Amirah Shauqy E-Day

by - June 04, 2018

Assalamualaikum,

Lame sangat dah rasanya tak jenguk blog ni. berkarat dah orang kata. tapi lantaklah berkarat pun nak tulis jugak! haha! Alhamdulillah, masih tak terlambat sis nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada seluruh umat islam, followers dn readers sekalian. dah nak masuk 10 hari terakhir ramadhan 2018 ni, moga2 puasa kita puasa yang mabrur tahun ini. Insha Allah aamiin!

Banyak sangat khabar gembira yg sis dapat sejak melangkah masuk ke tahun 2018 ni. Salah satunya yang sis nak share kat sini adalah, sis officially someone's fiance! hihi! Alhamdulillah siapa sangka, usia perkenalan kami tak sampai setahun pun, terus decide untuk merisik dan bertunang. Benarlah apa yang sering dikata, jodoh itu rahsia Allah. Apa yang sis boleh cakap, perkenalan sis dgn Encik tunang ni, memang sangat smooth. Step by step sehinggalah kami decide untuk bertunang tahun ini. Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami. Semoga langkah seterusnya juga Allah permudahkan semudah ini. Aamiin! 

Alhamdulillah, family encik tunang datang merisik sis pada 25/3/2018 lepas dan kami bertunang sebulan selepas itu iaitu pada 28/4/2018. Kiranya lebih kurang sebulan sis dah jadi tunangan orang. macam tak percaya, tapi ini realiti! harus dan wajib percaya! huhu. Kat sini sis nak share pic sekali sekitar majlis bertunang sis tempoh hari.

Sis dan Encik Tunang dan future mil


My Family


Pelamin paling superb! 


Mak njang, Pak Ngah dan MAK! Love u all so much!

Banyak lagi pic, tapi sis tunjuk yg ni jela. banyak2 karang dah macam ig pulek. hihi. Alhamdulillah, semoga ikatan pertunangan ni kekal hingga ke big day kami nanti. aamiin. doakan sis tau! hehe insha Allah sis doakan juga semua followers sis or reader yg baca post ni, semoga berjumpa jodoh masing2 tidak lama lagi. dikurniakan jodoh yang baik-baik. Aamiin! cepat atau lambat, itu kita serahkan pada takdir. yang penting usaha kena ada. semoga berjaya ya! hihi

Korang please pray for me untuk terus menulis blog. semakin hari semakin lemau rasanya nak menulis. mana tidaknya, busy dengan kerja. keiniginan tu selalu ada tapi tiap kali nak menulis mesti ada kekangan. haha! takpe, at least sis dah munculkan diri untuk entry hari ini. walaupun setahun kemudian. haha! rindunya zaman mula-mula menulis dulu. fun gila! banyak je idea. but now. hmmm hampeh haha.
Okay, sampai sini jela sis melalut. fuh nasib baik ada topik ni malamni. HAHA! untung2 rajin la menulis lagi lepasni. kih2 thanks for reading guys, xoxo!

You May Also Like

13 comment

  1. Selamat menjadi tunangan orang.. Tahniah :D Semoga dipermudahkan untuk step seterusnya ya.

    ReplyDelete
  2. Congrat mira��
    Moga Allah permudah ke next step..slm ukhuwwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awak :D
      aamiin ya rabbal alamin. salam kenal ;)

      Delete
  3. congrats Mira dan salam kenal :)

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  4. Congrats sis! You look sooo pretty!!

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. semoga urusan nak kawen dipermudahkan =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dan komen :)