Pages

  • Home

Wan's


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum, Morning Korang!

Alhamdulillah dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik adalah satu nikmat yang paling berharga, kan? Harini sesuai dengan tajuk kat atas, aku sesaje nak share dengan korang semua sambutan kecil Birthday aku 25hb baru-baru ni. Tapi kan, disebabkan husband aku, perut dia tak berapa sihat that day, kita orang tak celebrate pergi mana-mana pun, just lepak je dekat rumah. Kesian suami aku, tak pasal-pasal pulak ceri beri hari tu. Agak worst juga condition dia, tapi alhamdulillah next day tu, dia dah kembali sihat. Syukur sangat. Lega hati ni rasa. Sejenis aku, aku lagi rela aku yang sakit daripada dia, sebab tak sanggup tengok dia sakit. Suami aku ni jarang sakit, tapi sekali kena memang teruk. Itu pasal lahh aku seram sikit. hmm

Okay, memandangkan 26hb tu suami aku dah recovered dari sakit dia, dia pun ajaklah aku keluar dinner, meraikan belated birthday aku. Alhamdulillah, seronok sangat rasa, berbunga-bunga hati. HAHA! Mesti korang cakap, "Eleh keluar makan malam je pun." hiks! tapi bagi aku tu pun dah cukup bermakna tau sebab dia still ada effort untuk happy kan aku walaupun baru je sembuh dari sakit dia. I Love YOU Saiyanggg! Hee

Malam tu, Suami ajak dinner dekat satu Cafe Hipstur kat Bandar Kuantan. Tjantek Cafe namanya. Kalau korang nak tahu, Cafe ni dah lama gila bertapak kat lokasi yang sama sejak dari aku sekolah rendah lagi. Aku still ingat, Pakcik aku belanja makan steak kat sini. Memang sedap! Thanks Pakcik, firstime dapat merasa makan steak mahal dekat cafe. hehe. We olls sampai dekat cafe tu around 8.30pm, alhamdulilah customer tak berapa ramai. Selesa sangat nak dine-in. Suasana dalam Cafe pun sangat tenang, dengan bunyi muzik jazz, susunan barang-barang dalam tu, meja kerusi dia, all perfect! And for sure la perfect untuk si kaki instagram nak shot gambar, macam aku! HAHA. All the staff pun sangat baik, lembut dan membantu untuk pilih menu-menu dekat situ. Okay cakap pasal menu, dekat cafe ni semua makanan western tau. And ada coffee jugak for coffee lover. Coffee dia pun sedap! dessert lagi teramat shedap! So, kalau korang nak fefeeling makan western boleh datang sini tapi kalau nak makan nasi korang kena cari cafe lain, sebab dalam menu cafe ni memang takda satu pun menu berkaitan nasi! KIH3

Haaa nak tau tak malam tu belated birthday girl order apa? okay jom aku bagi tahu korang satu-satu sekali dengan gambar yang sempat aku snap malam tu. Aku kalau tempat cantik-cantik ni  memang tak pernah tak ambik gambar, confrom ambik punya! sebab cantik kan. hikss

Okay ni tempat barista bikin coffee. Cool kan? Table aku dan suami sebelah ni je :)

 Ini view depan table weolls. Cantik kan deco dalam cafe ni :)

First Menu :  Spaghetti Aglio Olio Beef Bacon Aku Punya :D

2nd Menu : Salmon Grill Suami Saiya Punya :D

Last, Desert : Artisan Waffle with Coconut Ice Cream On Top! :D
Okay desert ni signature cafe ni taw, so must try kalau datang sini :)

Korang Search Google Maps or Waze je mesti ada.

 Tjantek
 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Open 11am-8pm
Boleh Dine-in, Drive thru or COD.
Phone No : 012-7377866
Instagram Official Tjantek

Alhamdulillah, pesanan weolls pun just sekejap je tunggu dah sampai. Know-know arrived. Tibehh. Settle makan semua around 9.30pm juga. Memang hazab nak habiskan, sebab aku order mengikut nafsu kenn. Padan muka. KAH! Tak sedar diri dah kenyang nak juga order lagi menu lain. :P

Okay uolls, sampai sini sajo perkongsian aku untuk belated birthday dinner sponsored by suami aku ni. Aku bersyukur sangat punya suami yang appreciated aku sebagai wife dia walau dia tak se-romantik suami-suami korang but still dia akan ingat tarikh2 special aku dan kitorang berdua. Yang penting selalu ada dengan aku time susah dan senang, hadiah semua belakang kira sebab aku dah dapat hadiah yang paling mahal seumur hidup aku iaitu Suami aku dan Bakal baby kami berdua. HIKS! My best birthday gift ever! Mohon korang doakan aku selamat bersalin ya awal bulan NOV ni. HIKS. Love chuolls! 

Jumpa next post yaw! Till then!

Love, xoxo Mira <3
Share
Tweet
Pin
Share
6 comment

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum, Selamat Pagi Korang!

Alhamdulillah, nasib baik blog ni still bernafas lagi. Mana tidaknya, tengoklah tarikh last posting aku. HAHA! Punya la hilang terus mood nak ber-blogging. Tapi nasib baik ada lagi passion untuk menulis tu. So, here i am with my new posting! hehe

Al-kisahnya, semalam saja-saja nak pergi berjalan ke Cherating, Pahang sebab kengkonon nya teringin nak makan pastry dekat satu Cafe yang tengah viral tu. Cafe Marion namanya. Korang pun mesti familiar dah kan? Sebab merata-rata pages di FB dah viralkan Cafe ni. Jadi , macam biasalah, benda kalau dah viral, memang menyakitkan hati sikit lah, sebab perit nak dapatkan benda tu. KIH3. Sama juga lah macam kes aku ni. Aku dan suami sampai kat Cafe tu dalam pukul 1.30pm. Punya lah semangat berkobar-kobar nak turun pergi beli, sekali tengok orang ramai beratur macam TIADA HARI ESOK, automatically cancel nak turun beli! like seriously ramai gila weh. Actually aku ada ambil satu video bukti ramai orang time tu, tapi dekat sini tak boleh nak upload pulek. So jadi simpanan aku jelah. hee..

That time masa aku sampai tu, Polis takde lagi. Memang penjarakan kelaut masa tu. Punya lah tak sabar masing-masing nak rasa pastry tu. HMMM. So, sis dengan hati yang sedikit KUCIWA, berlalu lah pergi dari situ tanpa berjaya take away. haha. sadisssss. Suami kat sebelah awal-awal lagi dah gelakkan kita sebab dia memang dah pesan kalau hari cuti jangan pergi, mesti ramai orang. Kebetulan Hari Malaysia pula kan. Tapi si isteri degil, nak juga pergi tengok dengan mata kepala sendiri. HAA rasain looo! Padan kena gelak je dengan dia. KAHKAH! Okay alang-alang aku bercerita story tragis dan menyanyat hati ni, mari aku kenalkan siapa owner Cafe Marion ni. Cafe ni diusahakan oleh pasangan suami isteri. Isteri dia merupakan seorang wanita islam dari Perancis. Suaminya orang tempatan. Haa so no wonder la pastry dia semuanya sedap. Memang pure dari Perancis. Air tangan Warga Perancis yalls! :)

Kat sini aku tepek sekali wajah mereka berdua dan gambar-gambar dessert dan pastry dari Cafe Marion. Sumber dari  Facebook Page Rizal Hakimm





Haa macam mana? Korang pun mesti terliur dan teringin juga nak makan macam aku kan? Nampak menyelerakan betholl semuanya kan. Okay kat sini aku sertakan sekali alamat cafe ni untk memudahkan korang nak pergi ke sana. Tapi apa yang aku boleh advice kat korang, datang awal dari masa Cafe dibuka dan datang pada hari weekdays. Kalau taknak menyesal macam aku. HAHA! Biasa lah baru-baru viral ni, Rakyat Malaysia ni pantang sikit. Salah sorang nya aku. KAH!

Cafe Marion
Open Thursday- Monday
1pm To 7pm
1011, Jalan Kampung Cherating Lama
Kampung Cherating
013 200 04305
Instagram Cafe Marion
Facebook Cafe Marion

Okay, bagi mengubati hati yang sedikit kuciwa itu, suami aku pun pujuk ajak picnic dekat pantai Cherating, alang-alang dah sampai ke sana kan. Dia belikan keropok lekor, sata dan otak-otak. Ehh lagi best rupanya picnic makan makanan macam tu. Sedap jangan cakap la kan. Sebab area sana makanan-makanan begitu memang first class ziss! HEHE. We olls berdua lepak dekat situ sampai pukul 3.30ptg baru gerak balik ke Kuantan. Alhamdulillah, terubat sikit kuciwa itu. LAHHHH tak habis lagi. haha! Okay bye


Haaa cantik kan pemandangan ni. Lagi tenang. hehe. TQ suamiku, sentiasa melayan la kerenah isteri dia ni yang makin mengada-ngada nak makan itu ini. Dia tak pernah mengeluh pun. Ikutkan je semua. HEHE. Alhamdulillah. So sampai kat sini aku berceloteh untuk harini. Tapi apa-apa pun yang penting di zaman endemik ni, kita jangan leka. SOP tetap kena patuh. Kalau boleh elakkan tempat yang bersesak dengan orang ramai ye. KITA JAGA KITA! Andddd Selamat Hari Malaysia 2021. I love Malaysia! <3

Bye, thanks for reading guysss. xoxo
Share
Tweet
Pin
Share
12 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  December 2022 (1)
  • ▼  2021 (2)
    • ▼  September 2021 (2)
      • My Birthday Dinner : Tjantek Cafe, Kuantan
      • Selamat Hari Malaysia 2021 | Cafe Marion, Cheratin...
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose