Pages

  • Home

Wan's

Assalamualaikum,

Selamat pagi readers! Harini saya nak share kafe-kafe "hipster" yang menarik yang wajib korang pergi bila berada di Kuantan, Pahang ni.



1) Kedai Kopi Mamba 

Kedai Makan yang berkonsepkan santai, relax dan hipster ini menyediakan makanan dari pelbagai jenis variasi makanan. Terdapat jenis makanan biasa dan jenis makanan barat/western. Harga yang ditawarkan amat berpatutan bersesuaian dengan portion makanan yang dihidang. Saya sendiri telah datang mencuba makanan disini. Special menu drp Kedai Kopi Mamba yang pastinya membuat saya mengigau malam ialah Beef Nachos dia. Boleh dikatakan macam signature dish jugaklah. Korang yang berada di Kuantan, mesti cuba tau. Rugi tak datang cuba makanan disini, Saya kasi 5 /5bintang!

Done iftar 4 today. High recommendation! Nachos sgt sedap 😋 #vsco #vscocam #vscohub #vscophile #ipostprecious #igers #igersoftheday #picoftheday #igersmalaya #igerspahang #foodie #foodiekuantan #western #westernfood #kedaikopimamba #iftar #iftarwithbesties #mixtures #overlays #snapseed #projek_tempatan #projek_sailang #sailangclans #greatfood #greatplace #greatservice #alhamdulillah
A photo posted by @_wannuramirah on Jul 3, 2016 at 8:33am PDT

Instagram :  kedaikopimamba

Menu kat atas ni, aku order set dulang. Harga cuma RM80, makan untuk 4-6 orang. Hidangan lengkap termasuk spaghetti bolognese, beef nachos, mushroom soup + garlic bread, french fries, chicken chop, lamb chop & coselaw. Air pula dihidangkan 1 jug besar, Air Lemonade. Masha Allah masa ni, aku dengan kawan bertiga, punya payah nak habiskan, banyak sangat. Alhamdulillah mujur ad membe yang habiskan.

Lokasi : Waze Kedai Kopi Mamba
Landmark : Belakang bangunan Syarikat Khelass, di traffic light Jalan Gambut.
Masa operasi : 5.30 pm - 12am Mon- Sat
No utk dihubungi : 014 500 3479 sam 


2) Kula Cakes

Cafe hipster yang cantik ini terletak di Jalan Besar Kuantan. Cafe ini sesuai bagi golongan yang menginginkan kek yang enak dan lazat serta harga yang berpatutan. Penduduk Kuantan khusunya pasti sinonim dengan Kafe ini. Terdapat pelbagai jenis kek yang sedap di kafe ini. Suasana yang santai, angin sepoi sepoi bahasa, lukisan wall art yang cantik, membuatkan kafe ini sering dikunjungi pelbagai jenis lapisan masyarakat. Kafe kek ini terkenal dengan Mango Cheesecake yang sedap dan pasti siapa yang mencuba, akan datang lagi keesokan harinya! Hiks


Happy hour? Yes please! Come over to Kulacakes from 2-3 PM and 7-8 PM to get a combo of drinks and cakes at a discounted price 1. A slice of Kulacakes mangocheesecake + drinks = RM 10 2. Selected cake + drinks = RM11 And for students come over on Wednesday with your uniform or student card to get 10% off with spending of over RM20 per bill. #Kulacakes #Lilawadi #mangocheesecakekulacakes #dessert
A photo posted by Kula Cakes™ Kuantan (@kulacakes) on Aug 15, 2016 at 9:01pm PDT
       
Instagram : kulacakes

Aku sendiri tak terbilang banyaknya repeat order disini. Kalau ad event birthday, anniversary memang aku akan order kek disini. Sure puas hati, tak menyesal! Jom korang yang hantu kek tu, serbu kulacakes! Saya bagi 5/5 bintang :D

Lokasi : A96 Jalan Besar, 25000 Kuantan
Landmark : Berhadapan Taman Esplanade, Benteng.
Waktu Operasi : 1pm-9pm Tuesday - Sunday
No utk dihubungi : 0179711396


3) Loteng

Pada sesiapa yang ingin lepak makan dan minum menghadap pantai, korang kena datang ke Loteng, Teluk Chempedak Kuantan. Kafe ini sangat sesuai bagi golongan remaja yang ingin meluangkan masa berborak bersama kawan-kawan di hujung minggu khususnya. Lokasi yang strategik menjadikan kafe ini salah satu daripada tumpuan umum di sini, Teluk Chempedak, Kuantan. Pelbagai menu menarik disediakan di Kafe ini. Design bangunan dan cup minuman hipster Loteng berjaya menarik minat ramai pengunjung kesini. 


Menanti bang garik!!! Sambil menjamu mata memandang keindahan ciptaanNya
A photo posted by Loteng Teluk Cempedak (@loteng.tc) on Jun 21, 2016 at 3:35am PDT

Instagram : loteng.tc

Nice view right? Kafe ni ada dua tingkat. Aku dan keluarga/membe selalunya akan lepak di atas, sebab lebih santai kerana disitu turut disediakan bantal besar dan empuk serta karpet, sambil bersembang boleh berbaring menikmati keindahan Pantai Teluk Chempedak. Cool isn't ?? Kalau dtg single pun tak segan nak bersantai sebab sambil baring sambil melayari internet and son on. Takda org kacau pon ! So, tunggu apa lagi? JOM ke LOTENG! Saya bagi 4/5 bintang!

Lokasi : Pantai Teluk Chempedak, Kuantan.
Landmark : Sebelah Starbucks Coffee tc.
Waktu Operasi : 12pm-12am Open Daily
No utk dihubungi : Not included


4) Akar Kopi

Kafe ini menyajikan kopi sebagai menu utama dan terdapat juga menu-menu lain yang menarik disini. Lokasi yg agak strategik membuatkan kafe ini setiap hari dipenuhi pelanggan. Kafe ini terletak di Jalan Besar, ditengah-tengah antara Bank UOB dan Bank OCBC. Dekorasi kedai Akar Kopi ni sangat unik dan kreatif. Begitu juga dengan perabot dan hiasan yang digunakan, teramatlah menarik perhatian pengunjung. Perabot dia diperbuat daripada tong terpakai, dan diubahsuai menjadi kerusi yg cantik dan hipstur! Kalau korang yang ingin me-ngopi didalam suasana taman botani, boleh la berkunjung ke sini, penuh dengan tanaman bunga dan pokok-pokok yang menghijau. sejuk mata memandang. HEHE




Google image : Akar Kopi Kuantan

Saya pernah merasai sendiri keenakan kopi ais dan roti telur separuh masak disini. memang sedap! sampai ketagih okay minum kopi ais dia. rasa dia mmg pekat melekat likat di mulut. fuh! haha! Tapi saya tak sempat mengambil gambar ketika makan disini disebabkan terlampau sedap. malas cara ke phone. layan AKAR KOPI lagi best bruh! memang LULUSSSSSS BRO! *tagline akar kopi. Jom korang semua peminat tegar kopi, jom datang ke AKAR KOPI Kuantan. Rasai sendiri kepekatan kopi yg dihasilkan disini, dijamin puas hati dan sure nak datang lagi! YG pasti harga dia memang nice gila ! sgt berpatutan. Saya bagi 4/5 bintang!

Lokasi : Hadapan kiosk OCBC, Jalan Besar Kuantan
Landmark : Berhadapan bangunan Kastam, Jalan Besar Kuantan.
Waktu Operasi : Not so sure around 10am-11pm Daily
No utk dihubungi : Not included


5)Santai Cafe and Restaurant

Okay, kafe kelima ini terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Siapa yang pernah ke kawasan ini pastinya dah set dalam kepala, kawasan Tanjung Lumpur ni tempat makan berasaskan seafood segar dari laut. EXACTLY! Kalau korang yang nak rasa makanan laut fresh-fresh, datanglah ke kawasan ini. Memang terdapat banyak pilihan kedai makan seafood sampai korang konpius nak pilih yang mane satu, hehe.

Berbalik pada Kafe dan Restoran Santai ni, restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan. Antaranya, makanan laut, nasi, masakan panas, masakan barat/western food/pizza dan juga makanan ringan lain seperti sup, kentang goreng dan bermacam lagi. Bersesuaian dengan nama kedai ini sendiri Santai, suasana dan juga susun atur perabot nya juga dalam keadaan santai. Sangat selesa jika anda datang kesini menikmati makanan bersama keluarga mahupun teman anda. Anda boleh memilih samada ingin duduk di bwh bumbung, atau tidak berbumbung dan juga disediakan pondok-pondok kecil jika anda ingin makan bersila. nice kan?



Google Image : Restoran Santai Tg Lumpur

Aku nak buat pengakuan kat sini, kalau aku tgk wayang overnight, sure aku akan singgah kesini utk makan. HAHA! alamak kantoi. Restoran ni memang dah jadi port wajib aku dah kalau nak makan waktu malam. Menu dia semua nice, cukup buatkan berat badan aku naik 1kg tiap kali pegi. HAHA! Makanan sedap weyh, larat ke tahan air liur nak diet? memang TAKK la citer dia. ekekekekek.

So, korang yang nak rasa semua benda dalam satu masa, nak seafood, nak nasi putih, nak nasi goreng, nak western, nak pizza bagai, aku rekemen datang sini. sure puas hati punya. dengan harga murahnya, tempat selesa, udara segar nyaman. what else could u ask for dude?? So, come here to Santai Restaurant Tg Lumpur, Kuantan. Utk restoran ni, saya bagi 5/5 bintang!

Lokasi : Tanjung Lumpur, Kuantan
Landmark : Berhadapan Kedai kucing Sookies Store
Waktu Operasi : 5.00pm-2am Daily
No utk dihubungi : 010-9124957

Okay, sekian sahaja perkongsian saya ini bersama readers semua. Yang pastinya, 5 Kafe ni highly reccomend dari aku utk korang kalau datang ke Kuantan. Korang kena tahu jugak kenapa ada restoran aku bagi 4/5 je bintang. Sebab servis dorang. :) Banyak lagi restoran menarik kat sini actually, nanti aku buat review lagi ya. Enjoy! 

Thank You for Reading,
xoxo, Mia.

Share
Tweet
Pin
Share
9 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  December 2022 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ▼  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ▼  September 2016 (1)
      • 5 KAFE HIPSTER MENARIK DI KUANTAN
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose