Khas Buat Kaum Hawa :)

by - February 28, 2011

salam buat kawan-kawan dan para pembaca sekalian..
di sini i na share something yang istimewa wat we'll kaum hawa sekalian.. 

JENG JENG JENG..

yang manakah menggambarkan diri anda ??


WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan  Capricon(22 Disember-20 Januari).

 Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan  praktikal.
Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
 Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. 

WANITA API
   wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 March-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius   (23 November-21 Disember)

- Dilahirkan sebagai pemimpin
- Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat   orang lain walaupun ianya benar.
- Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
- Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
- Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang    dikasihi mersa sedih dan terhiris.
Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
- Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

- Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
- Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
-Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
- Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
- Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
- Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

- Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

- Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
- Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang  menyedihkan.
- Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

hah ?? yang manakah menggambarkan diri anda ??
dengan bangganya saya ialah wanita angin HAHAHAHA :D
renung renungkan dan selamat beramal :)

sumber : my sayang :)

posted by :

wannuramirahmohamadsomething

You May Also Like

0 comment

Terima kasih sudi baca dan komen :)