Pages

  • Home

Wan's


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini dah 5 hari kita seluruh umat islam berpuasa. Syukur ke hadrat Ilahi usia kita masih lagi dipanjangkan oleh Allah swt untuk beribadah dan melakukan kerja amal kebajikan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia dan barakah ini. Walaupun kita tidak dapat menunaikan solat tarawikh di Masjid, setidaknya kita boleh berjemaah di rumah bersama ahli keluarga kita. Inilah nikmat yang Allah berikan kepada kita semasa tempoh PKP ini. Hikmah yang paling besar yang kita dapat semasa tempoh PKP ini ialah masa berharga bersama keluarga. Alhamdulillah, aku rasa Ramadhan kali ini sangat berlainan dan sangat tenang. Mungkin korang pun rasa benda yang sama kan? Insha Allah jom sama- sama kita manfaatkan cuti yang ada ni dengan melakukan perkara yang berfaedah.

Contohnya, kalau tanya aku ofcourse la dengan memasak! HIHI. Aku memang suka memasak. Tapi minat memasak tu lagi membuak-buak bila tengok satu akaun instagram IG Famous ni. Mana tidaknya, resepi nya senang. Cara buatannya simple tapi amat menyelerakan. Haaa korang mesti dah boleh agak kan siapa instafamous ni...? Okay nanti aku tulis kat bawah. Jom layann resepi apa aku masak kali ini.

 
Daging Goreng Blackpepper

Crispy Korean Chicken

Tomyam Ayam Kuah Pekat

Haaa amacam menggiurkan tak? kalau siang jangan tenung lama-lama tau, berdosa! HAHA. Tapi juadah ni semua aku buat sebelum bulan Ramadhan tau. Resepi No 1 dan No 2, aku ikut resepi instafamous khairulaming. Seriously memang senang sangat nak ikut kalau korang newbie juga macam aku. HIHI. Resepi dia sangat mudah and menjimatkan masa. Aku kalau kekurangan idea nak masak apa tiap hari, mesti aku stalk ig mamat ni. Terussss dapat idea! HAHA. TQ abam khairulaming atas perkongsian. sesungguhnya banyak pahala abam sebab membantu suri rumah macam aku dan macam korang jugak. kankan? baik ngakuuu korang pun sama kan stalk ig dia tiap hari. Nak-nak bulan puasa ni lagi kerap la stalk. kannnnnn?! Kalau betul kita geng! HAHA!

Okay itu sahaja perkongsian sis untuk harini. Kalau nak resepi untuk gambar yang no 3 tu, nanti sis akan buat new post khas untuk resepi itu. Kalau ada request la, kalau tidak ada sis malas nak menulis. HAHA. Okay geng, Selamat Berpuasa.

Stay At Home
Stay Safe
We can do it!

Assalamualaikum.
Share
Tweet
Pin
Share
29 comment

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

AMARAN : INI SEBELUM TEMPOH PKP DILAKSANAKAN

Harini sis nak story sikit pasal babiesmoon sis dengan suami di Tanah Rata, Cameron Highlands last year. Time-time PKP ni boleh throwback jela sis. Baru nak up post, padahal dari tahun lepas pergi. HAHA! Masa yang ada ni kita gunakan sebaik mungkin dengan update new post di blog. Sebelum ni busy dengan kerja hakiki. HIHI.

Aku dan Suami bercuti di Cameron Highland pada 7-9 Nov 2019 iaitu selama 3 hari 2 malam. Kami memilih penginapan di Century Pines Resort, Tanah Rata CH. Lokasi Resort ni tak jauh pun untuk ke Brinchang. Selain tu, kemudahan seperti Masjid memang sangat dekat dengan resort kami. Jadi kalau nak berjemaah pun tak kalut nak cari Masjid. Resort ni bagi aku dan suami sangat selesa dan memuaskan. Semua kelengkapan yang kita nak semua ada. Dengan cuaca yang best, sejuk. Tapi masa kami kesana memang tengah musim tengkujuh. hehe tapi alhamdulillah kami sempat la pergi tempat-tempat menarik yang ada disana walaupun tak semua. 

Pemandangan dari bilik kami

Bilik kami. Besar dan selesa sangat untuk dua orang

Selain dari bilik yang selesa, breakfast percuma turut disediakan kat Century Pines Resort ni. Selama 3 hari kami dekat sini, breakfast yang Resort ni sediakan memang cukup banyak dan sedap. Korang boleh pilih nak makan ala barat atau kampung. Semua ada. Aku tak sempat nak snap keadaan dalam restoran tu sebab masa tu agak crowded dengan orang ramai. 

Okay hari pertama kami sampai nak dekat maghrib which is pada tarikh 7/11 tu. Sesudah check in, kami pun bersihkan diri, solat then cari tempat menarik untuk dinner malam tu. Haa cari punya cari, kami pilih untuk makan malam di Highland Steamboat Cheese & Grill. Lokasi restoran ni dekat je dengan Resort kami. Dalam kawasan Tanah Rata juga. Husband cakap tak perlu makan jauh-jauh malam tu, sebab hujan agak lebat. Sis okay je. Layansss

haa nampak tak fokus suami sis nak ngappp semua tu? HAHA

Restoran ni khusunya menyediakan makanan untuk steamboat. Macam-macam pilihan ada untuk korang masak. Beraneka sayuran, daging, ayam, makanan laut, buah-buahan & mee. Dan yang paling menarik sekali ada pelbagai jenis aiskrim korang boleh pilih. Tapi sis memang tak ambil sebab cuaca ketika itu agak sejuk. Tak terasa pun nak makan aiskrim. HAHA. Harga dia berpatutan. Ohh lupa, kalau korang nak tambah cheese memang boleh. Tapi kami memang bukan penggemar cheese, so memang tak request pun untuk cheese. Nasi goreng dan mihun goreng pun ada disediakan untuk pelanggan. So korang yang tak berapa kenyang sangat tu boleh la pilih makan nasi goreng. Nice kan? semua ada. :)

Okay hari kedua, kitaorang dah planning macam-macam tempat nak pergi. Sekali harapan musnah. Start dari subuh hingga pukul 11 hujan non stop. Tapi alhamdulillah pukul 11 hujan stop. Apalagi, kami pun cepat-cepat siap untuk keluar takut hujan lebat datang lagi. So first destinasi kitaorang jalan-jalan area Brinchang, kitaorang pergi KHM Strawberry and Jam. Kunun nak Hi-Tea kat situ. Suami sempat grab jem strawberry nak bawa balik ke Kuantan. Then kami singgah makan scone kat situ. Aku order strawberry egg tart nak rasa. HIHI not bad. Sedap terok! Berlatar belakangkan Strawberry farm, lagi nice! Sambil makan sambil tengok pengunjung petik strawberry. :)

Inilah dia rupanya Scone. HIHI

My delicious Strawberry Egg Tart

Okay settle je makan kat sini, kami jalan-jalan and makan pulak dekat Abang Strawberry. Saja nak try nasi lemak sambal strawberry dia yang famous sangat tu. Sedap jugak. Lepastu Kedai ni pun ada menyediakan sebuah kedai lagi khas untuk pelanggan bawa balik makanan-makanan yang sedap kat CH ni. Haa so senanglah, korang tak perlu susah-susah cari tempat lain. In case kalau korang kesuntukan masa la macam aku. HIHI

Nasi Lemak Sambal Strawberry

Dried Strawberry/ Strawberry Kering

Alhamdulillah settle je kami makan kat situ, kami pun berangkat pulang untuk cari surau/masjid berdekatan dengan Restoran tersebut. Selesai kami menunaikan solat, kami pun meneruskan perjalanan kami untuk ke lokasi seterusnya iaitu Pasar Malam Brinchang. Tempat yang paling digemari oleh semua pengunjung yang datang ke sini. Bak kata omputeh, tempat paling "Famous" GITU. Tapi sayangnya, aku tak sempat rakam atau ambil gabar sepanjang berada di sana. Mana tidaknya, pengunjung macam semut. Jalan pun berhimpit. Punyalah crowded kat situ. Di pasar malam tu, apa sahaja yang kita nak semua ada. Macam aku sendiri, aku mesti takkan lepaskan peluang untuk beli pelbagai jenis sayuran yang segar dan murah untuk aku bawa balik ke rumah nanti. Serius, sayur-sayur dia memang murah. Paling aku suka asparagus. Memang banyak jugak la yang aku beli. Then macam biasa, keledek madu dia memang win. Coklat pun banyak. Pendek kata, kalau nak beli souvenier yang murah-murah korang datang jela sini. Tapi aku nasihatkan datang awal sikit. Kalau tak memang jalan jammed gila. And paling penting lepas PKP ye! HAHA

Okay alhamdulillah, sis dan suami sempat beli makanan untuk dibawa balik ke Hotel untuk makan malam kami. We olls malas nak keluar atau cari tempat makan. So we decided untuk tapau makanan kat Pasar Malam je. Then settle, kenyang and tido.

Keesokan harinya, kami menuju ke destinasi terakhir sebelum kami pulang. Settle checkout, kami terus ke Lavender Garden. Cuaca agak cemburu dengan kami masa tu. Hujan pulak. Alhamdulillah nasib baik dalam tu ada bumbung. Dapatlah jugak kami naik dan sempat juga ambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Suami sempat masuk ke Lavender Shop, beli sedikit buah tangan untuk dibawa balik. 

Laki Bini Posing. Kasi can la :P

Masa ni 3 bulan pregnant. kih3

Dalam kedai ni semua benda warna purple. Ni salah satu souvenier yang ada. Comel kan?!

Cantik sangat :D

Sejuk mata memandang :)

Alhamdulillah, settle ja kami keluar dari sini, hajatnya nak naik semua ke Kea Farm nak membeli belah sebelum pulang. Sekaliiiiii haaa punya panjang jammed nye weh. Aduhai tak sanggup nak menunggu panjang-panjang. Kitaorang patah balik, then terus balik. HAHA! Tak kose la nak menunggu lama-lama macamtu. 

Kami sampai lewat malam di Sepang. Kami check in pula disitu malam tu sebab husband keesokan harinya ada running di area situ. Alhamdulillah, kami rasa happy dapat bercuti di CH walaupun sekejap. Insha Allah lepasni boleh bercuti dengan anak-anak pula. Aamiin.

Semoga cepatlah berakhir PKP ni, cepatlah kita boleh vacation lagi dengan keluarga, KESANA KESINI bebas tanpa perlu risau. Aaa rindunyaaa. :(

Bye, Assalamualaikum.
Share
Tweet
Pin
Share
15 comment

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar kita dah berada di bulan April tahun 2020. Seluruh negara kini dilanda wabak penyakit yang mengancam nyawa iaitu Coronavirus atau lebih dikenali sebagai Covid-19. Malaysia kini mencatat kematian seramai 80++ sehingga ke hari ini. Seluruh Syarikat diarahkan untuk tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP ni dijalankan. PKP telah pun dilaksanakan ke Fasa 3. Hampir sebulan juga la kita iaitu termasuk aku dan suami jugak terpaksa bekerja dari rumah, kata omputeh "Work From Home".

Bagi wanita yang dah sarat hamil macam aku ni, keadaan macamni memang amat membimbangkan.Banyak fikir benda- benda yang negatif instead positif. Tapi insha Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita. Apa yang perlu kita buat sekarang, Just duduk je di rumah. Tak perlu KESANA KESINI KESANA KESINI (*Baca ke nyanyi ni?haha!*) buat-buat sibuk. Virus ni cepat dan senang sangat merebak. So kita jangan selfish, just ikut sahaja arahan dari kerajaan. Virus ni memang dapat dicegah dan tamat dengan cepat jika kita betul-betul patuh dan tidak ingkar perintah Kerajaan.

Aku doakan semua wanita hamil dipermudahkan urusan dan dilancarkan proses untuk bersalin nanti. Korang pun doakan aku ye semoga dipermudahkan. Due aku insha Allah pertengahan bulan 5. Dah tak lama dah. Babies sulung kan, nervous lain macam. Hihi. Tapi aku tertarik dengan satu post dekat Facebook. Baby pakai Face Shield. Korang perasan jugak tak? hahaha comel sangat. geram je tengok. Okay bagi yang belum tengok aku attach sekali gambar tu dekat bawah. NAHH

Comel kan?
Sumber : Facebook

Aku tak sure ni dekat Hospital mana, but seriously comel sangat! hehe bagus jugak kan kalau pakai benda alah ni, at least takde la orang suka-suka hati cium baby. Dah ada virus or sakit apa-apa terus nak cium baby nak pegang. Bila parents baby tu tak bagi dikata pulak kedekut/berlagak ada baby. padahal mereka just nak protect je anak mereka. Baby kan mudah terkena jangkitan apa-apa penyakit. So parents memang paranoid la bab- bab macamni. Alert orang kabo. Ingat senang ke nak dapat baby. Dah dapat kena la jaga betul-betul. Tak gitu?

Okay done membebel. :D

So last word, Stay Home and Stay Safe okay. Nyawa kita ada satu je. Ingat tu. Oh lagi satu, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak Bulan yang mulia kepada semua umat islam seantero dunia. Lagi 3 hari gais! Tahun ni kita sambut serba sederhana saja. Less is more!  Bye Assalamualaikum! ;)
Share
Tweet
Pin
Share
5 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  December 2022 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ▼  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ▼  April 2020 (3)
      • Idea Juadah Semasa PKP
      • Babiesmoon : Cameron Highlands
      • Dugaan Tahun Baru 2020
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose