FENOMENA ABPH 2010 ^^

by - April 07, 2011





salam alaik.. na share sikit ngn korang~~
Mcm2 kisah menarik yang berlaku di belakang tabir mahupun yang dapat anda saksikan sendiri di kaca televisyen korang. Ada cerita lucu, tidak kurang yang terus menjadi bahan kepada peminat untuk dibincangkan di laman sosial Facebook atau pun Twitter.

Kelibat pelakon Shah Jazle yang mengumumkan cara-cara menyebut namanya dengan betul membuatkan penonton tersenyum dan bertukar menjadi ketawa apabila dia meneruskan pengumuman pemenang dengan menyebut "And The Winners Goes To...". Sabar je lah!

Penyanyi kesayangan ramai, Anuar Zain pula meletup di laman sosial Twitter apabila namanya tersenarai dalam senarai Trending Topic worldwide di laman sosial tersebut sewaktu menyampaikan lagu Sedetik Lebih. Ramai juga peminat Anuar Zain bercerita mengenainya di laman sosial itu. Yang peliknya kalau menang sorak di laman sosial Twitter mengapa tewas dalam undian ABP bagi merebut gelaran Penyanyi Lelaki Popular. Mungkin peminat Anuar Zain lebih gemar menyokong tanpa mengundi.

Berikut senarai perkara-perkara menarik yang berlaku sekitar ABPBH 2010:

1) Walaupun acara karpet merah hanya bermula pada jam 7.00 malam, tetapi peminat sudah membanjiri perkarangan Arena Of Stars (AOS) seawal jam 12 tengahari.

2) Nama Anuar Zain dimasukkan dalam senarai Trending Topic worldwide di laman social Twitter sewaktu dia menyampaikan lagu Sedetik Lebih di ABPBH. Bukan mudah untuk seorang artis dari Malaysia menembusi senarai tersebut.

3) Rafflesia bersama lima pereka fesyen terpilih telah mengadakan acara Fashion Classic istimewa untuk pihak media sebelum acara bermula. Acara yang membabitkan 30 orang selebriti ini turut dihadiri oleh diva nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

4) Ada penonton yang tidak bertanggungjawab mengambil tempat duduk yang disediakan untuk pihak media. Keadaan ini membuatkan beberapa wartawan terpaksa mencari tempat duduk di barisan belakang.

5) Kesilapan Shah Jaszle menyebut “and the winners goes to…” telah membuatkan ramai peminat di Arena All Stars berbisik sesama sendiri. Malah, kesilapan pelakon ini turut menjadi bahan usikan di laman twitter.

6) Lisa Surihani mendapat tepukan paling gemuruh ketika namanya disebutkan sebagai salah seorang calon Pelakon Televisyen Wanita Popular. Kategori ini bagaimanapun dimenangi oleh Fasha Sandha.

7) Apabila nama Ally Iskandar diumumkan sebagai salah seorang calon Pengacara TV Lelaki Popular, penonton di dalam dewan tidak memberikan sebarang respon.

8) Pelawak Yassin muncul dua kali di atas pentas ketika iklan disiarkan.

9) Zizie Ezette tampil berisi di samping suami tercinta, Datuk Bung Mokhtar. Pelakon ini dilihat leka bermain dengan seorang bayi ketika di post party.

10) Ketika Johan Raja Lawak dan Usop Wilcha sibuk buat lawak di atas pentas, pengurus pentas beberapa kali memberi isyarat supaya cepat umumkan nama pemenang kerana masa tidak mencukupi.

11) Seluruh dewan AOS bersorak sebaik saja klon Ziana Zain memasuki dewan mengenakan gaun putih serta sejambak bunga di kepala.

12) Cheryl Samad merupakan antara selebriti yang paling awal memasuki dewan AOS iaitu kira-kira jam 6.30petang.

13) Pelakon Badrul Muhayat dilihat hadir ke acara ABPBH2010 bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih barunya.

14) Gaun labuh yang dikenakan Fasha telah dipijak oleh seseorang ketika pelakon itu berada di dalam dewan AOS. Mujur Fasha tidak jatuh dan sempat memberikan senyuman kepada individu yang memijak kainnya itu.

15) Semasa iklan disiarkan di rumah, penonton di AOS telah ditayangkan dengan VT Konsert Jelajah ABPBH2010, persembahan lawak dari Yassin serta Panggilan Hangit Hot FM yang dilakukan kepada Angah. Selain itu, sebuah VT temubual antara Zizan dan pemenang Artis Mobile Popular 2010 iaitu 6ixth Sense turut ditayangkan.

16) Jika tahun lepas Fasha Sandha di‘boo’ oleh penonton di AOS, mujur tahun ini pelakon tersebut tidak dimalukan dengan insiden tersebut lagi.

17) Beberapa penonton yang datang dilihat memberi ‘standing ovation’ selepas penyanyi Anuar Zain membuat persembahan.

18) ABPBH 2010 kali ini dilihat banyak ‘mencuit’ artis-artis yang hadir di mana setiap kamera akan difokus kepada pasangan yang pernah ada kaitan dengan mereka. Contohnya semasa Fasha menang anugerah, kamera telah difokuskan kepada Tiz Zakyah, Jehan Miskin (Jue Aziz), Juliana Evans (Sam Bunkface) dan Shahir (Rozita Che Wan).

19) Ada peminat yang sanggup menunggu sehingga jam 3.00pagi di depan restoran di mana ‘Post Party’ diadakan semata-mata mahu mengambil gambar kenangan bersama artis kesayangan mereka.

20) Gelagat Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mendapat respon yang baik dari penonton. Seluruh dewan AOS menggayakan tangan Usop bila ditanya siapa bersetuju dia membacakan keputusan anugerah utama malam tersebut. Memang fenomena filem HKLBR! hahaha!! usop wilchaaaa~~
mmg terbaekkkkkk!!



usop wilcha bergembira :)



sumber: GUA.com



You May Also Like

4 comment

Terima kasih sudi baca dan komen :)