih dari malam pertama hingga terakhir.. jom kite tengok dan renung-2 bersma :)

Antara Kelebihan solat tarawih dari malam pertama hingga akhir :
Kelebihan Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Malam Ke-3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Malam Ke-4
Akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Kelebihan Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

niat bacaan solat tarawih pon ade wan isikan. jum bace :D



p/s : kerja, kerja jugak.. untuk akhirat harus ade. jangan pk kekayaan dunia sahaja, bekalan akhirat perlu juga. PEACE !


Share
Tweet
Pin
Share
2 comment
salam dan selamat malam blogger tegar sekalian ! wahhhhhhhhhhhhhh.. dah berape lame aku ta update blog nie. berabuk dah.cewah.. hehehe.. malam nie ade 2 event penting bagi aku. first sekali ANNISSA then opkos la perlawanan bola sepak. M'sia vs Chelsea uh bhai.. ! korang sokong mane? lantak koranglah, aku sokong harimau malaya jer.. yg luar aku ta sokong. maap la yek. ehehehe.. start maybe around 8.30 then habis kul 10.40pm kot. result 1-0. MALAYSIA TEWAS. tapi xpe der, 1 jerrr... ta keciwa sangat. okaylah tuh kan. pemain2 M'sia yg superb tade pulak malam nie. huhuhu.. okay2, pas abeh je aku tgk bola tuh.. aku teros capai remote cntrol then alih siaran TV3 pulak. ANNISSA tu.. episod last. fuhhhhhhhhhhhhhh !! akhirnya si balkis meninggal n si shila jadi giler. sadis kan? tapi na wat caner, dah skrip mcm tuh, direct jela.. HAHAHA ! yg last sekali aku ta puas ati, tetibe tunjuk anna muntah2. dia PREGNANT kah? anak sape? KAMAL ke? ke dah kawen lain? adooooooooooooo.. citer tergantung sokmo. camtulah citer org melayu. geram betol. haha.. dah2, jangan na mara2 sangat.. mata da kuyu da nie.. sorry la yep blogger, lately i sgt2 bz.. xd mase langsung na update blog. sibok dengan kerja, kerja dan kerja. but im not WORKAHOLIC pon. hehehe. ni pon talak tau bile pulak na update. just tunggu jela yep ~~ :) PAPE pon HARIMAU MALAYA terbaik ! hitam kuning hitam kuning * 


SALINGAN ~~

HABIS DAH CITER PEBRET AKU NIE..



CHELSEA vs MALAYSIA.
1-0 

ANNISSABOLA.PEACE.SALAM

Share
Tweet
Pin
Share
No comment
KUALA LUMPUR: Beberapa pelancong yang sedang melawat Bandaraya Kuala Lumpur terganggu dengan perhimpunan haram yang berlaku di sini hari ini, menurut tinjauan BERNAMA. 

Seorang pelancong dari New Zealand yang hanya dikenali sebagai David, 48, berkata beliau kecewa dan tidak mengetahui akan perhimpunan haram itu dan berasa ketakutan setiap kali berjalan di bandaraya ini.
"Jalan lengang dan anggota polis berada di mana-mana...saya tidak mahu bandar raya yang indah ini jadi huru-hara," katanya yang melancong bersendirian.


Walaupun kesusahan ini disebabkan perhimpunan haram di Bandaraya Kuala Lumpur, keghairahan pelancong untuk melawat sesetengah destinasi yang terbabit tidak mematahkan semangatnya. 

Pelancong dari Amerika Syarikat, Justin Slappy berkata beliau gembira melawat Malaysia tetapi tidak bersetuju dengan perhimpunan haram ini dengan mengatakan ia boleh memusnahkan harta benda dan mencederakan orang awam. 

"Saya tidak mahu bandaraya ini menjadi huru-hara seperti di Libya atau di Mesir...saya fikir rakyat akan sengsara selepas tragedi. Rakyat sepatutnya berterima kasih dengan apa yang Malaysia ada sekarang," kata beliau. 

Slappy yang melancong ke Malaysia bersama-sama dengan dua orang kawan yang terkejut dan tidak mengetahui perhimpunan haram itu, merasakan mereka adalah mangsa keadaan. 
"Kita susah untuk ke mana-mana jika ini berlaku. Saya dan kawan saya terkena gas pemedih mata apabila kami membeli-belah di Plaza Low Yat. Ia menyebabkan mata kami pedih," kata beliau. 

Ketiga-tiganya terpaksa berlindung di bangunan itu selama sejam sebelum melawat Masjid Negara. 

Sementara itu sahabatnya Matt Heinritz, 22, berkata sebelum datang ke Malaysia, beliau sudah mendengar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman. 

"Pada mulanya saya hairan kenapa bandaraya ini lengang. Saya terkejut apabila saya tahu ini berlaku tetapi merasa selamat dengan kehadiran anggota polis," kata beliau. 

Seorang lagi kawannya Raja Kancharla, 22, berkata perhimpunan haram ini menjejaskan keseluruhan lawatannya yang pada mulanya mereka berhasrat untuk tinggal kira-kira dua minggu di sini tetapi akibat kejadian ini, mereka akan memendekkan lawatannya seminggu saja. 

Pelancong dari Ireland, Anthony Naismith, 38, berkata beliau kecewa kerana tidak dapat teksi dari Kampung Baru ke KLCC kerana pengangkutan awam terjejas akibat perhimpunan awam itu dan cuba menaiki LRT yang berhampiran. 

Beliau dan isterinya Martha, 34, pada mulanya ingin tinggal di Malaysia kira-kira tiga atau empat bulan tetapi dengan perhimpunan haram ini beliau akan memendekkan lawatannya ke negara ini. - BERNAMA 



hah, sumber ni aku dapat dari bharian online. hisy2, apela na jadi kan. tak memasal pelancong pon terbabit. aset negara tuh. hehe. sape suruh melancong kat malaysia. rasakan! HAHAHA. [ tibe2 gelak jahat ] ade sedikit gambar buat tatapan anda semua. sila menjamu mata.


RIBUAN penyokong BERSIH berarak dari Jalan Bukit Bintang ke Dataran Maybank pada perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini.


PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari PAsar Seni hari ini. - 


PENYOKONG BERSIH tidak berganjak ketika berhimpun berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur hari ini. 


PERSIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini.


PENASIHAT PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral.


AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini.


ANGGOTA Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia untuk mententeramkan keadaan ketika perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.


KUMPULAN Patriot turut berhimpun bagi menentang perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.


PENYOKONG BERSIH bertindak balas berikutan anggota polis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka pada perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini.


p/s : lantaklah nak wat perhimpunan bersih ke kotor ke, wa ta amik port coz wa ta duk kl, na join jauh tade ongkos. HAHA. adiosss!!




BERSIH2.0.PEACE.SALAM
Share
Tweet
Pin
Share
3 comment


BALIK KEJE, MAK BUAT CUCUR SOTONG !!
TERBAEK!!
SAYANG MAK!!!!!!


p/s : kakcik sayang mak dan cucur sotong buatan mak :')


Share
Tweet
Pin
Share
No comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  December 2022 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ▼  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ▼  July 2011 (4)
      • Kelebihan Solat Tarawih Hari 1 hingga 30 ♥
      • ANNISSA dan CHELSEA !
      • PELANCONG KESAL DENGAN PERHIMPUNAN HARAM?
      • wordless wednesday !!
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose