Pages

  • Home

Wan's

Assalamualaikum,
Hai korangggggggg! lama dah aku tak bersiaran. okay2, untuk penutup syawal 2017 ni (walaupun semalam last day) aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri 2017 kepada semua blogger, kosong-kosong yer. Dgn harapan syawal tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. hihi. insha Allah.

Okay, since tahun ini tahun melawat pahang, aku nak tanya, korang suka tak bercuti di kawasan berbukit-bukau? kalau korang tanya aku, memang aku suka sangat sebab kat kawasan macam ini lah korang boleh dapat fresh air, temperature yang tak sepanas bandar dan warna hijau dimana-mana. wahhhh segarnya rasa! this time around, aku nak share ngan korang one of destination untuk bercuti
dalam waktu yang singkat tapi bermakna iaitu di Bukit Tinggi, Bentong Pahang.

Bukit Tinggi, Bentong Pahang ialah tempat percutian bertanah tinggi yang popular kat negara kita ni. salah satu sebab kenapa tempat ini menarik untuk dilawati ialah kerana tempat ini surrounding dia sejuk dan udara yang nyaman. belum lagi kalau korang ke puncak bukit. nak tahu apa yang ada kat puncak bukit tu? Haaaa korang find out lah sendiri yer, hehe. saja nak buat korang rasa tertanya-tanya, pastu dengan rasa ingin tahu yang kuat korang terus set vacation korang ke sana nanti. Yeah !!!

Apa sebenarnya yang ada di Bukit Tinggi ni? There is a few interesting places yang korang leh tengok sebab tempatnya memang unik. Salah satunya adalah perkampungan bertemakan Perancis. Yeah, tak yah jauh-jauh sangat pergi bercuti, kita bercuti kat sini je kita dah boleh tengok sikit culture French ni macam mana. Dengan suasana yang sejuk memaang kita dapat bayangkan kita ada dekat France. Cuma bezanya adalah takde Eiffel Tower la yer sebab dah nama perkampungan so korang faham-faham la yer. Lepastu ada Japanese Village, sama konsep dia cuma kali ni ala-ala jepun lak. So malas aku nak ulang lagi, korang dah tak payah beli tiket kapal terbang pergi Jepun. Kat sini pun dah ada sikit culture dia tau. hihiks


Sumber : Google Image

Amacam? menarik kan? okay, camne jalan nak ke Bukit Tinggi ni? tu yang aku nak share ni, Bukit Tinggi located dalam daerah Bentong, Pahang. Dari KL, ambil lebuhraya Karak ke Kuantan. Lepas rnr Genting Sempah akan ada exit ke Bukit Tinggi. Korang nak naik bas atau teksi pun no problem memang ada lalu ke sana.


Kat Bukit Tinggi ni jugak banyak port-port yang cantik untuk korang bergambar. Siapa-siapa yang nak jadi photographer cemerlang atau model yang melambangkan kehijauan aku alu-alukan kedatangan korang ke sini. Silap-silap kalau orang lain tengok gambar korang ingat korang kat France. Selain tu, ada satu taman yang dipanggil Animal Park, untuk korang yang suka tengok arnab, rusa, burung merak dan keldai. Sesuai untuk korang yang ada anak kecil yang nak ad experience tengok haiwan yang jarang kita jumpa kat tengah-tengah kesibukan kota KL. 


Sumber : Google Image 

So cute kan? Eiiiiii geram tau tgk webbit2 montok2 cmtuh. hehe. Okay, sekarang kita bercerita tentang penginapan. So, nanti kat sana korang nak duduk kat mana agak-agak? Dekat Traveloka, ada banyak amazing deals on bukit tinggi hotel online, so korang boleh check out nanti. Nak senang terus book jer. Kalau tanya aku, korang cuba check The Waterway Villa. Best tau experience stay kat villa ni. Bilik dia ada TV, meja, katil, shower dan tub siap aircon. Kalau drive kereta sendiri jangan risau, akan ada parking nanti. Kat area public pulak ada wifi untuk yang tak boleh hidup tanpa internet tapi bagi opinion aku la kan, kita kat area alam flora dan fauna ni cuti la kejap internet-internet ni semua. Baru dapat enjoy ciptaan Tuhan. Betul tak?

Sumber : Google Image

Wah, menarik kan suasana kat Waterway Villa ni? kat Villa ni juga ada swimming pool yang awesome mcm gmba kt atas ni, tempat untuk korang berkaraoke pun ada. Perfect Combo omputeh kata untuk percutian family. Pasal makan pula, aku jamin korang takkan kebulur sebab ada restoran makan di Villa ini. Kalau rasa tak kena dengan tekak, korang bawa jer maggi atau lauk dari rumah. Tapi bertahan sekejap jela risau basi nanti. Bila basi kalau korang sental gak, percutian korang nanti dah jadi tak best la. Di Villa ni ada polisi, korang TAK BOLEH bawak sekali haiwan peliharaan korang so jangan memandai-mandai nak bawak kucing korang bercuti sekali. Nanti tak pasal-pasal kucing korang kena buli ngan kucing hutan. hehhehehehe

Percutian kat Bukit Tinggi ni sesuai untuk korang yang asal area bandar so at least bila korang bercuti kat sini korang boleh appreciate the green world yang masih wujud di negara kita. gittew. hahahaha kbai


Thanks for reading guys!
See ya on the next post, xoxo. Mia !
Share
Tweet
Pin
Share
6 comment
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah pun berada di 25 Ramadhan 1438H. Tak lama lagi, kita bakal menyambut bulan syawal pula. Mengikut kalendar, mungkin hari raya aidilfitri yang pertama jatuh pada hari ahad ini, insha Allah. Moga kita diketemukan di bulan syawal pula yaa. Di Malam 7 likur ini, marilah kita sama-sama tingkatkan ibadat kita. Moga-moga amalan kita di bulan ramadhan ini diterima Allah swt, aamiin :D

Nafsu makan di bulan puasa ni sebenarnya lagi teruk dari bulan-bulan biasa. Kalau pergi ke bazar ramadhan tu, macam-macam kita teringin nak beli, nak makan. Korang semua mcm tu jugak tak? ke sis sorang je mcmtu? :P sis pun tak tahu kenapa. Tapi alhamdulillah sis dapat kawal nafsu makan sis setakat ni. Makan macam-macam but still berat berkurang, happy iolls taw! HEHE :D Nak tau apa rahsia sis? sis consume HERBALIFE. Malas cakap banyak, but HERBALIFE memang terbaik! sesiapa yang pernah consume produk ni, tahulah macam mana kesan dia :D Terima kasih semua coach yang guide sis from ZERO to HERO :) yang penting air kosong 8liter sehari kena habiskan okay! HEHE


Tengok juadah iftar sis sekeluarga malam ni, terliur tak? Got takoyaki ketam and sotong, Choc cheese lava cake berhantu, Churros, Masak lomak cili api daging salai, Nasi goreng pataya. HAHAHAHA bukan semua sis makan okay. Semua adik sis yang habiskan.Sis jamah sikit-sikit je. *konon* hehehe. Macam nilah jadinya kalau ke Mall, semua benda nak beli. Actually, ada buat macam gerai banyak-banyak dalam Mall minggu ni, sis apalagi semua benda nak beli. Dah semua nampak sedap-sedap. Tapi sis beli banyak, memang tak membazir okay! sebab adik-adik sis tukang habiskan :P So, korang yang duduk seorang dua tu, tak payah la beli banyak ikut nafsu okay. Risau kalau buang makanan, dah jadi membazir. Tak baik membazir di bulan ramadhan ni ye dear2 semua :)



Eskem atas tu, all time fav sis. HEHE. Menu atas ni pula, menu iftar sis semalam. saja nak upload bagi korang terliuq :P Sis masak, ikan pari bakar sambal, yong tau fu and the most SEDAPPPPP dish, ayaq asam tomato dengan kerisik and sup tulang! Pecah peluh baqhang! :P *Kata kami orang kedah. HEHE terliuq dak? mohon jangan jilat screen naaa. HEHE :P

Menu berbuka korang semua yang paling sedap apa? share la dengan sis di ruangan komen. Mana tahuu lagi sedap. HEHE. Actually suasana yang kita create tu yang buatkan iftar kita sekeluarga bertambah meriah, nak-nak adik beradik yang duduk di perantauan, balik rumah iftar ramai-ramai, ya Allah bersyukur sangat dapat rasa semua tu. Feeling paling best kita dapat berkumpul semua adik beradik, iftar sama-sama, kan? :D

Selamat menjalani hari-hari terakhir bulan ramadhan korang!
Syawal soon :D

Wassalam.
xoxo, Mia.
Share
Tweet
Pin
Share
9 comment
Assalamualaikum,

Rindunya kat reader's semua. 
Rindunya nak tulis blog
Rindunya nak membebel kat blog
Rindunya nak blogwalking
Pendek kata, rindu semua lah pasal blog!
Tapi ada ke yang rindu Mia ? ? ?
krik krik krik* dan cengkerik pun berbunyi. KAH

Maafkan saya sbb jarang-jarang menulis apatah lagi berblog-walking. bukan malas atau tidak mahu, tapi faham2 saja lah, reason tetap sama, kekangan MASA ! :P Apa-apa pun mia ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan buat semua follower's mia yang mia sayang, sahabat-sahabat dan juga kawan-kawan yang mengenali mia. Semoga Ramadhan tahun ini memberi sejuta barakah buat kita semua, amal ibadat diterima oleh Allah sepenuhnya, insha Allah aamiin.

Post kali ini mia nak bercerita tentang aktiviti theWan's bulan MEI lepas. Sebulan lepas hokay, hahahaha. Mia sekeluarga bercuti ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Sekaligus meraikan ibu yang tersayang kebetulan sebenarnya Hari Ibu. Alhamdulillah everything going well as plan. Kami hanya menginap selama 2hari 1malam di situ tetapi amatlah happy dan bahagia nya kami sepanjang tempoh itu. Kami menggunakan sepenuhnya masa itu untuk berkumpul sekeluarga, habiskan masa bersama-sama setelah penat bekerja sehari-harian. Quality time with family kata omputeh. Kami menginap di Arabian Bay resort. Suite di Arabian Bay Resort teramatlah selesa, facilities semua cun, katil baek dan yang paling penting view dia. Bilik kami di tingkat 5. Tapi sorry, lupa nak snap gamba bilik. HIHI. Harga berpatutan okay, sesuai sangat untuk family dalam bilangan yang ramai menginap di sini. Disamping itu, swimming pool dia pun menarik. Nak tengok? 




Haaaaaaaaaaaaaa tantek kan? Sesuai sgt korang yang ada anak-anak kecik tu sebab pool kat sini kalau dewasa pun cuma 1.2feet je. Konsep pool ini pun menarik, acah-acah berada di sebuah pulau gitu. Ada pasir, pokok kelapa ditengah-tengah, rasa macam taknak keluar je berendam dalam tu taw. Nak-nak bebudak kecik. Tapi kebanyakan aku tengok mak bapak budak yang beria-ria. HAHA :P So apalagi korang? yang berkesempatan dapat cuti lama-lama tu atau cuti sekolah ke, bawa ler anak-anak tu berjalan ke sini. Suasana nyaman macam duduk di kampung! HEHE Jom terjah Bukit Gambang Resort City, Kuantan! and for sure weolls pun akan repeat menginap kat sini, tak puas hokay. :D

Nak booking? Malas booking di kaunter? Sekarang semua online, di hujung jari je okay. Nah layari web rasmi BGRC di https://bgrc.com.my/ sekarang! Booking melalui whatsapp pun boleh okay. No whatsapp +6011-51225298. So, ada alasan lagi?? :P

Last but not least, Selamat Hari Ibu, Mak. Hari-hari hari ibu, but maybe this one kinda special day dedicated to all mother's out there. Jangan kata saya mengikut ajaran kristian, saya cuma menghargai ibu saya. Without word, I love you Pn Salmah Azit! 

Wassalam.
xoxo, Mia.
Share
Tweet
Pin
Share
14 comment
Assalamualaikum readers semua!

Baru-baru ni, bapa saudara sis merangkap pak ngah sis ajak sis dan mak sis teman beliau ke perumahan mahkota height di Indera Mahkota 8, Kuantan. tujuan dia nak melawat perumahan kat situ, nak "usha" untuk pembelian. wowww huntunglah badan dapat tinggal kat sini. kawasan golongan "Elit" gitchu. hehehe alhamdulillah moga Allah permudahkan urusan pak ngah ye. aamiin! :)


haaa teaser satu kali! hehehe tgk tangga dah superb dah kan, belum tgk bahagian lain lagi dalam banglo ni. banglo ni ada 2 tingkat , 7 bilik tidur dan 8 bilik air. pertama kali sis melangkah masuk ke dlm rumah ni, dia punya excited tu macam sis yang nak beli banglo mewah ni. padahal tolong teman je. HAHAHA! okay la kan dapat tumpang rezeki sesama. kehkehkeh**Okay, fyi jugak, ini sekadar rumah contoh okay, sebab itu fully furnished. melilau mata tgk hiasan dalaman banglo ni, memang cantik. kemas dan tersusun, warna pun soft je, sedap mata memandang :)


inilah pak ngah kite, Azizan bin Hj Azit. dia merupakan seorang pensyarah di UMP Jalan Gambang, Kuantan. ade ke umpians reader kat sini?? kalau fakulti teknologi maklumat mesti kenal pak ngah sis ni. hehehe :) muka berpuas hati betul gayanya, macam "kira on" jelah beli banglo ni. tengok dari gaya, memang dia berkenan sangat dah kat rumah ni. "FALL IN LOVE" kata omputih. kihkihkih :D mana tidaknya, cuba teka berapa harga banglo ni? RM 1.2juta okayyy. *tersemboq ayaq liuq,sila lap!* hahaha *lap peloh gak* Okay, jom layan gamba-gamba lain yang sempat sis snap sepanjang berada dalam banglo ni.





Mak buat apa tu mak? -_-"

ni baru first rumah contoh yang kami masuk dah gempak gila dah. yang second pon ada tau, for sure la lagi awesome! tapi sis tak sempat nak snap gambar sbb terlebih feeling masuk banglo yang kedua tu. mana tidaknya, banglo tu ad 5 tingkat, naik pakai lif okay. naisss shangattt! harga dia pun mmg berbaloi-baloi sangatlah. RM2.2juta. *fengsan* hahaha :P that's why la sis cam orang jakun tak sempat nak capture the moment! hmm apalah mia ni !:( cantik kan banglo kat perumahan Mahkota Height, Kuantan ni? so apalagi korang, grab la sebuah! kalau mcm sis, mampu berangan je dulu, lama-lama mana tahu kan, dapat tinggal kat banglo mewah cmni jugak. InsyaAllah, segalanya dengan izin Allah kan? hehe aamiin :)

Pak Ngah dgn Mak kite <3

Last but not least, sis doakan impian korang semua jadi kenyataan. kalau tidak sekarang, mungkin satu hari nanti. macam sis, ini adalah salah satu impian sis! nak tinggal di banglo mewah, perumahan elit. tapi usaha kena setimpal dengan berangan awak tu ye. jangan hanya berangan tapi malas usaha, dok jadi gok boh!*ttiba ganu* :P

okay, itu shj perkongsian dari sis, Jumpa lagi next entry ye! thanks sudi membaca.
Share
Tweet
Pin
Share
14 comment
Assalamualaikum readers semua!

Alhamdulillah Allah bagi lagi kesempatan nak update blog. lain macam lak rasa masuk blog harini. lain gila duh blog! shomelll sgt ni. hehehehe. thanks to adik Aisyah Nyais sebab dah buat blog sis jadi apa yang sis nak. ceria gitew. haaa korang semua yang nak blog cantik dan ceria cm sis ni boleh terus contact beliau ye. servis puas hati, confirm! hehe

Boleh tahan lama jugak sebenarnya sis menghilang kan. Bukan apa, kerja banyak sangat menimbun kat atas meja. Tapi tiap2 hari sis buka blog cuma tak hupdate je. hehehehe. So, disebabkan blog dah berwajah baru, sis lebih semangat nak hupdate blog ini hari taw. Sis nak story, sis dan family ke kampung di Kedah bln lepas, belum masuk tahun 2017 pun. Oh, belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat tahun baru kan? moga segala azam engkorang yg tahun2 lepas tercapai la ye utk tahun ni. Aku pun. InsyaAllah, Aaamiin!

Kg Permatang Buluh, Kedah Darul Aman

Gambar atas ni bukan ihsan dari google okay. ini sis yang snap sendiri pic bendang depan mata ni. pemandangan ni lah yang selalu buat sis termimpi-mimpi bila dah balik ke Kuantan. mana nak dapat oi suasana mcmni kat bandar. best sangat-sangat feeling dia bila kau buka mata pepagi buta, lepas je solat subuh kau buka pintu, pemandangan ini yg kau dapat lihat. hurmm benda ni la yang paling aku rindu bila balik kedah. sumpah best! breakfast kat luar, duduk bersila makan nasi goreng ramai-ramai.. menghadap bendang pulak. fuhh lain mcm punya best, sukar digambarkan dengan kata-kata. gitchu ;)


Ehem2, nilah cousin baru kita tu. suami dia anak kepada maklong kita. kenduri ni dekat Jitra, Kedah. sis tak hengat dah apa nama perumahan dia. HAHA. dapat snap pic bini dia sorang ja, entah kemana si husband dia. tinggal bini dia sengsorang amek gamba. hehehe alhamdulillah hafiz dan hafizah mereka berdua ni. Simple je majlis mereka tapi meriah sangat. Tahniah uolls! Mira ucapkan selamat pengantin baru ya, moga rumahtangga kalian berdua senantiasa dilimpahi rahmah dan barakah Allah swt. cecepat dapat baby ya. *Ayat klise* hehehehe


Okay, benda ni sumpah sedap! inilah yang sis dok tambah lepas tambah, tambah lagi. sepanjang majlis kawen ni. HAHA. nak tahu sebab apa? sis yang tlg buatkan okay rojak ni. tapi tolong potong2 jela, kuah semua makcik-makcik yg buat. memang best la rojak homemade ni, terutama tang sos dia. Masha Allah, jadi cam ketagih tau. igt makcik2 tu letak guna2 ke apa. HAHA gurau2 :P
rojak ni ada buah nenas, sengkuang, timun dengan jambu. Mabeles baqhang. Mohon jgn terliuq naa korang :P




Sis ni bila balik ke Kedah memang jalan-jalan cari makan jela. HAHA. mee goreng kat atas ni, sis dgn family makan di sebuah restoran yang terletak di Guar Cempedak. Makanan kat sini, order la menu apa pun, semua sedap. nasi ke, mee ke semuanya menepati citarasa kami sekeluarga. hehehe. setiap kali sebenarnya, kami kalau balik ke sini, for sure akan datang makan kat sini. esp makan bihun sup dia. masha Allah, sedap bukan main. dengan daging lembut, banyak gila. puas hati la makan. 


Boleh dikatakan sepanjang 6 hari kami disana, tak hujan pun. cantik je cuaca. tapi masa pergi dengan balik bukan main lebat hujan atas highway. masuk je highway jalan Duta, kl terus hujan sampailah ke Kuantan. hehehehe, travel kalini tak dapat berjalan sangat sebab kenduri, then dapat cuti pun sikit. so, tak berapa nak feeling. tapi alhamdulillah kami sekeluarga enjoy! itu yang penting :D

Okay, itu shj perkongsian dari sis. Jumpa lagi next entry ye! Thanks sudi membaca.
Share
Tweet
Pin
Share
10 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  December 2022 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ▼  2017 (5)
    • ▼  July 2017 (1)
      • Bukit Tinggi Destinasi Percutian Pilihan
    • ►  June 2017 (2)
      • Juadah Berbuka di bulan Ramadhan
      • Review : 2 Hari 1 Malam di Bukit Gambang Resort Ci...
    • ►  January 2017 (2)
      • Mahkota Height, Indera Mahkota 8 Kuantan.
      • Kenduri Kahwin Cousin
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose