Pages

  • Home

Wan's

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah pun berada di 25 Ramadhan 1438H. Tak lama lagi, kita bakal menyambut bulan syawal pula. Mengikut kalendar, mungkin hari raya aidilfitri yang pertama jatuh pada hari ahad ini, insha Allah. Moga kita diketemukan di bulan syawal pula yaa. Di Malam 7 likur ini, marilah kita sama-sama tingkatkan ibadat kita. Moga-moga amalan kita di bulan ramadhan ini diterima Allah swt, aamiin :D

Nafsu makan di bulan puasa ni sebenarnya lagi teruk dari bulan-bulan biasa. Kalau pergi ke bazar ramadhan tu, macam-macam kita teringin nak beli, nak makan. Korang semua mcm tu jugak tak? ke sis sorang je mcmtu? :P sis pun tak tahu kenapa. Tapi alhamdulillah sis dapat kawal nafsu makan sis setakat ni. Makan macam-macam but still berat berkurang, happy iolls taw! HEHE :D Nak tau apa rahsia sis? sis consume HERBALIFE. Malas cakap banyak, but HERBALIFE memang terbaik! sesiapa yang pernah consume produk ni, tahulah macam mana kesan dia :D Terima kasih semua coach yang guide sis from ZERO to HERO :) yang penting air kosong 8liter sehari kena habiskan okay! HEHE


Tengok juadah iftar sis sekeluarga malam ni, terliur tak? Got takoyaki ketam and sotong, Choc cheese lava cake berhantu, Churros, Masak lomak cili api daging salai, Nasi goreng pataya. HAHAHAHA bukan semua sis makan okay. Semua adik sis yang habiskan.Sis jamah sikit-sikit je. *konon* hehehe. Macam nilah jadinya kalau ke Mall, semua benda nak beli. Actually, ada buat macam gerai banyak-banyak dalam Mall minggu ni, sis apalagi semua benda nak beli. Dah semua nampak sedap-sedap. Tapi sis beli banyak, memang tak membazir okay! sebab adik-adik sis tukang habiskan :P So, korang yang duduk seorang dua tu, tak payah la beli banyak ikut nafsu okay. Risau kalau buang makanan, dah jadi membazir. Tak baik membazir di bulan ramadhan ni ye dear2 semua :)



Eskem atas tu, all time fav sis. HEHE. Menu atas ni pula, menu iftar sis semalam. saja nak upload bagi korang terliuq :P Sis masak, ikan pari bakar sambal, yong tau fu and the most SEDAPPPPP dish, ayaq asam tomato dengan kerisik and sup tulang! Pecah peluh baqhang! :P *Kata kami orang kedah. HEHE terliuq dak? mohon jangan jilat screen naaa. HEHE :P

Menu berbuka korang semua yang paling sedap apa? share la dengan sis di ruangan komen. Mana tahuu lagi sedap. HEHE. Actually suasana yang kita create tu yang buatkan iftar kita sekeluarga bertambah meriah, nak-nak adik beradik yang duduk di perantauan, balik rumah iftar ramai-ramai, ya Allah bersyukur sangat dapat rasa semua tu. Feeling paling best kita dapat berkumpul semua adik beradik, iftar sama-sama, kan? :D

Selamat menjalani hari-hari terakhir bulan ramadhan korang!
Syawal soon :D

Wassalam.
xoxo, Mia.
Share
Tweet
Pin
Share
9 comment
Assalamualaikum,

Rindunya kat reader's semua. 
Rindunya nak tulis blog
Rindunya nak membebel kat blog
Rindunya nak blogwalking
Pendek kata, rindu semua lah pasal blog!
Tapi ada ke yang rindu Mia ? ? ?
krik krik krik* dan cengkerik pun berbunyi. KAH

Maafkan saya sbb jarang-jarang menulis apatah lagi berblog-walking. bukan malas atau tidak mahu, tapi faham2 saja lah, reason tetap sama, kekangan MASA ! :P Apa-apa pun mia ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan buat semua follower's mia yang mia sayang, sahabat-sahabat dan juga kawan-kawan yang mengenali mia. Semoga Ramadhan tahun ini memberi sejuta barakah buat kita semua, amal ibadat diterima oleh Allah sepenuhnya, insha Allah aamiin.

Post kali ini mia nak bercerita tentang aktiviti theWan's bulan MEI lepas. Sebulan lepas hokay, hahahaha. Mia sekeluarga bercuti ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Sekaligus meraikan ibu yang tersayang kebetulan sebenarnya Hari Ibu. Alhamdulillah everything going well as plan. Kami hanya menginap selama 2hari 1malam di situ tetapi amatlah happy dan bahagia nya kami sepanjang tempoh itu. Kami menggunakan sepenuhnya masa itu untuk berkumpul sekeluarga, habiskan masa bersama-sama setelah penat bekerja sehari-harian. Quality time with family kata omputeh. Kami menginap di Arabian Bay resort. Suite di Arabian Bay Resort teramatlah selesa, facilities semua cun, katil baek dan yang paling penting view dia. Bilik kami di tingkat 5. Tapi sorry, lupa nak snap gamba bilik. HIHI. Harga berpatutan okay, sesuai sangat untuk family dalam bilangan yang ramai menginap di sini. Disamping itu, swimming pool dia pun menarik. Nak tengok? 




Haaaaaaaaaaaaaa tantek kan? Sesuai sgt korang yang ada anak-anak kecik tu sebab pool kat sini kalau dewasa pun cuma 1.2feet je. Konsep pool ini pun menarik, acah-acah berada di sebuah pulau gitu. Ada pasir, pokok kelapa ditengah-tengah, rasa macam taknak keluar je berendam dalam tu taw. Nak-nak bebudak kecik. Tapi kebanyakan aku tengok mak bapak budak yang beria-ria. HAHA :P So apalagi korang? yang berkesempatan dapat cuti lama-lama tu atau cuti sekolah ke, bawa ler anak-anak tu berjalan ke sini. Suasana nyaman macam duduk di kampung! HEHE Jom terjah Bukit Gambang Resort City, Kuantan! and for sure weolls pun akan repeat menginap kat sini, tak puas hokay. :D

Nak booking? Malas booking di kaunter? Sekarang semua online, di hujung jari je okay. Nah layari web rasmi BGRC di https://bgrc.com.my/ sekarang! Booking melalui whatsapp pun boleh okay. No whatsapp +6011-51225298. So, ada alasan lagi?? :P

Last but not least, Selamat Hari Ibu, Mak. Hari-hari hari ibu, but maybe this one kinda special day dedicated to all mother's out there. Jangan kata saya mengikut ajaran kristian, saya cuma menghargai ibu saya. Without word, I love you Pn Salmah Azit! 

Wassalam.
xoxo, Mia.
Share
Tweet
Pin
Share
14 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  December 2022 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ▼  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ▼  June 2017 (2)
      • Juadah Berbuka di bulan Ramadhan
      • Review : 2 Hari 1 Malam di Bukit Gambang Resort Ci...
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose