PELANCONG KESAL DENGAN PERHIMPUNAN HARAM?

by - July 09, 2011

KUALA LUMPUR: Beberapa pelancong yang sedang melawat Bandaraya Kuala Lumpur terganggu dengan perhimpunan haram yang berlaku di sini hari ini, menurut tinjauan BERNAMA. 

Seorang pelancong dari New Zealand yang hanya dikenali sebagai David, 48, berkata beliau kecewa dan tidak mengetahui akan perhimpunan haram itu dan berasa ketakutan setiap kali berjalan di bandaraya ini.

"Jalan lengang dan anggota polis berada di mana-mana...saya tidak mahu bandar raya yang indah ini jadi huru-hara," katanya yang melancong bersendirian.


Walaupun kesusahan ini disebabkan perhimpunan haram di Bandaraya Kuala Lumpur, keghairahan pelancong untuk melawat sesetengah destinasi yang terbabit tidak mematahkan semangatnya. 

Pelancong dari Amerika Syarikat, Justin Slappy berkata beliau gembira melawat Malaysia tetapi tidak bersetuju dengan perhimpunan haram ini dengan mengatakan ia boleh memusnahkan harta benda dan mencederakan orang awam. 

"Saya tidak mahu bandaraya ini menjadi huru-hara seperti di Libya atau di Mesir...saya fikir rakyat akan sengsara selepas tragedi. Rakyat sepatutnya berterima kasih dengan apa yang Malaysia ada sekarang," kata beliau. 

Slappy yang melancong ke Malaysia bersama-sama dengan dua orang kawan yang terkejut dan tidak mengetahui perhimpunan haram itu, merasakan mereka adalah mangsa keadaan. 
"Kita susah untuk ke mana-mana jika ini berlaku. Saya dan kawan saya terkena gas pemedih mata apabila kami membeli-belah di Plaza Low Yat. Ia menyebabkan mata kami pedih," kata beliau. 

Ketiga-tiganya terpaksa berlindung di bangunan itu selama sejam sebelum melawat Masjid Negara. 

Sementara itu sahabatnya Matt Heinritz, 22, berkata sebelum datang ke Malaysia, beliau sudah mendengar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman. 

"Pada mulanya saya hairan kenapa bandaraya ini lengang. Saya terkejut apabila saya tahu ini berlaku tetapi merasa selamat dengan kehadiran anggota polis," kata beliau. 

Seorang lagi kawannya Raja Kancharla, 22, berkata perhimpunan haram ini menjejaskan keseluruhan lawatannya yang pada mulanya mereka berhasrat untuk tinggal kira-kira dua minggu di sini tetapi akibat kejadian ini, mereka akan memendekkan lawatannya seminggu saja. 

Pelancong dari Ireland, Anthony Naismith, 38, berkata beliau kecewa kerana tidak dapat teksi dari Kampung Baru ke KLCC kerana pengangkutan awam terjejas akibat perhimpunan awam itu dan cuba menaiki LRT yang berhampiran. 

Beliau dan isterinya Martha, 34, pada mulanya ingin tinggal di Malaysia kira-kira tiga atau empat bulan tetapi dengan perhimpunan haram ini beliau akan memendekkan lawatannya ke negara ini. - BERNAMA 



hah, sumber ni aku dapat dari bharian online. hisy2, apela na jadi kan. tak memasal pelancong pon terbabit. aset negara tuh. hehe. sape suruh melancong kat malaysia. rasakan! HAHAHA. [ tibe2 gelak jahat ] ade sedikit gambar buat tatapan anda semua. sila menjamu mata.


RIBUAN penyokong BERSIH berarak dari Jalan Bukit Bintang ke Dataran Maybank pada perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini.


PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari PAsar Seni hari ini. - 


PENYOKONG BERSIH tidak berganjak ketika berhimpun berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur hari ini. 


PERSIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini.


PENASIHAT PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral.


AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini.


ANGGOTA Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia untuk mententeramkan keadaan ketika perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.


KUMPULAN Patriot turut berhimpun bagi menentang perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.


PENYOKONG BERSIH bertindak balas berikutan anggota polis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka pada perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini.


p/s : lantaklah nak wat perhimpunan bersih ke kotor ke, wa ta amik port coz wa ta duk kl, na join jauh tade ongkos. HAHA. adiosss!!




BERSIH2.0.PEACE.SALAM

You May Also Like

3 comment

  1. aish..wan..maner leh wat xtaw..nh org2 y berani menuntu keadilan u malaysia..nak hrpkan kite?hampeh lah...kerana polis tuh baling gas pemedih mata..ader org mati...excuse me..hal besar kott..pehal lak tibe2 nk bunuh org nih???igt nh kat luban per...

    ReplyDelete
  2. menakutkan. tak tahu nak jd apa..

    ReplyDelete
  3. yelahhh.. dah kau nak aku wat ape shai?

    marniey : mmg menakutkan. ape na jadiii

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dan komen :)