Pages

  • Home

Wan's

Assalamualaikum..

semalam, 04/03 tarikh lahir abah saia Wan Jalil Wan Abdullah. saia la pulok, aku la! haha. takde apa yg kakcik boleh beri pada abah. sekadar belanje kek SR dan bawak abah g makan malam. Abah ni kalau bab makan tak cerewet mana. tapi kalau makan kat kedai, haaaaaaaaaaa teramatlah cerewetnya. dan abah kurang berminat pd kek. apa-apa jenis kek lah. kalau dia makan pun, beberapa suap ja lepastu say goodbye! ehek


EH EH abah ngn adik awisy laaaa .. tapi adk awisy takde mood time ni, org suh pndg kamera kemain kerek lagi tanak pndg. jeling pon tanak. huhhhhh kekwat sgt ni! biasa dia niiiiiiii



pehh chicken chop ni, dah lah murah sedap lak tuh. portion sgt banyak. RM5 shj plus gst RM0.30. haa tgk, smbil celebrate birthday, aku siap buat foord review lagi. kekeke. yang best nya, mak abah aku dia takkan pergi restoran lain kalau nak mkn western food. Sbb dorg ni sgt cerewet pilih kedai makan. Kalau xsedap jgn haraplah nk repeat mkn balik. bila dah suka satu kedai tu, dorang akan stick makan kt situ je.lagi satu sebab environment. Hutan Bandar Bistro ni terletak di tengah-tengah dataran Pantai Teluk Chempedak. Mmg well-known la among foodie kt Kuantan ni. Memang best suasana kt sini.. sambil makan sambil tgk pantai. Santai je rasa. Aku rasa team Jalan-Jalan Cari Makan dah boleh datang sini kot buat liputan. Sbb famous sgt ni ramai org dtg tiap-tiap hari. Kan? then lps mkn boleh hirup udara segar, sambil-sambil sight-seeing tu. Brader-brader, akak-akak jual banyak cenderamata spnjg pantai. Usha makhluk pelik area situ, ada dua ekor selalunya. Batman ngn predator huhu scary doe muka predator tu. aku nak selfie pun xd selera hahaha. Sorry takda gambar dinyatakan dalam post ni. Nak tgk, pi sendiri!

Alhamdulillah, dah kenyang balik rumah. Abah happy, semua happy. last but not least, Selamat Hari Lahir Abah. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Moga senantiasa diberkati Allah dunia dan diakhirat, sentiasa di bawah lindungan Allah swt. Terima kasih abah atas segala effort abah selama ini, dari kami 5 beradik kecil tapak tangan hingga besar pnjg hari ini. Susah sgt nk tgk abah mengeluh, menangis. Terima Kasih abah utk segalanya. Jasa abah trhdp keluarga tak terbalas kami berlima. Kakcik sayang abah dunia akhirat. 

The End. xoxo

Share
Tweet
Pin
Share
4 comment
Assalamualaikum..

sabtu baru-baru ni, kami sekeluarga planning nak keluar jenjalan. tak tau nak pergi kemana, tiba-tiba dtg satu idea. katanya, Taman Esplanade di benteng dah berwajah baru. Hah apalagi, terus dpt destinasi nk dituju, siap-siap then go!


taraaaaa, nice kan? lokasi taman ni dekat stesen bas lama benteng. betol-betol depan Kulacakes tu haa. kira not bad jugak la taman ni. luas, design bangunan cantik. ada tarikan la utk visitor luar datang nk ambil gambar kenang-kenangan. Student IPT pun ramai jugak dtg utk photoshoot. Tak lama lagi pengantin pulak. Kau tengok jelah, haha.




selain dari tu, every weekend taman ni mmg penuh dgn bebudak je. sbbnya tukang penyewa rollerblade penuh mcm semut. asyukkk oi 1/2 jam RM5. Alhamdulillah dapat la dorg berniaga ya, cari rezeki yg halal disamping dpt gembirakan hati bebudak yg berkunjung kat sini. HEH. Okay dah meh akak payung gambar-gambar sepetang hakak dok sana. Enjoy ..!




Dah ni, yg seketul awisy ni buat apa? haha kemain happy dia dapat jalan&berlari tempat luas mcmni. dah dpat kaki mcmni la, penat maklang kejar adik tau. abis tawaf satu taman. Fuh


HAH, nmpak tak muka nakal tu? haa engkau balik rumah tido terkangkang, penat. HAHA budak ni counting days nak ke #awisyturns1 . OMG dah msk setahun dah dik? how fast times fly.. okay dah, awisy and maklang nk say babai and thanks sbb sudi baca post ni. See u on the next post, insha Allah.

bye.
Share
Tweet
Pin
Share
10 comment
assalamualaikum,
love is ....


























p/s ; love me for who i am . *smile
Share
Tweet
Pin
Share
6 comment
Assalamualaikum,

Okay hari ni nk review sikit filem The Mermaid arahan Stephen Chow. Sinopsis filem ni mengisahkan tentang seorang lelaki yg kejam yg telah membunuh bnyk hidupan laut di dalam lautan dalam. Tanpa dia sedari, terdapat juga spesis lain yg turut sama merasai penderitaan akibat perbuatan dia tu. Dan dalam diam, "mereka" menyimpan dendam yg amat tinggi terhadap lelaki tersebut hingga kan merancang utk membunuh beliau. "Mereka" yg dimaksudkan adalah Mermaid. Pelbagai rancangan telah diatur, dan ketua mermaid telah mengarahkan salah seorg drp mereka utk menyamar menjadi spt manusia biasa dan menggoda lelaki tersebut hingga dia jatuh cinta. NAK tau cerita penuh? PI LA BELI TIKET WEY. huhuhuhu





sumpah, dari mula start cerita ni mmg dh sakit perot gelak. intro pon dh dasyat gila namatey lawak dia. time tu rse nyesal lak tgk sbb xberenti gelak. kahkah nokharom betoi la stephen chow ni. buat filem xpenah xgila. gila semuanya, fantasi melampau-lampau! Aku berani kata, korg yg belom tgk lagi, pi la tgk. sure xmenyesal beli tiket. Tervaekkk la, aku kasi 5 bintang! Tp tak digalakkan bwk budak-budak bwh 12 tahun. Lawak Lucah byk sgt. Tp chinese ni dia tak kesah pon, slumber bwk anak-anak kecik tgk filem ni. Al-maklumlah aku pegi time raya cina. Cina mcm semot dlm hall. huhu.

Okay, Selamat Menonton, Chiow.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comment
assalamualaikum wbt.

mood malam ni tetibe feeling jadi kebudak-budakan balik, teringat zaman 90-an aku dulu.. hehe, al maklumlah, time tu memang banyak rancangan kanak-2 yg aku tak penah missed tgk. time ade je rancangan tu, sure aku tercongok depan tb. korang pun mesti suke tengok punye rancangan-2 ni, tapi kalo zaman kecik ko same ngn aku laa.. kalau lg muda, aku taktau la ap korg tgk kan.. tapi rancangan-2 ni mmg "rare" lah bagi aku. sbb dah tade tayang dah zaman 20-an ni haa .. yg masih ado pun citer katun mcm citer doraemon. tu pun tak se-best dulu da.. suare nobita, doremon, sinyu, giant dan semua lah watak dalam tu, sume dah lain. ahhhhhh ! tak best! hahaha, sorry agak emosi.. tetibe.. okay-2, jom usha rancangan pebret aku time bebudak hingusan mengikut rating utama ~


1) Timang Tinggi Tinggi

Aku sure, mesti korg selalu tengok dulu kan rancangan ni. kalau kau tanye aku, ni lah rancangan yg paling aku suke time dulu duluk. banyak faedah tgk rancangan ni tau uolls. puas aku cari image rancangan ni kat google, tak dapat lak, rare sangat. hahahaha.. watak-2 dalam tu aku da ta ingat name diaorg, tapi boleh cam la muke sorg-2. rancangan ni banyak slot tau. slot yg paling aku suke, time profesor tu buat kajian. macam-2 eksperimen la yg dorang buat. mmg taksub jugak tgk profesor tuh, smpai rase na try buat jugak kt rumah. kah-3 !! naseb rumah aku tade lab, kalau takkkkkkkkkkk ~~


2) A L O N G 

Haaa, secondly rancangan pebret aku, ALONG. dok terngiang-ngiang lagi lagu rncgn ni kt kapla wotak aku. try test skit nyanyi.. A.L.O.N.G alonggg ! A.L.O.N.G alongg ! hahaha, sdap dak? rancgn along ni pun banyak jugak slot. mcm biase, msti ade punye slot kgemaran aku kan.. slot paling aku suke dlm rncngn ni, time STI SIFIR tu. bestt tu, main kira-2. main kira-2 lak gune cumi kaler-2. mmg terliur jugak la kan. sambil mengira smbil mmbayangkan cumi tu masuk lam mlut aku, ngapppp ! hahaha .. ade jugak watak lain dalam rncngn ni, si Angah dengan si Acik. mcm dalam gambar kat ats ni, hehehe. rancgn ni tak silap aku, ade time sabtu ngn ahad. mmg aku tak missed la kan, cuti sekolah. mak abh ajak g jenjalan pun jual mahal, tanak ikut. kemain ~


3) Di Mana Joe Jambul

Yang ketiga ni pulak, rancangan cm siasatan. feeling-2 cm detektip polis cenggituw haa. mencari si Joe jambul ni, kat mane dia ade. bersama geng-2 dia cm kt dalam gamba atas ni. rancangan ni dy mcm kuiz, sbb ad bebudak bertanding. aku ingat la, dyeorg buat 4 kumpulan. ikut warna laa.. ade slot soalan berasingan. kumpulan mane yg menang, ikut arahan semua dengan baik, kumpulan tula yg akan ke final. ad 2kumpulan je time final tu. sape jawab dengan betul soalan, dia laa yg jadi pemenang.. then JOE JAMBUL and the geng dapat dijejaki, dan ditangkap masuk penjara.. hahahak, aku suke betul rancangan menguji minda cenggini. ngko suke jgk x??


4) Istana Takeshi

Yang terakhir ni, lari sikit dari malaysia. kita mengembara ke negara Jepun. rancangan ni penuh dengan adegan-2 cemas, kelakar dan kelam kabut. ape taknya, ni rncgn ala-2 cm explorace.. tapi setiap stesen ade rintangan. rintangan pulak, makin tinggi stage, makin susah la rintangan yg ngko dapat. hahahaha, jepun mmg genius bg aku time tu, buat idea giler cenggini, tapi fun sgt. stage yg aku suke dalam ni time peserta masuk lam lubang. pastu yg berjaya smpai kt istana. mmg best la kau tengok, smpai teringin nak merasa masuk sekali dalam tu. terbaik la props-2 yg dorang gune lam rancangan ni. psstttt-2, nak bisik siket ~ rncngn ni waktu bersiaran pkul 7mlm, time maghrib. apelagi, time ni aku mmg slalu brtengkar molot la ngn mk aku, na hold solat maghrib dulu, nk tgk smpai habis rncagn ni. hahahaha ! ttapi tidak berjaya, jgn harap ! kah3, korg accaner? suke jugak? rancgn ni kt NTV7 tak silap aku, kankan?? ahhh, comel pulak aku tgk watak-2 rncngn ni kt gamba atas tu =='

Kesimpulannya, rancangan-2 ni la yg mewarnai hari-2 aku time kanak-2 hingusan dulu kala.. tapi sekarang takde da rancangan-2 mcm ni kita dpt lihat kt tb. rancangan ni semua RARE bg aku, limited. hahaha.. rncgn kanak-2 skrg da kureng da.. yg byk aku tengok, citer katun yg melambak-2. naseb la dulu aku sempat merasa tengok rancangan-2 cenggitu kan.. kenangan.. susah nak hilang dr ingatan.. mcm ingatanku pada bf dulu.. ehh? hahaha ! menipu je yg tu. tak hingat dan tanak hingat. kah3


p/s : barang yg lepas jgn dikenang, kalau dikenang merajuklah ia. ehh? tetibe. selamat berpuasa ye readers. thanks for reading. hihi, enjoy your days wih smilessssssss ! adios :)

Share
Tweet
Pin
Share
21 comment

assalamualaikum wbt.

Pada 29 april lepas, hari ahad yg lalu.. aku dan family ad attend satu majlis perkahwinan pasangan mempelai ni di hotel seri malaysia kuantan. agak-2 dlm pkul 2 la kami gerak dari rumah. lepas je park kereta, kami tros menuju ke dewan makan. wakil dari pengantin ad la tunggu kat lua, salam-2 dulu sblom na mencekik. dah habeh salam, tros angkat sikit kain, larikkkk pi amek makanan buffet ! HAHA. joke

Alhamdulillah kenyangg kami lunch disitu. lauk pauk semua mmg sodap. same je dgn hidangan di taman, yg beza cume tmpt makan. hotel. ala-2 klasss gituw. hihi. dah siap-2 basuh tangan semua, dpt ler bngkusan mcm goodie bag tuh. comel je uolls. ribbon corak polkadot. pas je salam-2 ngn mk ayah pengantin, we olls pun pergi mencari kereta di parking lot nak balik !

okayyyy, lepas je kami keluar dr hotel seri m'sia tuh, bebudak nakal dua org ni terkinja-kinja ajak pegi mandi kt indera sempurna. kemain tauwwwww. u olls prnah pergi resort tu? kalau ad anak-2 kecik, tataw na spend time mandi manda kt mane, aku syorkan korg dtg jela kt situ, tp org area kuantan jela ea. aku tak galakkan pon org dr tmpt jauh dtg. hihihi. bukan ap, pool dy mcm cool laaa, senang na jage our kids/brothers/sisters yg mmg gemorr ngn air nie. location pon mudah, senang je na cari. atas sikit je dr kipsas. b4 smpai pekan. betol-2 dalam perumahan taman indera sempurna. heee, senang kan? tak jumpe jugak, kau tekan je GPS kau tuh. krohkroh.

INDERA SEMPURNA RESORT.

amboiamboi, aku jgak jd photographer korg kan, mandi tengah-2 panas, ap dehal? aku jugak kulit karat keje dok amik gambo tengah-2 panas ta kne air. phuihhhh2 ! haaaa, cntik tak pool dy? colourful gituh. mmg bebudak suke sgt la la bright-2 colours ni kan. rase na geget pon ade sbb mata nmpk menatang tu cm cotton candy. phewwww, lolypop. haha ! sementara tggu budak-2 ni main, aku, abg ngn mak duk bercengkerama la kt cafe dpn tu smbil minum mango juice ngn french fries. phewwww, sdap pulak dy gaul fries tu ngn lada hitam. kikikiki. cafe tu mmg mngadap ke pool, so senang la na keep on eye bebudak dua org tu. pool dy mmg ad dua bahagian, satu utk kids under age, satu lg untuk dewasa 12 and above. 

okay, kami been arrived kt sane dlm kul 3, balik dlm kul 4 lebih. mmg puas hati la bebudak ni dpt mandi. balik ruma tidur lena. hahaha. so guys, apelagi? pergila serbu resort tu. hihihi. kolam tu tutup sblom pukul 6. i guess so la. buat sedap* hahaha.

that's all for today. keep on blogging yeah. wish me do that too. muwahhh, salam.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  December 2022 (1)
      • Baby food by theandra.co
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose