Pages

  • Home

Wan's

Assalamualaikum.

Bagi B2B (Bride to be) yang tercari-cari pakej DIY murah untuk pelamin sanding/nikah mahupun akikah, kami team ByWada menyediakan pakej serendah RM150 untuk anda!


Alhamdulillah disamping saya bekerja tetap di Sektor Awam, saya juga menjalankan bisnes Bridal dan sewaan barang-barang pelamin bersama-sama dengan adik-beradik saya yang lain. Bisnes family, senang cerita :) 
  • Haa tunggu apa lagi korang? mai la tempah ngan ai ni. sambil tu support bisnes orang melayu. hehe. selain daripada item dalam gmbr kat atas tu, korang jugak boleh request loose item yang lain macam kerusi and chandelier. Pakej kat atas ni pakej basic. so korang nak request yg lain, boleh terus direct contact kitaorg okay. Details semua ada tertera di gambar atas ni :)
Based in Kuantan and Kemaman sahaja ye. yg lain tak dapek den nak nolong haa. hehehe.
Thank you! Tunggu next post, Sekitar Majlis Perkahwinan Abang Wan Asmawi + Norul Ikma pada 1/10/2016 dan Majlis Sambut Menantu 08/10/2016. Keseluruhan Majlis #TeamByWada yang jayakan. Alhamdulillah both Majlis went well. Syukur! Semua sangat berpuas hati. JYEAH!

Bye!
Share
Tweet
Pin
Share
No comment
Assalamualaikum,

Selamat pagi readers! Harini saya nak share kafe-kafe "hipster" yang menarik yang wajib korang pergi bila berada di Kuantan, Pahang ni.



1) Kedai Kopi Mamba 

Kedai Makan yang berkonsepkan santai, relax dan hipster ini menyediakan makanan dari pelbagai jenis variasi makanan. Terdapat jenis makanan biasa dan jenis makanan barat/western. Harga yang ditawarkan amat berpatutan bersesuaian dengan portion makanan yang dihidang. Saya sendiri telah datang mencuba makanan disini. Special menu drp Kedai Kopi Mamba yang pastinya membuat saya mengigau malam ialah Beef Nachos dia. Boleh dikatakan macam signature dish jugaklah. Korang yang berada di Kuantan, mesti cuba tau. Rugi tak datang cuba makanan disini, Saya kasi 5 /5bintang!

Done iftar 4 today. High recommendation! Nachos sgt sedap 😋 #vsco #vscocam #vscohub #vscophile #ipostprecious #igers #igersoftheday #picoftheday #igersmalaya #igerspahang #foodie #foodiekuantan #western #westernfood #kedaikopimamba #iftar #iftarwithbesties #mixtures #overlays #snapseed #projek_tempatan #projek_sailang #sailangclans #greatfood #greatplace #greatservice #alhamdulillah
A photo posted by @_wannuramirah on Jul 3, 2016 at 8:33am PDT

Instagram :  kedaikopimamba

Menu kat atas ni, aku order set dulang. Harga cuma RM80, makan untuk 4-6 orang. Hidangan lengkap termasuk spaghetti bolognese, beef nachos, mushroom soup + garlic bread, french fries, chicken chop, lamb chop & coselaw. Air pula dihidangkan 1 jug besar, Air Lemonade. Masha Allah masa ni, aku dengan kawan bertiga, punya payah nak habiskan, banyak sangat. Alhamdulillah mujur ad membe yang habiskan.

Lokasi : Waze Kedai Kopi Mamba
Landmark : Belakang bangunan Syarikat Khelass, di traffic light Jalan Gambut.
Masa operasi : 5.30 pm - 12am Mon- Sat
No utk dihubungi : 014 500 3479 sam 


2) Kula Cakes

Cafe hipster yang cantik ini terletak di Jalan Besar Kuantan. Cafe ini sesuai bagi golongan yang menginginkan kek yang enak dan lazat serta harga yang berpatutan. Penduduk Kuantan khusunya pasti sinonim dengan Kafe ini. Terdapat pelbagai jenis kek yang sedap di kafe ini. Suasana yang santai, angin sepoi sepoi bahasa, lukisan wall art yang cantik, membuatkan kafe ini sering dikunjungi pelbagai jenis lapisan masyarakat. Kafe kek ini terkenal dengan Mango Cheesecake yang sedap dan pasti siapa yang mencuba, akan datang lagi keesokan harinya! Hiks


Happy hour? Yes please! Come over to Kulacakes from 2-3 PM and 7-8 PM to get a combo of drinks and cakes at a discounted price 1. A slice of Kulacakes mangocheesecake + drinks = RM 10 2. Selected cake + drinks = RM11 And for students come over on Wednesday with your uniform or student card to get 10% off with spending of over RM20 per bill. #Kulacakes #Lilawadi #mangocheesecakekulacakes #dessert
A photo posted by Kula Cakes™ Kuantan (@kulacakes) on Aug 15, 2016 at 9:01pm PDT
       
Instagram : kulacakes

Aku sendiri tak terbilang banyaknya repeat order disini. Kalau ad event birthday, anniversary memang aku akan order kek disini. Sure puas hati, tak menyesal! Jom korang yang hantu kek tu, serbu kulacakes! Saya bagi 5/5 bintang :D

Lokasi : A96 Jalan Besar, 25000 Kuantan
Landmark : Berhadapan Taman Esplanade, Benteng.
Waktu Operasi : 1pm-9pm Tuesday - Sunday
No utk dihubungi : 0179711396


3) Loteng

Pada sesiapa yang ingin lepak makan dan minum menghadap pantai, korang kena datang ke Loteng, Teluk Chempedak Kuantan. Kafe ini sangat sesuai bagi golongan remaja yang ingin meluangkan masa berborak bersama kawan-kawan di hujung minggu khususnya. Lokasi yang strategik menjadikan kafe ini salah satu daripada tumpuan umum di sini, Teluk Chempedak, Kuantan. Pelbagai menu menarik disediakan di Kafe ini. Design bangunan dan cup minuman hipster Loteng berjaya menarik minat ramai pengunjung kesini. 


Menanti bang garik!!! Sambil menjamu mata memandang keindahan ciptaanNya
A photo posted by Loteng Teluk Cempedak (@loteng.tc) on Jun 21, 2016 at 3:35am PDT

Instagram : loteng.tc

Nice view right? Kafe ni ada dua tingkat. Aku dan keluarga/membe selalunya akan lepak di atas, sebab lebih santai kerana disitu turut disediakan bantal besar dan empuk serta karpet, sambil bersembang boleh berbaring menikmati keindahan Pantai Teluk Chempedak. Cool isn't ?? Kalau dtg single pun tak segan nak bersantai sebab sambil baring sambil melayari internet and son on. Takda org kacau pon ! So, tunggu apa lagi? JOM ke LOTENG! Saya bagi 4/5 bintang!

Lokasi : Pantai Teluk Chempedak, Kuantan.
Landmark : Sebelah Starbucks Coffee tc.
Waktu Operasi : 12pm-12am Open Daily
No utk dihubungi : Not included


4) Akar Kopi

Kafe ini menyajikan kopi sebagai menu utama dan terdapat juga menu-menu lain yang menarik disini. Lokasi yg agak strategik membuatkan kafe ini setiap hari dipenuhi pelanggan. Kafe ini terletak di Jalan Besar, ditengah-tengah antara Bank UOB dan Bank OCBC. Dekorasi kedai Akar Kopi ni sangat unik dan kreatif. Begitu juga dengan perabot dan hiasan yang digunakan, teramatlah menarik perhatian pengunjung. Perabot dia diperbuat daripada tong terpakai, dan diubahsuai menjadi kerusi yg cantik dan hipstur! Kalau korang yang ingin me-ngopi didalam suasana taman botani, boleh la berkunjung ke sini, penuh dengan tanaman bunga dan pokok-pokok yang menghijau. sejuk mata memandang. HEHE




Google image : Akar Kopi Kuantan

Saya pernah merasai sendiri keenakan kopi ais dan roti telur separuh masak disini. memang sedap! sampai ketagih okay minum kopi ais dia. rasa dia mmg pekat melekat likat di mulut. fuh! haha! Tapi saya tak sempat mengambil gambar ketika makan disini disebabkan terlampau sedap. malas cara ke phone. layan AKAR KOPI lagi best bruh! memang LULUSSSSSS BRO! *tagline akar kopi. Jom korang semua peminat tegar kopi, jom datang ke AKAR KOPI Kuantan. Rasai sendiri kepekatan kopi yg dihasilkan disini, dijamin puas hati dan sure nak datang lagi! YG pasti harga dia memang nice gila ! sgt berpatutan. Saya bagi 4/5 bintang!

Lokasi : Hadapan kiosk OCBC, Jalan Besar Kuantan
Landmark : Berhadapan bangunan Kastam, Jalan Besar Kuantan.
Waktu Operasi : Not so sure around 10am-11pm Daily
No utk dihubungi : Not included


5)Santai Cafe and Restaurant

Okay, kafe kelima ini terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Siapa yang pernah ke kawasan ini pastinya dah set dalam kepala, kawasan Tanjung Lumpur ni tempat makan berasaskan seafood segar dari laut. EXACTLY! Kalau korang yang nak rasa makanan laut fresh-fresh, datanglah ke kawasan ini. Memang terdapat banyak pilihan kedai makan seafood sampai korang konpius nak pilih yang mane satu, hehe.

Berbalik pada Kafe dan Restoran Santai ni, restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan. Antaranya, makanan laut, nasi, masakan panas, masakan barat/western food/pizza dan juga makanan ringan lain seperti sup, kentang goreng dan bermacam lagi. Bersesuaian dengan nama kedai ini sendiri Santai, suasana dan juga susun atur perabot nya juga dalam keadaan santai. Sangat selesa jika anda datang kesini menikmati makanan bersama keluarga mahupun teman anda. Anda boleh memilih samada ingin duduk di bwh bumbung, atau tidak berbumbung dan juga disediakan pondok-pondok kecil jika anda ingin makan bersila. nice kan?



Google Image : Restoran Santai Tg Lumpur

Aku nak buat pengakuan kat sini, kalau aku tgk wayang overnight, sure aku akan singgah kesini utk makan. HAHA! alamak kantoi. Restoran ni memang dah jadi port wajib aku dah kalau nak makan waktu malam. Menu dia semua nice, cukup buatkan berat badan aku naik 1kg tiap kali pegi. HAHA! Makanan sedap weyh, larat ke tahan air liur nak diet? memang TAKK la citer dia. ekekekekek.

So, korang yang nak rasa semua benda dalam satu masa, nak seafood, nak nasi putih, nak nasi goreng, nak western, nak pizza bagai, aku rekemen datang sini. sure puas hati punya. dengan harga murahnya, tempat selesa, udara segar nyaman. what else could u ask for dude?? So, come here to Santai Restaurant Tg Lumpur, Kuantan. Utk restoran ni, saya bagi 5/5 bintang!

Lokasi : Tanjung Lumpur, Kuantan
Landmark : Berhadapan Kedai kucing Sookies Store
Waktu Operasi : 5.00pm-2am Daily
No utk dihubungi : 010-9124957

Okay, sekian sahaja perkongsian saya ini bersama readers semua. Yang pastinya, 5 Kafe ni highly reccomend dari aku utk korang kalau datang ke Kuantan. Korang kena tahu jugak kenapa ada restoran aku bagi 4/5 je bintang. Sebab servis dorang. :) Banyak lagi restoran menarik kat sini actually, nanti aku buat review lagi ya. Enjoy! 

Thank You for Reading,
xoxo, Mia.

Share
Tweet
Pin
Share
9 comment
Assalamualaikum and Hi!


THE MUST-HAVE RAYBAN SHADES FOR EVERY STYLISH WOMAN!!

Everyone knows that Rayban has been a very popular brand for its stylish sunglasses. Women are seen flaunting it everywhere they go with anything they have on. The sunglasses from the Rayban brand are designed from the latest trends and never fail to impress us with its collection. Sunglasses definitely are a favourite accessory for us as it helps give a nice enhancement to our look without much effort. Have you have your own Rayban shades yet? Take a look at the must-have Rayban shades that you should definitely add into your fashion wish list. Pick your favourite shades and style it with pride everywhere you go.


 1.    Classic Black

This is the popular choices which every woman loves as it hides away those terrible eyebags and gives you that chic look. The black sunglasses from Rayban give a woman that mysterious vibe and are sexy in its own way. Wear it with anything you have on such as a simple tee and it will look amazing on you. Strut down the streets looking gorgeously chic with your stylish Rayban shades.



2.    Gradient Look

For the ladies who want that peekaboo effect, the gradient Rayban sunglasses will be the perfect choice. The brown gradient shades seems to be a very popular accessory as it has that simple yet trendy touch to a person’s appearance. Others can still have a glimpse of your eyes and the shades definitely give that great fashionable look.




3.    Mirrored Design

If you prefer for a more daring appearance, the mirrored Rayban shade designs absolutely is to die for. It gives off that sophisticated yet brave bold look and you will feel that extra boost of confidence. Everybody will definitely stare into your direction as it draws focus to your face. 


ZALORA is truly your one-stop online shopping destination for all your fashion needs as they are offering you ladies with the best selection of fashion products. With so many online boutiques for women on the internet out there, it may be difficult to trust the right one. When you shop with ZALORA, you are shopping for quality, the newest trends and the best deals. If you are looking for an best online boutique for women means you are at the right place! Purchase ZALORA’s women fashion products for the best fascinating deals and trendy street style looks and perfect smart casual outfits. You can’t find no other online shopping website for women which can feed your fashion cravings. Same goes to me, Zalora is my first choice!

So guys, what are you waiting for? place your order now!! Shopping while you can! :D:D


Thanks for reading guys,
xoxo,Mia.
Share
Tweet
Pin
Share
7 comment
Assalamualaikum.

Sorry lama tak update, kekangan masa. Kerja overload doe. Hari ni baru boleh bernafas sikit sebab semua kerja dah settle. NO PENDING! Alhamdulillah. 

Okay, niari tajuk entry cam gempak sikit. Pasaipa? Pasai individu viral kat media sosial skrg ni. Aku rasa korang semua mesti dah familiar dengan tiga nama ni. Faiz Dickie, Ucop & Zukie. Honestly aku cakap, hari- hari aku stalk ig tiga "mangkuk" ni. Nak-nak time aku tengah stress dengan kerja, pehh mmg hilang stress aku lepastu. sumpah! HAHA

Okay kita go thru one by one. First, pasal Faiz Dickie. Faiz Dickie ni aku start follow dia dekat laman sosial instagram. Dengan ber-hashtag kan #Villagepeople, mamat ni memang buat kita ramai tak kering gusi dengan lawak-lawak sempoi dia. Watak-watak yg dia parodi-kan ialah seperti #kaklehabunting #nursepuaka #sarabanon #naabellahijabis dan memacam lagi. Lawak under 18sx pun ada. Tapi mmg power la ayat-ayat dia. gelak sambil nangis baca. huhuhuhuhu

Second is, Ucoppp. Ucop ni aku start kenal dia dekat laman sosial Facebook. Mana tak kenal nya, hari-hari ada kot kat newsfeed aku. Mamat ni terkenal sebab dubsmash. Banyak-banyak bideo dia, aku paling suke kalau dia buat dubsmash pasal hindustan. HAHAHA mcm haremm! Lebih kurg faiz gak laa, femes sbb dubsmash.

Yg terakhir, si Zukie. Zukie ni paling 'latest' sekali. Tengah hot sekarang mcm pisang panas. Aku start follow dia dekat youtube. Lawak-lawak dia byk lawak bodoh tapi kreatif. Aku mmg suka betul layan lawak-lawak blurr,bodoh cm gini. Nak-nak dia guna suara katun kan, lagi la nk pecah perut aku ketawa. Berdekah-dekah. Officemate depan tegur, tetiba lepas aku tunjuk kenapa aku ketawa, keesokkan-nya dia pulak layan. hahaha Viral 3 mangkuk ni.

Bagi yang tak tau link ig 3 #instafemes ni, ni hah aku aku bagi link kat bawah, bolehlah korang layan pulak lepasni. Heeeeeee.

 Faizdickievp

 Ucopppp

 zukieeeee

Sebelum faiz, aku start suka layan lawak youtube ni dengan lawak-lawak dari Mat Luthfi. Nak-nak mamat ni org kedah. Mmg lagi sakan la aku gelak. HEHEHE. *Sengih nmpk gigi* Mamat ni lawak -lawak dia berilmiah sikit. Sambil berlawak sambil educate orang. Aku suka sgt tengok video-video yg dia buat. Video dia mmg ada je dlm phone aku. Tp lps je dia grad dan berkahwin, dah sunyi sepi dah. Maybe focus dengan newlife kan. Tapi rinduuuuuuuuuuuuuu dia, pls buat comeback Mat! huhuhuhu *kesat air mata* (TIPU) 

Korang semua cem mane pulak? Ada ke yg minat sama mcm aku? Stalk tiga mangkuk ni hari-hari. Kalau sama kita geng lah! *sep sikit hihihi

Thanks For Reading Guys,
xoxo, Mia.

Share
Tweet
Pin
Share
10 comment
Assalamualaikum,


Isnin lepas yakni Cuti Hari Pekerja, aku ambil kesempatan utk menonton filem ni. Tiket pukul 10.30pm, GSC East Coast Mall Kuantan. Gamble gila esok nak pergi kerja, slumber midnight. Tp muka aku mmg muka tiket midnight pun. kekekeke. Ermm boleh la bagi 3 bintang filem ni. Bagi aku, filem avengers yg baru ni boring namatey. Bagi aku la kan. Dua jam lebih aku kat dalam hall mengadap movie yg so so ni. Mengantok! Okay nah, review untuk uolls.

Sinopsis Filem Captain America : Civil War menceritakan tentang perselisihan faham antara Capt America dan Iron Man. Setelah berbagai insiden, Avengers dianggap sebagai bahan bencana utama dan akhirnya sebuah sistem baru dibuat. Sistem baru itu dibuat bertujuan untuk mengawasi dan mengatur "Gang" Avengers. 

Akan tetapi, sistem baru tersebut membuatkan Avengers berpecah belah. Gang Avengers ini terpecah menjadi dua. Satu gang diketuai Steve Rogers/Capt America dan satu lagi diketuai Tony Stark/Iron Man. Okay the best part is, watak Spiderman dalam movie ni. Dia lah punca penonton banyak gelak dalam hall. Okay la kan, at least tak "krik krik" sgt hall mlm tu. So cute lah you Spiderman! 

Okay sampai situ sahaja review utk filem ini. Lain orang lain pendapat-nya. Yg penting, pergi tengok dulu ya. Selamat Menonton! Nora kasi tiga bintang utk CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR !

Thanks for Reading Guys,
xoxo, Mia.
Share
Tweet
Pin
Share
16 comment

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 

Arzmoha, Nurfuzie.Com, Permata Biru ,Miss Zyaroses , Lady Yana's Stories , SitiYangMenaip , AfidahAzmi , Nurul yui , Yun Sing  , Mia Zain , Hikayat Budak Pening , Dunia Zumal, Marsha , Tasha

Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini
Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 

Share
Tweet
Pin
Share
29 comment
Assalamualaikum,

Selamat pagi readers. Well, actually being busy lately after 1 Week skip kerja for short getaway, harini baru dapat jenguk blog, blogwalking blog kawan-kawan. Sorry guys!


Guess wut? Mana kami sekeluarga pergi bercuti ni? Yaaa betol! Kedah Darul Aman. Bukan bercuti sgt pun. Lebih kepada ziarah nenek dan kaum saudara mara sekitar sana. Kampung aku kat Alor Setar, Kedah. Yes, keturunan asal family aku mmg dari Kedah. Mak Abah pure Kedah, IC 02. Cuma kami 5 beradik sahaja pure Pahang. Dilahirkan dan dibesarkan di Pahang. 06 BOH!

First of all, sepertimana kita ketahui, musim ELNINO menjadi-jadi skrg ni. Dan yg menyedihkan Alor Setar, Kedah di tangga kedua negeri paling tinggi suhu panas dalam Malaysia. OMG! Seriously, mmg aku cari Mall je kalau petang. Berjalan-jalan kt town. Mana-mana sajalah, asalkan tak duduk dirumah nenek waktu tu. Bahang panas-nya melampau-lampau. 

Ini aktiviti kami sepanjang berada disana. Shoppinggggggggggg!


Okay, first station on 2nd day. Ke Pekan Rabu. Firstly, of course la "Sappedek" dulu. Kami singgah di Foodcourt Pekan Rabu, pekena Nasi Lemak dan Teh Tarik kaww! Shedappp nyaa .. Lepas hbis makan, kami trus ke Pekan Rabu, cari asam jawa utk stok dirumah. Mak sempat grab cadar tilam, byk pulak tu. Sebab murah sgt. Kat Kuantan smpai RM90-100, kat sini RM30 je. Mmg rambang mata la jawabnya.


Okay, 2nd Station. Kuala Kedah. Pi cari ikan kering dengan belacan. FUHLAMAK, bau diaa mengancam. Kalah bau perfume Playboy. KAHKAH. Kedai ni "rare". Dah 3 generasi kami, tak pernah pergi kedai lain. Kedai ini sahaja.


The next morning, kami sekeluarga menziarahi family Pak Ngah di Kg Kubur Panjang. Dah lama tak balik ni, macam-macam binatang peliharaan Pak Ngah ada. The latest one, Taraaaa... KUDA! Berani snap gmbar dari jauh jeni. Kuda ni tak berapa jinak lagi, still tak ngam lagi dengan orang. Tak dapat sesuaikan diri lagi di tempat baru. KOT. Maybe ..


Second one, Kolam ikan tilapia. Masha Allah alangkah gumbira nya hati dapat meratah ikan tilapia sebanyak mana pun. Besaq kolam depa baqhang, beribu-ribu ekoq ikan. Nak makan suruh maid Pak Ngah je tangkap, SETTLE.


Okay, the next process, Memasak! Alhamdulillah sedapnya Tuhan je ketahui. Simple sgt lauk kami haritu. Cuma nasi putih, air asam, kicap dan ikan tilapia bakar. Itu pun dah buatkan aku tambah nasi berpinggan-pinggan. Diet memang kelaut kalau balik kampung bercuti ni. TAK TAHAN duh! Bayangkan, nasi panas-panas lak tu, makan bersila ramai-ramai atas tikar kat beranda depan rumah. Depan rumah tempat bakar ikan pulak bawah pokok mangga. Angin sepoi-sepoi bahasa. Dah macam mana tak berselera.. Mcm mana ? Aku dengan cousin jd tukang bakaq ikan. Smbil buat kerja sambil berborak, awesome! Dapat Cousin pulak yg jenis "Sekepala", tak terasa pun tengah buat kerja.


Okay, hari keempat kami merayap semula ke Bandar Alor Setar. Try masuk Aman Central.  Landmark Shopping Mall ni betul-betul terletak tengah-tengah Bandar Alor Setar, Kedah. Lagi besar dari Shopping Mall di Kuantan, East Coast Mall. Butik-butik jenama terkenal semua ada dalam ni, Standard KL. This Mall got 6 Levels of 330 retail shops and 60 mini shops. Boutique yg sempat aku masuk dan shopping H&M dgn Playboy shj. Yg lain tak sempat, mak abah dah bising suruh balik. HAHA mana tak nya, spend time kat H&M saje dah 2jam. kuikuikui. Aku sempat grab sneakers dengan Shawl je, yg lain tak sempat pilih, dah kena balik. Adik pun smpat ambil 2 helai je t-shirt. Sedey!




Sebelum balik, spt biasa msti kena grab punya benda ni. Kalu takde takpe, tapi kalau ade must have ice blended ni! Aku mmg penggemar coffee ni, nak-nak ice blended. Fav aku selalunya flavour ni je, Double Chocolate Chip Creme Frappucino add Hazelnut syrup lak kat atas. PEH! Klau aku tak order ni, aku order Java Chip @ Green Tea. Shedapnyaaaaaaa hilang dahaga berpanas di Kedah. JOM BALIK!

Hari ke-5, Hari Jumaat, lepas subuh kami gerak balik ke Kuantan. Sedihnya nak tinggalkan nenek Allah je tahu. Moga Allah selalu jagakan nenek, lindungi nenek dari segala bahaya dan bencana. Aamiin. Alhamdulillah kami sampai dlm pkl 6.30ptg kt Kuantan. Lambt knp? sebab asyik berhenti je kat R&R, highway KL pulak ada yg jammed. Sampai highway Karak, hujan, lagi alhamdulillah sejuk sikit. Terima Kasih Allah. Yayy #wansshortgetaway2016 berakhir disini utk bulan ini! Everything goes well as planned, Syukur ya Allah ..

Thanks For Reading Guys,
xoxo, Mia.
Share
Tweet
Pin
Share
35 comment
Assalamualaikum,


ekceli, dah byk hari adk Beeha tag utk buat entry ni. harini baru berkesempatan nak update. sorry dik, no idea! btw, thanks dik sbb tag hakak! muaciked hehehe. Okay syarat-syarat yang telah ditetapkan ialah :
"Kena jawab lima benda yang aku tak suka, mention siapa yang tag anda dalam entry tersebut. Dan aku kena tag 5 orang blogger lain dan pastikan dorang semua tau."
OKAY so jom cekidaut jawapan aku utk soalan ni.

  •  LIPAS - binatang ni la yg paling aku benci sekali spnjg aku hidup kt dunia ni. paling jilaka bila dia terbang. peh time tu aku tak panggil lipas dah, aku panggil khinzir. khinzir betol lipas ni! KAH
  • MENUNGGU - hello, aku hidup hari-hari utk tunggu kau ke? lainkali dah berjanji haruslah ditepati. ini tidak, dicapati. Aku paling alergic spesis cm gini.
  • KERETA/MOTOR MASUK SIMPANG TAK BAGI SIGNAL - haaa kau, panjang pulak yg ni. tapi mmg betul aku takleh blah manusia tak educated mcmni. tolonglah jgn menyusahkan orang. kadang-kadang aku pelik mcm mana kau boleh dapat lesen sedangkan etika memandu kau mcm haram J. dpt lesen terbang ke duh?
  • PIN TUDUNG HILANG- Ni semestinya problem kebanyakan hijabista cm aku ni. aku pun tak faham. asal beli ja, hilang. baru beli je, tinggal sikit. sama jugak mcm getah rambut. pelik betol. buat magic ke mia?
  • HUTANG TAK BAYAR- Okay yang ni fav aku ni. kalau tak sengaja tak bayar sbb tak berduit tak apa. tapi ini sengaja tak nak bayar. apa kes? Takkan la si pemberi hutang kena meminta-minta baru nak bayar balik? Allahu maruah tu. Sementara masih bernyawa ni, lunaskan lah segala hutang-hutang tu. Sepertimana dalam hadis berkata Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.  (Riwayat Baihaqi)


Okay itu sahaja 5 things i hate most. So, seterusnya aku kena tag lagi 5 orang blogger utk turut sama join post ni. siapakah yg bertuah itu? Random tag okay :

Maisarah     Leya     Ecah     LiyaErf     Adiba Rusli 
Selamat Menjawab all pretty sistaaaaa ^^

Thanks for Reading Guys,
xoxo Mia.

Share
Tweet
Pin
Share
9 comment
Assalamualaikum..

semalam, 04/03 tarikh lahir abah saia Wan Jalil Wan Abdullah. saia la pulok, aku la! haha. takde apa yg kakcik boleh beri pada abah. sekadar belanje kek SR dan bawak abah g makan malam. Abah ni kalau bab makan tak cerewet mana. tapi kalau makan kat kedai, haaaaaaaaaaa teramatlah cerewetnya. dan abah kurang berminat pd kek. apa-apa jenis kek lah. kalau dia makan pun, beberapa suap ja lepastu say goodbye! ehek


EH EH abah ngn adik awisy laaaa .. tapi adk awisy takde mood time ni, org suh pndg kamera kemain kerek lagi tanak pndg. jeling pon tanak. huhhhhh kekwat sgt ni! biasa dia niiiiiiii



pehh chicken chop ni, dah lah murah sedap lak tuh. portion sgt banyak. RM5 shj plus gst RM0.30. haa tgk, smbil celebrate birthday, aku siap buat foord review lagi. kekeke. yang best nya, mak abah aku dia takkan pergi restoran lain kalau nak mkn western food. Sbb dorg ni sgt cerewet pilih kedai makan. Kalau xsedap jgn haraplah nk repeat mkn balik. bila dah suka satu kedai tu, dorang akan stick makan kt situ je.lagi satu sebab environment. Hutan Bandar Bistro ni terletak di tengah-tengah dataran Pantai Teluk Chempedak. Mmg well-known la among foodie kt Kuantan ni. Memang best suasana kt sini.. sambil makan sambil tgk pantai. Santai je rasa. Aku rasa team Jalan-Jalan Cari Makan dah boleh datang sini kot buat liputan. Sbb famous sgt ni ramai org dtg tiap-tiap hari. Kan? then lps mkn boleh hirup udara segar, sambil-sambil sight-seeing tu. Brader-brader, akak-akak jual banyak cenderamata spnjg pantai. Usha makhluk pelik area situ, ada dua ekor selalunya. Batman ngn predator huhu scary doe muka predator tu. aku nak selfie pun xd selera hahaha. Sorry takda gambar dinyatakan dalam post ni. Nak tgk, pi sendiri!

Alhamdulillah, dah kenyang balik rumah. Abah happy, semua happy. last but not least, Selamat Hari Lahir Abah. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Moga senantiasa diberkati Allah dunia dan diakhirat, sentiasa di bawah lindungan Allah swt. Terima kasih abah atas segala effort abah selama ini, dari kami 5 beradik kecil tapak tangan hingga besar pnjg hari ini. Susah sgt nk tgk abah mengeluh, menangis. Terima Kasih abah utk segalanya. Jasa abah trhdp keluarga tak terbalas kami berlima. Kakcik sayang abah dunia akhirat. 

The End. xoxo

Share
Tweet
Pin
Share
4 comment
Assalamualaikum..

sabtu baru-baru ni, kami sekeluarga planning nak keluar jenjalan. tak tau nak pergi kemana, tiba-tiba dtg satu idea. katanya, Taman Esplanade di benteng dah berwajah baru. Hah apalagi, terus dpt destinasi nk dituju, siap-siap then go!


taraaaaa, nice kan? lokasi taman ni dekat stesen bas lama benteng. betol-betol depan Kulacakes tu haa. kira not bad jugak la taman ni. luas, design bangunan cantik. ada tarikan la utk visitor luar datang nk ambil gambar kenang-kenangan. Student IPT pun ramai jugak dtg utk photoshoot. Tak lama lagi pengantin pulak. Kau tengok jelah, haha.




selain dari tu, every weekend taman ni mmg penuh dgn bebudak je. sbbnya tukang penyewa rollerblade penuh mcm semut. asyukkk oi 1/2 jam RM5. Alhamdulillah dapat la dorg berniaga ya, cari rezeki yg halal disamping dpt gembirakan hati bebudak yg berkunjung kat sini. HEH. Okay dah meh akak payung gambar-gambar sepetang hakak dok sana. Enjoy ..!




Dah ni, yg seketul awisy ni buat apa? haha kemain happy dia dapat jalan&berlari tempat luas mcmni. dah dpat kaki mcmni la, penat maklang kejar adik tau. abis tawaf satu taman. Fuh


HAH, nmpak tak muka nakal tu? haa engkau balik rumah tido terkangkang, penat. HAHA budak ni counting days nak ke #awisyturns1 . OMG dah msk setahun dah dik? how fast times fly.. okay dah, awisy and maklang nk say babai and thanks sbb sudi baca post ni. See u on the next post, insha Allah.

bye.
Share
Tweet
Pin
Share
10 comment
assalamualaikum,
love is ....


























p/s ; love me for who i am . *smile
Share
Tweet
Pin
Share
6 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  December 2022 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ▼  2016 (12)
    • ▼  October 2016 (1)
      • Pakej DIY Pelamin Murah By Wada
    • ►  September 2016 (1)
      • 5 KAFE HIPSTER MENARIK DI KUANTAN
    • ►  August 2016 (1)
      • must-have Rayban shades
    • ►  May 2016 (2)
      • IG REVIEW : #instafemes
      • Film Review : Captain America | Civil War
    • ►  April 2016 (1)
      • Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500
    • ►  March 2016 (4)
      • Wan's Short Getaway 2016
      • 5 THINGS I HATE MOST
      • 04/03: Selamat Hari Lahir, Abah ..
      • Taman Esplanade, Benteng Kuantan.
    • ►  February 2016 (2)
      • Wordless Wednesday #8
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose