Pages

  • Home

Wan's

Assalamualaikum.

Sorry lama tak update, kekangan masa. Kerja overload doe. Hari ni baru boleh bernafas sikit sebab semua kerja dah settle. NO PENDING! Alhamdulillah. 

Okay, niari tajuk entry cam gempak sikit. Pasaipa? Pasai individu viral kat media sosial skrg ni. Aku rasa korang semua mesti dah familiar dengan tiga nama ni. Faiz Dickie, Ucop & Zukie. Honestly aku cakap, hari- hari aku stalk ig tiga "mangkuk" ni. Nak-nak time aku tengah stress dengan kerja, pehh mmg hilang stress aku lepastu. sumpah! HAHA

Okay kita go thru one by one. First, pasal Faiz Dickie. Faiz Dickie ni aku start follow dia dekat laman sosial instagram. Dengan ber-hashtag kan #Villagepeople, mamat ni memang buat kita ramai tak kering gusi dengan lawak-lawak sempoi dia. Watak-watak yg dia parodi-kan ialah seperti #kaklehabunting #nursepuaka #sarabanon #naabellahijabis dan memacam lagi. Lawak under 18sx pun ada. Tapi mmg power la ayat-ayat dia. gelak sambil nangis baca. huhuhuhuhu

Second is, Ucoppp. Ucop ni aku start kenal dia dekat laman sosial Facebook. Mana tak kenal nya, hari-hari ada kot kat newsfeed aku. Mamat ni terkenal sebab dubsmash. Banyak-banyak bideo dia, aku paling suke kalau dia buat dubsmash pasal hindustan. HAHAHA mcm haremm! Lebih kurg faiz gak laa, femes sbb dubsmash.

Yg terakhir, si Zukie. Zukie ni paling 'latest' sekali. Tengah hot sekarang mcm pisang panas. Aku start follow dia dekat youtube. Lawak-lawak dia byk lawak bodoh tapi kreatif. Aku mmg suka betul layan lawak-lawak blurr,bodoh cm gini. Nak-nak dia guna suara katun kan, lagi la nk pecah perut aku ketawa. Berdekah-dekah. Officemate depan tegur, tetiba lepas aku tunjuk kenapa aku ketawa, keesokkan-nya dia pulak layan. hahaha Viral 3 mangkuk ni.

Bagi yang tak tau link ig 3 #instafemes ni, ni hah aku aku bagi link kat bawah, bolehlah korang layan pulak lepasni. Heeeeeee.

 Faizdickievp

 Ucopppp

 zukieeeee

Sebelum faiz, aku start suka layan lawak youtube ni dengan lawak-lawak dari Mat Luthfi. Nak-nak mamat ni org kedah. Mmg lagi sakan la aku gelak. HEHEHE. *Sengih nmpk gigi* Mamat ni lawak -lawak dia berilmiah sikit. Sambil berlawak sambil educate orang. Aku suka sgt tengok video-video yg dia buat. Video dia mmg ada je dlm phone aku. Tp lps je dia grad dan berkahwin, dah sunyi sepi dah. Maybe focus dengan newlife kan. Tapi rinduuuuuuuuuuuuuu dia, pls buat comeback Mat! huhuhuhu *kesat air mata* (TIPU) 

Korang semua cem mane pulak? Ada ke yg minat sama mcm aku? Stalk tiga mangkuk ni hari-hari. Kalau sama kita geng lah! *sep sikit hihihi

Thanks For Reading Guys,
xoxo, Mia.

Share
Tweet
Pin
Share
10 comment
Assalamualaikum,


Isnin lepas yakni Cuti Hari Pekerja, aku ambil kesempatan utk menonton filem ni. Tiket pukul 10.30pm, GSC East Coast Mall Kuantan. Gamble gila esok nak pergi kerja, slumber midnight. Tp muka aku mmg muka tiket midnight pun. kekekeke. Ermm boleh la bagi 3 bintang filem ni. Bagi aku, filem avengers yg baru ni boring namatey. Bagi aku la kan. Dua jam lebih aku kat dalam hall mengadap movie yg so so ni. Mengantok! Okay nah, review untuk uolls.

Sinopsis Filem Captain America : Civil War menceritakan tentang perselisihan faham antara Capt America dan Iron Man. Setelah berbagai insiden, Avengers dianggap sebagai bahan bencana utama dan akhirnya sebuah sistem baru dibuat. Sistem baru itu dibuat bertujuan untuk mengawasi dan mengatur "Gang" Avengers. 

Akan tetapi, sistem baru tersebut membuatkan Avengers berpecah belah. Gang Avengers ini terpecah menjadi dua. Satu gang diketuai Steve Rogers/Capt America dan satu lagi diketuai Tony Stark/Iron Man. Okay the best part is, watak Spiderman dalam movie ni. Dia lah punca penonton banyak gelak dalam hall. Okay la kan, at least tak "krik krik" sgt hall mlm tu. So cute lah you Spiderman! 

Okay sampai situ sahaja review utk filem ini. Lain orang lain pendapat-nya. Yg penting, pergi tengok dulu ya. Selamat Menonton! Nora kasi tiga bintang utk CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR !

Thanks for Reading Guys,
xoxo, Mia.
Share
Tweet
Pin
Share
16 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  December 2022 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ▼  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ▼  May 2016 (2)
      • IG REVIEW : #instafemes
      • Film Review : Captain America | Civil War
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose