Food Review : Atmosphere Industry, Kuantan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum,
Entry kali ini berkenaan dengan food review di salah sebuah restoran di bandar Kuantan. Restoran yang berkonsepkan santai dan hipster ini terletak di Jalan Haji Junid, Kuantan Pahang. Pada hari sabtu yang lepas, aku berkesempatan untuk makan malam di sini atas recommendation kawan-kawan aku. Alhamdulillah tidak mengecewakan. Bagi aku makanan dia tiptop, servis okay dan yang paling penting harga berpatutan bagi setiap jenis hidangan. Ini merupakan kali pertama aku menjamu selera di sini bersama dengan suami aku. Suasana pula sangat cool, dapat lihat hiruk pikuk bandar Kuantan di malam hari. Lokasi yang agak strategik dan tidak membosankan.
Minuman ni aku yang order. Nama minuman ni Amysphere. untuk korang yang suka minuman bergas yang resfreshing boleh try minum air ni. first try, NOT BAD!
Spageti seafood aglio olio ni pun aku yang order. sedap! simple yet nice. sesuai dengan tekak aku yang sukakan rasa pedas.
Ini baru dish suami aku. dia order chicken grill. Alhamdulillah sedap katenya. next time boleh repeat lagi makan dekat sini.
Minuman yang suami aku pesan tak sempat nak snap. dia order banana shake. sedap weh! aku boleh reccomend that drink kalau korang berkesempatan datang ke sini. Restoran ni menyajikan makanan melayu dan western. so senang lah nak buat pilihan kan, dua-dua pun ada. Waktu operasi bagi restoran ini adalah dibuka pada setiap hari Selasa-Ahad. Tutup pada setiap hari isnin. Buka dari jam 5.00ptg hingga 12.00 tengah malam. So korang yang nak cari kelainan sikit pilih tempat untuk lepak, instead of lepak tc, kedai makan hipster yang lain, why not korang try lepak chill dekat sini pulak dengan family ke,bf/gf, friends or whatsoever. Sure nanti korang repeat lagi. Suasana dengan food ngam teruk! honest review ni hihi
Okay untuk pengetahuan korang, dorang pun ada instagram. Korang boleh search dekat SINI. Segala update mengenai menu atau harga, korang boleh check out sendiri dekat instagram dorang. location pun ada so senang korang nak waze nanti. So apalagi guys, jom ke Atmosphere Industry Kuantan!
Thanks for reading!
See ya on the next post
xoxo!
6 comment
aglio olio fevret !! walaupun simple tapi kadang2 kalo buat ada yang tak jadi sedap. hehe kena prektis banyak kali jugak. sedap nampak =D
ReplyDeletebetul tu awak! nampak bahan2 mcm senang tp xsemua pandai buat. jom cuba sampai sedap! hihi
DeleteBoleh try nanti ni..
ReplyDeleteboleh2. hihi :D
Deletecool. i wish i could try too
ReplyDeleteu must try! :)
DeleteTerima kasih sudi baca dan komen :)