My Birthday Dinner : Tjantek Cafe, Kuantan

by - September 30, 2021


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum, Morning Korang!

Alhamdulillah dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik adalah satu nikmat yang paling berharga, kan? Harini sesuai dengan tajuk kat atas, aku sesaje nak share dengan korang semua sambutan kecil Birthday aku 25hb baru-baru ni. Tapi kan, disebabkan husband aku, perut dia tak berapa sihat that day, kita orang tak celebrate pergi mana-mana pun, just lepak je dekat rumah. Kesian suami aku, tak pasal-pasal pulak ceri beri hari tu. Agak worst juga condition dia, tapi alhamdulillah next day tu, dia dah kembali sihat. Syukur sangat. Lega hati ni rasa. Sejenis aku, aku lagi rela aku yang sakit daripada dia, sebab tak sanggup tengok dia sakit. Suami aku ni jarang sakit, tapi sekali kena memang teruk. Itu pasal lahh aku seram sikit. hmm

Okay, memandangkan 26hb tu suami aku dah recovered dari sakit dia, dia pun ajaklah aku keluar dinner, meraikan belated birthday aku. Alhamdulillah, seronok sangat rasa, berbunga-bunga hati. HAHA! Mesti korang cakap, "Eleh keluar makan malam je pun." hiks! tapi bagi aku tu pun dah cukup bermakna tau sebab dia still ada effort untuk happy kan aku walaupun baru je sembuh dari sakit dia. I Love YOU Saiyanggg! Hee

Malam tu, Suami ajak dinner dekat satu Cafe Hipstur kat Bandar Kuantan. Tjantek Cafe namanya. Kalau korang nak tahu, Cafe ni dah lama gila bertapak kat lokasi yang sama sejak dari aku sekolah rendah lagi. Aku still ingat, Pakcik aku belanja makan steak kat sini. Memang sedap! Thanks Pakcik, firstime dapat merasa makan steak mahal dekat cafe. hehe. We olls sampai dekat cafe tu around 8.30pm, alhamdulilah customer tak berapa ramai. Selesa sangat nak dine-in. Suasana dalam Cafe pun sangat tenang, dengan bunyi muzik jazz, susunan barang-barang dalam tu, meja kerusi dia, all perfect! And for sure la perfect untuk si kaki instagram nak shot gambar, macam aku! HAHA. All the staff pun sangat baik, lembut dan membantu untuk pilih menu-menu dekat situ. Okay cakap pasal menu, dekat cafe ni semua makanan western tau. And ada coffee jugak for coffee lover. Coffee dia pun sedap! dessert lagi teramat shedap! So, kalau korang nak fefeeling makan western boleh datang sini tapi kalau nak makan nasi korang kena cari cafe lain, sebab dalam menu cafe ni memang takda satu pun menu berkaitan nasi! KIH3

Haaa nak tau tak malam tu belated birthday girl order apa? okay jom aku bagi tahu korang satu-satu sekali dengan gambar yang sempat aku snap malam tu. Aku kalau tempat cantik-cantik ni  memang tak pernah tak ambik gambar, confrom ambik punya! sebab cantik kan. hikss

Okay ni tempat barista bikin coffee. Cool kan? Table aku dan suami sebelah ni je :)

 Ini view depan table weolls. Cantik kan deco dalam cafe ni :)

First Menu :  Spaghetti Aglio Olio Beef Bacon Aku Punya :D

2nd Menu : Salmon Grill Suami Saiya Punya :D

Last, Desert : Artisan Waffle with Coconut Ice Cream On Top! :D
Okay desert ni signature cafe ni taw, so must try kalau datang sini :)

Korang Search Google Maps or Waze je mesti ada.

 Tjantek
 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Open 11am-8pm
Boleh Dine-in, Drive thru or COD.
Phone No : 012-7377866

Alhamdulillah, pesanan weolls pun just sekejap je tunggu dah sampai. Know-know arrived. Tibehh. Settle makan semua around 9.30pm juga. Memang hazab nak habiskan, sebab aku order mengikut nafsu kenn. Padan muka. KAH! Tak sedar diri dah kenyang nak juga order lagi menu lain. :P

Okay uolls, sampai sini sajo perkongsian aku untuk belated birthday dinner sponsored by suami aku ni. Aku bersyukur sangat punya suami yang appreciated aku sebagai wife dia walau dia tak se-romantik suami-suami korang but still dia akan ingat tarikh2 special aku dan kitorang berdua. Yang penting selalu ada dengan aku time susah dan senang, hadiah semua belakang kira sebab aku dah dapat hadiah yang paling mahal seumur hidup aku iaitu Suami aku dan Bakal baby kami berdua. HIKS! My best birthday gift ever! Mohon korang doakan aku selamat bersalin ya awal bulan NOV ni. HIKS. Love chuolls! 

Jumpa next post yaw! Till then!

Love, xoxo Mira <3

You May Also Like

6 comment

  1. Happy belated birthday :) Alhamdulillah dah boleh dine-in di kedai makan ni boleh la celebrate kat luar kan ahaha

    ReplyDelete
  2. Wahh lama ek since dari sekolah rendah lagi ada cafe ni. Cafe otaila kiranya hahaha.

    Tak sabar nak dine in, saya baru je lepas dapat certificate kuning tu xD

    ReplyDelete
  3. Wah besday kita dekat la..saya 26.9😱😚❤

    ReplyDelete
  4. wah happy belated birthday..seronok ad org ingt bday kite kn

    ReplyDelete
  5. I know it's late but happy belated birthday! The place looks so nice. bestnye.

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dan komen :)