Pages

  • Home

Wan's


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum. Ya Allah it's been a long time ago since last posted. Apa yang kita ingat last posted, kita belum bersalin lagi. But now baby dah 1 tahun 2 bulan! lama gilaaa ya tak update. hahaha berhabuk dah blog kita ni haa. Now baru ada chance untuk kembali aktif menulis. Walaupun sekarang ada media sosial lain yang lebih advance compare to blogger yang agak old school but i still suka menulis dekat sini. Tak tahu kenapa ek. Memang suka menaip guna keyboard laptop agaknya. HAHA!

Alhamdulillah, korang semua apa khabar? Harapnya sihat sihat aja lah ya. hehe. Kita alhamdulillah sihat and dah banyak perubahan dalam diri ni since bergelar seorang ibu. Salah satunya makin chubby itu pasti haha then satu lagi i dah jadi stay-at-home mom. I quit from my previous job just untuk jaga sendiri my baby. Since banyak cerita yang keluar di media pasal baby kena dera dengan pengasuh, sampai ada yang mati then terus i tanpa fikir panjang decide untuk quit and jadi fulltime housewife. Seram dengar weh. Tapi kan ikut juga pendapat husband, kalau dia setuju baru kita quit. And alhamdulillah husband kita memahami. Syukur. Hari ini baby MAS genap 1 tahun 2 bulan. 14 months. Dah pandai cakap, Gigi dah ada 6 batang, banyak makan, dah mula start kurang minum susu, dah pandai membebel macam ibu haha dan macam-macam lagi peel dia, Setiap hari ada je perkara baru dia buat dan setiap hari tulah ibu makin sayang dan jatuh cinta dengan anak sendiri. HAHA!


Hi Aunty Uncles shemua. Sayalah cheeky boy kesayangan ibu itu! HEHE. Walaupun still baby saya dah ada business sendiri tau. HEHE. Ibu saya jadi seller baby food. Al-kisahnya bermula bila baby kita  start weaning umur 6 bulan, kita mulalah mencari produk makanan baby yang travel friendly and mudah bancuh dan disediakan. Kitorang parents yang suka travel thats why la. HAHA. Cari punya cari, kita terjumpa satu produk ni namanya Fawwaz Baby food. Haa bermula dari situlah setiap kali nak travel kita akan beli dekat one of agent fawwaz di Kuantan. Since lama juga Andra consume produk from Fawwaz ni, Satu hari tu kita terbaca tentang post satu leader Fawwaz ni yang dia sedang mencari agent baru. Kita pun apa lagi tanpa berfikir panjang terus sign up jadi agent and bermulalah journey kita jadi seller baby food ni started August 2022 lepas. Alhamdulillah sangat kita dapat jadi one of their agent sebab kita suka vibes dia, kita dapat sebar ilmu tentang pemakanan sihat untuk baby dan sambil tu kita pun dapat belajar tentang baby kita. Sama-sama belajar. HEHE happy sangat! 

Official ig page Baby food by theandra.co

Okay mommies semua kalau tercari-cari baby food yang travel friendly, mudah bancuh, menggunakan hanya natural ingredients which is NO Sugar, salt & msg, mommy tekan je link ig kat atas ni and nanti mommy boleh terus tekan link whatsapp dekat bio kita untuk order. Kita agent sah Fawwaz Kuantan , cod sekitar Kuantan & postage seluruh Malaysia. Baby kita since now kita belum kenalkan lagi dengan sugar, salt & perasa tambahan. Alhamdulillah setakat ni baby berselera makan apa yang kita masak. Happy sangat jiwa mak mak ni kalau makanan dia masak baby dia makan banyak, kan! HEHE

Okay cukup permulaan untuk hari ini. Dah nak masuk tahun baru baru nak hupdate. HAHA. Better late than never right. IHIKS.. Mommies jangan lupa tau visit ig page baby food kita. Thanks mommy for reading! See you on the next entry inshaAllah. 

xoxo, Amirah. *mini love*
Share
Tweet
Pin
Share
No comment

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum, Morning Korang!

Alhamdulillah dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik adalah satu nikmat yang paling berharga, kan? Harini sesuai dengan tajuk kat atas, aku sesaje nak share dengan korang semua sambutan kecil Birthday aku 25hb baru-baru ni. Tapi kan, disebabkan husband aku, perut dia tak berapa sihat that day, kita orang tak celebrate pergi mana-mana pun, just lepak je dekat rumah. Kesian suami aku, tak pasal-pasal pulak ceri beri hari tu. Agak worst juga condition dia, tapi alhamdulillah next day tu, dia dah kembali sihat. Syukur sangat. Lega hati ni rasa. Sejenis aku, aku lagi rela aku yang sakit daripada dia, sebab tak sanggup tengok dia sakit. Suami aku ni jarang sakit, tapi sekali kena memang teruk. Itu pasal lahh aku seram sikit. hmm

Okay, memandangkan 26hb tu suami aku dah recovered dari sakit dia, dia pun ajaklah aku keluar dinner, meraikan belated birthday aku. Alhamdulillah, seronok sangat rasa, berbunga-bunga hati. HAHA! Mesti korang cakap, "Eleh keluar makan malam je pun." hiks! tapi bagi aku tu pun dah cukup bermakna tau sebab dia still ada effort untuk happy kan aku walaupun baru je sembuh dari sakit dia. I Love YOU Saiyanggg! Hee

Malam tu, Suami ajak dinner dekat satu Cafe Hipstur kat Bandar Kuantan. Tjantek Cafe namanya. Kalau korang nak tahu, Cafe ni dah lama gila bertapak kat lokasi yang sama sejak dari aku sekolah rendah lagi. Aku still ingat, Pakcik aku belanja makan steak kat sini. Memang sedap! Thanks Pakcik, firstime dapat merasa makan steak mahal dekat cafe. hehe. We olls sampai dekat cafe tu around 8.30pm, alhamdulilah customer tak berapa ramai. Selesa sangat nak dine-in. Suasana dalam Cafe pun sangat tenang, dengan bunyi muzik jazz, susunan barang-barang dalam tu, meja kerusi dia, all perfect! And for sure la perfect untuk si kaki instagram nak shot gambar, macam aku! HAHA. All the staff pun sangat baik, lembut dan membantu untuk pilih menu-menu dekat situ. Okay cakap pasal menu, dekat cafe ni semua makanan western tau. And ada coffee jugak for coffee lover. Coffee dia pun sedap! dessert lagi teramat shedap! So, kalau korang nak fefeeling makan western boleh datang sini tapi kalau nak makan nasi korang kena cari cafe lain, sebab dalam menu cafe ni memang takda satu pun menu berkaitan nasi! KIH3

Haaa nak tau tak malam tu belated birthday girl order apa? okay jom aku bagi tahu korang satu-satu sekali dengan gambar yang sempat aku snap malam tu. Aku kalau tempat cantik-cantik ni  memang tak pernah tak ambik gambar, confrom ambik punya! sebab cantik kan. hikss

Okay ni tempat barista bikin coffee. Cool kan? Table aku dan suami sebelah ni je :)

 Ini view depan table weolls. Cantik kan deco dalam cafe ni :)

First Menu :  Spaghetti Aglio Olio Beef Bacon Aku Punya :D

2nd Menu : Salmon Grill Suami Saiya Punya :D

Last, Desert : Artisan Waffle with Coconut Ice Cream On Top! :D
Okay desert ni signature cafe ni taw, so must try kalau datang sini :)

Korang Search Google Maps or Waze je mesti ada.

 Tjantek
 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Open 11am-8pm
Boleh Dine-in, Drive thru or COD.
Phone No : 012-7377866
Instagram Official Tjantek

Alhamdulillah, pesanan weolls pun just sekejap je tunggu dah sampai. Know-know arrived. Tibehh. Settle makan semua around 9.30pm juga. Memang hazab nak habiskan, sebab aku order mengikut nafsu kenn. Padan muka. KAH! Tak sedar diri dah kenyang nak juga order lagi menu lain. :P

Okay uolls, sampai sini sajo perkongsian aku untuk belated birthday dinner sponsored by suami aku ni. Aku bersyukur sangat punya suami yang appreciated aku sebagai wife dia walau dia tak se-romantik suami-suami korang but still dia akan ingat tarikh2 special aku dan kitorang berdua. Yang penting selalu ada dengan aku time susah dan senang, hadiah semua belakang kira sebab aku dah dapat hadiah yang paling mahal seumur hidup aku iaitu Suami aku dan Bakal baby kami berdua. HIKS! My best birthday gift ever! Mohon korang doakan aku selamat bersalin ya awal bulan NOV ni. HIKS. Love chuolls! 

Jumpa next post yaw! Till then!

Love, xoxo Mira <3
Share
Tweet
Pin
Share
6 comment

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum, Selamat Pagi Korang!

Alhamdulillah, nasib baik blog ni still bernafas lagi. Mana tidaknya, tengoklah tarikh last posting aku. HAHA! Punya la hilang terus mood nak ber-blogging. Tapi nasib baik ada lagi passion untuk menulis tu. So, here i am with my new posting! hehe

Al-kisahnya, semalam saja-saja nak pergi berjalan ke Cherating, Pahang sebab kengkonon nya teringin nak makan pastry dekat satu Cafe yang tengah viral tu. Cafe Marion namanya. Korang pun mesti familiar dah kan? Sebab merata-rata pages di FB dah viralkan Cafe ni. Jadi , macam biasalah, benda kalau dah viral, memang menyakitkan hati sikit lah, sebab perit nak dapatkan benda tu. KIH3. Sama juga lah macam kes aku ni. Aku dan suami sampai kat Cafe tu dalam pukul 1.30pm. Punya lah semangat berkobar-kobar nak turun pergi beli, sekali tengok orang ramai beratur macam TIADA HARI ESOK, automatically cancel nak turun beli! like seriously ramai gila weh. Actually aku ada ambil satu video bukti ramai orang time tu, tapi dekat sini tak boleh nak upload pulek. So jadi simpanan aku jelah. hee..

That time masa aku sampai tu, Polis takde lagi. Memang penjarakan kelaut masa tu. Punya lah tak sabar masing-masing nak rasa pastry tu. HMMM. So, sis dengan hati yang sedikit KUCIWA, berlalu lah pergi dari situ tanpa berjaya take away. haha. sadisssss. Suami kat sebelah awal-awal lagi dah gelakkan kita sebab dia memang dah pesan kalau hari cuti jangan pergi, mesti ramai orang. Kebetulan Hari Malaysia pula kan. Tapi si isteri degil, nak juga pergi tengok dengan mata kepala sendiri. HAA rasain looo! Padan kena gelak je dengan dia. KAHKAH! Okay alang-alang aku bercerita story tragis dan menyanyat hati ni, mari aku kenalkan siapa owner Cafe Marion ni. Cafe ni diusahakan oleh pasangan suami isteri. Isteri dia merupakan seorang wanita islam dari Perancis. Suaminya orang tempatan. Haa so no wonder la pastry dia semuanya sedap. Memang pure dari Perancis. Air tangan Warga Perancis yalls! :)

Kat sini aku tepek sekali wajah mereka berdua dan gambar-gambar dessert dan pastry dari Cafe Marion. Sumber dari  Facebook Page Rizal Hakimm





Haa macam mana? Korang pun mesti terliur dan teringin juga nak makan macam aku kan? Nampak menyelerakan betholl semuanya kan. Okay kat sini aku sertakan sekali alamat cafe ni untk memudahkan korang nak pergi ke sana. Tapi apa yang aku boleh advice kat korang, datang awal dari masa Cafe dibuka dan datang pada hari weekdays. Kalau taknak menyesal macam aku. HAHA! Biasa lah baru-baru viral ni, Rakyat Malaysia ni pantang sikit. Salah sorang nya aku. KAH!

Cafe Marion
Open Thursday- Monday
1pm To 7pm
1011, Jalan Kampung Cherating Lama
Kampung Cherating
013 200 04305
Instagram Cafe Marion
Facebook Cafe Marion

Okay, bagi mengubati hati yang sedikit kuciwa itu, suami aku pun pujuk ajak picnic dekat pantai Cherating, alang-alang dah sampai ke sana kan. Dia belikan keropok lekor, sata dan otak-otak. Ehh lagi best rupanya picnic makan makanan macam tu. Sedap jangan cakap la kan. Sebab area sana makanan-makanan begitu memang first class ziss! HEHE. We olls berdua lepak dekat situ sampai pukul 3.30ptg baru gerak balik ke Kuantan. Alhamdulillah, terubat sikit kuciwa itu. LAHHHH tak habis lagi. haha! Okay bye


Haaa cantik kan pemandangan ni. Lagi tenang. hehe. TQ suamiku, sentiasa melayan la kerenah isteri dia ni yang makin mengada-ngada nak makan itu ini. Dia tak pernah mengeluh pun. Ikutkan je semua. HEHE. Alhamdulillah. So sampai kat sini aku berceloteh untuk harini. Tapi apa-apa pun yang penting di zaman endemik ni, kita jangan leka. SOP tetap kena patuh. Kalau boleh elakkan tempat yang bersesak dengan orang ramai ye. KITA JAGA KITA! Andddd Selamat Hari Malaysia 2021. I love Malaysia! <3

Bye, thanks for reading guysss. xoxo
Share
Tweet
Pin
Share
12 comment

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum, apa khabar semua reader's? Hopefully sihat-sihat sahaja ye! Maklumlah di musim pandemik ni, kena extra care. Jaga SOP dan penjarakkan sosial itu paling utama! Insha Allah kita pasti menang, gitew. 😁 Agak lama juga sis tak hupdate blog ni, since the last post. Rindu rasanya nak menulis. So harini sis nak story sikit tentang percutian sis dan suami ke Pulau Perhentian last week.

Alhamdulillah, kami berangkat ke Besut, Terengganu pada hari sabtu jam 8 pagi dari Kuantan. Suami sis hadiahkan percutian ni sempena birthday sis pada 25 september lepas. Terima kasih suamiku. lebyuu. hehe. So, kami sampai di jeti jam 11.30 pagi dan kemudian tunggu pula bot di jeti untuk ke Pulau pukul 1 tengahari. Alhamdulillah kami selamat sampai dan check in di Pulau pada pukul 1.30ptg. Settle check in, kami terus ke dewan makan untuk makan tengahari pula. Selepas itu pulang ke bilik, solat dan siap untuk aktiviti snorkelling pada pukul 2.30ptg. 

Dalam pukul 2.45, bot dah start bergerak ke destinasi untuk aktiviti snorkelling. Ada 2 aktiviti kami buat pada petang tu, firstly boat stop untuk bagi peluang kami berenang area Perhentian Kecil. Dalam 20 minit camtu bot stop kat situ. Then lepastu kami ke Perhentian Besar untuk aktiviti snorkelling melihat sea coral dan ikan nemo. OMG, so cute sangat tengok ikan nemo memang banyak gila! Sis ada upload video dan gambar-gambar percutian sis di instagram sis. Feel free to checkout my instagram ya! 😉

Lebih kurang setengah jam kami duk snorkelling kat situ, bot kami pun bergerak ke next destinasi iaitu ke shark point. Haa kalini sis dah tak turun dah ke laut sebab sis dah kesejukan menggigil. haha! Suami sis je turun. Tapi hampa, sebab tak dapat jumpa satu ekor pun shark kat situ. Takda rezeki. huhu. Bot kami pun bergerak pulang kembali ke resort. Okay sis belanja sikit la gambar sis sepanjang berada dekat sana. 





Haaaa, gambar selfie ni sis ambil nak dekat-dekat nak waktu maghrib. Sengaja sis ambil waktu ni sebab nak dapatkan shot sunset tu. Ya Allah, cantiknya pemandangan waktu tu. Sis rasa macam taknak balik bilik je. Feeling sweet sikit dengan suami. Jalan-jalan sepanjang pantai, borak-borak sambil berpegangan tangan, feeling dia tu takleh describe. Best sangat! hihi. Tapi seriously korang, memang sangat best Pulau Perhentian ni. Rasa tenang dia lain macam. hehe. Alhamdulillah thank you suami bawa saya jalan-jalan ke sini. 😍

Balik bilik, settle mandi dan solat, kami bergerak pula ke dewan makan untuk BBQ night. Sis tak sempat nak ambil gambar, dah selamat masuk dalam perut dulu. HAHA! Biase la, kalau duduk kat pantai ni, keje nya asyik kelaparan je. kihkihkih. Tapi sis nasihatkan kalau boleh, uolls ambil la pakej lengkap sekali dengan makan, penginapan dengan aktiviti. Macam kami. Alhamdulillah semuanya okay dan senang. Lagipun makanan kalau beli sendiri, mahal uolls. Suami sis beli air milo cawan tu, rm6 sis. Cawan yang macam kita beli air kat pasar malam tu. mahai uools. haha.Takpelah, halal jelah yang itu. Okay, settle ber-bbq kami pun balik ke bilik. Tunggu aktiviti esok pulak. Hehe



Pada pagi ahad keesokannya, kami bersiap untuk pergi ke Perhentian Kecil untuk ke Kincir Angin. Sampai di sana dalam pukul 9.30 pagi. Tapi ada cerita sedih, kami tak dapat naik ke kincir angin tu disebakan attire sis tak sesuai. Dahla pakai kasut crocs je! Haha! Alaaa mana sis tau. Tak pasal-pasal tak boleh naik. View kat atas tu cantik gila untuk ambil gambar. HMMM. Takpelah, next time datang lagi sure kena panjat jugak. Frustrated betoi! huhu. Disebabkan lambat lagi bot nak sampai, kita orang pun berehat kejap di Perhentian Kecil ni. Memang havoc dekat sini. Jauh beza dengan Perhentian Besar yang lebih privasi. Sebab tu kami pilih untuk stay di Perhentian Besar. Ikut masing-masing la kan. Your choice. 😉 Gambar di atas ni sis capture dari Mimpi Resort. Cantik sangat view dia dari atas. Subhanallah. Sejuk je mata memandang sampai nak tertido sis. Terbuai-buai dengan angin pantai. hehe

Alhamdulillah balik je dari sana, kami teruskan dengan aktiviti seterusnya, iaitu kayak dan naik banana bot. Tapi sis tak naik pun banana bot, sis hanya melihat dari kejauhan suami sis naik. Penakut kan. Siapa sama dengan sis sila komen pos ni! HAHA!


Sambil-sambil tengok suami main banana bot, minum air kelapa la sis. Asyikkkkk! Air kelapa ni free ye tak perlu bayar. So minum la banyak mana pun yang ada. Okay settle semua, kami pun siap-siap untuk check out sebab bot akan datang pukul 1. So kami checkout pukul 11 lebih dan tunggu kejap bot sampai di tepi pantai. Sis datang ke sini 2 hari 1 malam je. Malas nak ambil cuti lebih. So memang datang time weekend jela demi memenuhi birtdhday treat dari suami. hehe. Next year mana pula ye suami? kihkikih

Alhamdulillah bot sampai pukul 1 kami terus bergerak ke Jeti. Kami sampai di jeti pukul 1.30ptg dan lapar. HAHA!Kami balik ke Kuantan ikut jalan pantai, suami nak makan makanan celup tepung. Apalagi, sempat la kami singgah di Pantai Penarek nak makan ICT semua CT hehe. 
 

Haaa menyempat kan. hehe. Best betul view nampak laut ni, lagi berselera sis. Kenyang tersandorrr. Suami ambil keropok lekor, sotong, udang, bebola ketam, nasi goreng lagi. Haaa ambik kaww! haha. Okay kami selamat sampai di rumah dalam pukul 9 malam macamtu. Sis pun tak ingat. So itu sahaja la perkongsian dari sis untuk reader semua. Jom sama-sama kita naikkan kembali ekonomi pelancongan negara. hihi. Tapi ingat, SOP jangan lupa. Kita tak boleh leka walau sesaat pun sebab virus ni sangat pantas merebak. Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya selalu. Aaamin. 

Thanks for reading guys.
xoxo, Amirah! 💗
Share
Tweet
Pin
Share
11 comment

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini dah 5 hari kita seluruh umat islam berpuasa. Syukur ke hadrat Ilahi usia kita masih lagi dipanjangkan oleh Allah swt untuk beribadah dan melakukan kerja amal kebajikan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia dan barakah ini. Walaupun kita tidak dapat menunaikan solat tarawikh di Masjid, setidaknya kita boleh berjemaah di rumah bersama ahli keluarga kita. Inilah nikmat yang Allah berikan kepada kita semasa tempoh PKP ini. Hikmah yang paling besar yang kita dapat semasa tempoh PKP ini ialah masa berharga bersama keluarga. Alhamdulillah, aku rasa Ramadhan kali ini sangat berlainan dan sangat tenang. Mungkin korang pun rasa benda yang sama kan? Insha Allah jom sama- sama kita manfaatkan cuti yang ada ni dengan melakukan perkara yang berfaedah.

Contohnya, kalau tanya aku ofcourse la dengan memasak! HIHI. Aku memang suka memasak. Tapi minat memasak tu lagi membuak-buak bila tengok satu akaun instagram IG Famous ni. Mana tidaknya, resepi nya senang. Cara buatannya simple tapi amat menyelerakan. Haaa korang mesti dah boleh agak kan siapa instafamous ni...? Okay nanti aku tulis kat bawah. Jom layann resepi apa aku masak kali ini.

 
Daging Goreng Blackpepper

Crispy Korean Chicken

Tomyam Ayam Kuah Pekat

Haaa amacam menggiurkan tak? kalau siang jangan tenung lama-lama tau, berdosa! HAHA. Tapi juadah ni semua aku buat sebelum bulan Ramadhan tau. Resepi No 1 dan No 2, aku ikut resepi instafamous khairulaming. Seriously memang senang sangat nak ikut kalau korang newbie juga macam aku. HIHI. Resepi dia sangat mudah and menjimatkan masa. Aku kalau kekurangan idea nak masak apa tiap hari, mesti aku stalk ig mamat ni. Terussss dapat idea! HAHA. TQ abam khairulaming atas perkongsian. sesungguhnya banyak pahala abam sebab membantu suri rumah macam aku dan macam korang jugak. kankan? baik ngakuuu korang pun sama kan stalk ig dia tiap hari. Nak-nak bulan puasa ni lagi kerap la stalk. kannnnnn?! Kalau betul kita geng! HAHA!

Okay itu sahaja perkongsian sis untuk harini. Kalau nak resepi untuk gambar yang no 3 tu, nanti sis akan buat new post khas untuk resepi itu. Kalau ada request la, kalau tidak ada sis malas nak menulis. HAHA. Okay geng, Selamat Berpuasa.

Stay At Home
Stay Safe
We can do it!

Assalamualaikum.
Share
Tweet
Pin
Share
29 comment

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

AMARAN : INI SEBELUM TEMPOH PKP DILAKSANAKAN

Harini sis nak story sikit pasal babiesmoon sis dengan suami di Tanah Rata, Cameron Highlands last year. Time-time PKP ni boleh throwback jela sis. Baru nak up post, padahal dari tahun lepas pergi. HAHA! Masa yang ada ni kita gunakan sebaik mungkin dengan update new post di blog. Sebelum ni busy dengan kerja hakiki. HIHI.

Aku dan Suami bercuti di Cameron Highland pada 7-9 Nov 2019 iaitu selama 3 hari 2 malam. Kami memilih penginapan di Century Pines Resort, Tanah Rata CH. Lokasi Resort ni tak jauh pun untuk ke Brinchang. Selain tu, kemudahan seperti Masjid memang sangat dekat dengan resort kami. Jadi kalau nak berjemaah pun tak kalut nak cari Masjid. Resort ni bagi aku dan suami sangat selesa dan memuaskan. Semua kelengkapan yang kita nak semua ada. Dengan cuaca yang best, sejuk. Tapi masa kami kesana memang tengah musim tengkujuh. hehe tapi alhamdulillah kami sempat la pergi tempat-tempat menarik yang ada disana walaupun tak semua. 

Pemandangan dari bilik kami

Bilik kami. Besar dan selesa sangat untuk dua orang

Selain dari bilik yang selesa, breakfast percuma turut disediakan kat Century Pines Resort ni. Selama 3 hari kami dekat sini, breakfast yang Resort ni sediakan memang cukup banyak dan sedap. Korang boleh pilih nak makan ala barat atau kampung. Semua ada. Aku tak sempat nak snap keadaan dalam restoran tu sebab masa tu agak crowded dengan orang ramai. 

Okay hari pertama kami sampai nak dekat maghrib which is pada tarikh 7/11 tu. Sesudah check in, kami pun bersihkan diri, solat then cari tempat menarik untuk dinner malam tu. Haa cari punya cari, kami pilih untuk makan malam di Highland Steamboat Cheese & Grill. Lokasi restoran ni dekat je dengan Resort kami. Dalam kawasan Tanah Rata juga. Husband cakap tak perlu makan jauh-jauh malam tu, sebab hujan agak lebat. Sis okay je. Layansss

haa nampak tak fokus suami sis nak ngappp semua tu? HAHA

Restoran ni khusunya menyediakan makanan untuk steamboat. Macam-macam pilihan ada untuk korang masak. Beraneka sayuran, daging, ayam, makanan laut, buah-buahan & mee. Dan yang paling menarik sekali ada pelbagai jenis aiskrim korang boleh pilih. Tapi sis memang tak ambil sebab cuaca ketika itu agak sejuk. Tak terasa pun nak makan aiskrim. HAHA. Harga dia berpatutan. Ohh lupa, kalau korang nak tambah cheese memang boleh. Tapi kami memang bukan penggemar cheese, so memang tak request pun untuk cheese. Nasi goreng dan mihun goreng pun ada disediakan untuk pelanggan. So korang yang tak berapa kenyang sangat tu boleh la pilih makan nasi goreng. Nice kan? semua ada. :)

Okay hari kedua, kitaorang dah planning macam-macam tempat nak pergi. Sekali harapan musnah. Start dari subuh hingga pukul 11 hujan non stop. Tapi alhamdulillah pukul 11 hujan stop. Apalagi, kami pun cepat-cepat siap untuk keluar takut hujan lebat datang lagi. So first destinasi kitaorang jalan-jalan area Brinchang, kitaorang pergi KHM Strawberry and Jam. Kunun nak Hi-Tea kat situ. Suami sempat grab jem strawberry nak bawa balik ke Kuantan. Then kami singgah makan scone kat situ. Aku order strawberry egg tart nak rasa. HIHI not bad. Sedap terok! Berlatar belakangkan Strawberry farm, lagi nice! Sambil makan sambil tengok pengunjung petik strawberry. :)

Inilah dia rupanya Scone. HIHI

My delicious Strawberry Egg Tart

Okay settle je makan kat sini, kami jalan-jalan and makan pulak dekat Abang Strawberry. Saja nak try nasi lemak sambal strawberry dia yang famous sangat tu. Sedap jugak. Lepastu Kedai ni pun ada menyediakan sebuah kedai lagi khas untuk pelanggan bawa balik makanan-makanan yang sedap kat CH ni. Haa so senanglah, korang tak perlu susah-susah cari tempat lain. In case kalau korang kesuntukan masa la macam aku. HIHI

Nasi Lemak Sambal Strawberry

Dried Strawberry/ Strawberry Kering

Alhamdulillah settle je kami makan kat situ, kami pun berangkat pulang untuk cari surau/masjid berdekatan dengan Restoran tersebut. Selesai kami menunaikan solat, kami pun meneruskan perjalanan kami untuk ke lokasi seterusnya iaitu Pasar Malam Brinchang. Tempat yang paling digemari oleh semua pengunjung yang datang ke sini. Bak kata omputeh, tempat paling "Famous" GITU. Tapi sayangnya, aku tak sempat rakam atau ambil gabar sepanjang berada di sana. Mana tidaknya, pengunjung macam semut. Jalan pun berhimpit. Punyalah crowded kat situ. Di pasar malam tu, apa sahaja yang kita nak semua ada. Macam aku sendiri, aku mesti takkan lepaskan peluang untuk beli pelbagai jenis sayuran yang segar dan murah untuk aku bawa balik ke rumah nanti. Serius, sayur-sayur dia memang murah. Paling aku suka asparagus. Memang banyak jugak la yang aku beli. Then macam biasa, keledek madu dia memang win. Coklat pun banyak. Pendek kata, kalau nak beli souvenier yang murah-murah korang datang jela sini. Tapi aku nasihatkan datang awal sikit. Kalau tak memang jalan jammed gila. And paling penting lepas PKP ye! HAHA

Okay alhamdulillah, sis dan suami sempat beli makanan untuk dibawa balik ke Hotel untuk makan malam kami. We olls malas nak keluar atau cari tempat makan. So we decided untuk tapau makanan kat Pasar Malam je. Then settle, kenyang and tido.

Keesokan harinya, kami menuju ke destinasi terakhir sebelum kami pulang. Settle checkout, kami terus ke Lavender Garden. Cuaca agak cemburu dengan kami masa tu. Hujan pulak. Alhamdulillah nasib baik dalam tu ada bumbung. Dapatlah jugak kami naik dan sempat juga ambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Suami sempat masuk ke Lavender Shop, beli sedikit buah tangan untuk dibawa balik. 

Laki Bini Posing. Kasi can la :P

Masa ni 3 bulan pregnant. kih3

Dalam kedai ni semua benda warna purple. Ni salah satu souvenier yang ada. Comel kan?!

Cantik sangat :D

Sejuk mata memandang :)

Alhamdulillah, settle ja kami keluar dari sini, hajatnya nak naik semua ke Kea Farm nak membeli belah sebelum pulang. Sekaliiiiii haaa punya panjang jammed nye weh. Aduhai tak sanggup nak menunggu panjang-panjang. Kitaorang patah balik, then terus balik. HAHA! Tak kose la nak menunggu lama-lama macamtu. 

Kami sampai lewat malam di Sepang. Kami check in pula disitu malam tu sebab husband keesokan harinya ada running di area situ. Alhamdulillah, kami rasa happy dapat bercuti di CH walaupun sekejap. Insha Allah lepasni boleh bercuti dengan anak-anak pula. Aamiin.

Semoga cepatlah berakhir PKP ni, cepatlah kita boleh vacation lagi dengan keluarga, KESANA KESINI bebas tanpa perlu risau. Aaa rindunyaaa. :(

Bye, Assalamualaikum.
Share
Tweet
Pin
Share
15 comment
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  December 2022 (1)
      • Baby food by theandra.co
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose