Dugaan Tahun Baru 2020

by - April 20, 2020


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar kita dah berada di bulan April tahun 2020. Seluruh negara kini dilanda wabak penyakit yang mengancam nyawa iaitu Coronavirus atau lebih dikenali sebagai Covid-19. Malaysia kini mencatat kematian seramai 80++ sehingga ke hari ini. Seluruh Syarikat diarahkan untuk tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP ni dijalankan. PKP telah pun dilaksanakan ke Fasa 3. Hampir sebulan juga la kita iaitu termasuk aku dan suami jugak terpaksa bekerja dari rumah, kata omputeh "Work From Home".

Bagi wanita yang dah sarat hamil macam aku ni, keadaan macamni memang amat membimbangkan.Banyak fikir benda- benda yang negatif instead positif. Tapi insha Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita. Apa yang perlu kita buat sekarang, Just duduk je di rumah. Tak perlu KESANA KESINI KESANA KESINI (*Baca ke nyanyi ni?haha!*) buat-buat sibuk. Virus ni cepat dan senang sangat merebak. So kita jangan selfish, just ikut sahaja arahan dari kerajaan. Virus ni memang dapat dicegah dan tamat dengan cepat jika kita betul-betul patuh dan tidak ingkar perintah Kerajaan.

Aku doakan semua wanita hamil dipermudahkan urusan dan dilancarkan proses untuk bersalin nanti. Korang pun doakan aku ye semoga dipermudahkan. Due aku insha Allah pertengahan bulan 5. Dah tak lama dah. Babies sulung kan, nervous lain macam. Hihi. Tapi aku tertarik dengan satu post dekat Facebook. Baby pakai Face Shield. Korang perasan jugak tak? hahaha comel sangat. geram je tengok. Okay bagi yang belum tengok aku attach sekali gambar tu dekat bawah. NAHH

Comel kan?
Sumber : Facebook

Aku tak sure ni dekat Hospital mana, but seriously comel sangat! hehe bagus jugak kan kalau pakai benda alah ni, at least takde la orang suka-suka hati cium baby. Dah ada virus or sakit apa-apa terus nak cium baby nak pegang. Bila parents baby tu tak bagi dikata pulak kedekut/berlagak ada baby. padahal mereka just nak protect je anak mereka. Baby kan mudah terkena jangkitan apa-apa penyakit. So parents memang paranoid la bab- bab macamni. Alert orang kabo. Ingat senang ke nak dapat baby. Dah dapat kena la jaga betul-betul. Tak gitu?

Okay done membebel. :D

So last word, Stay Home and Stay Safe okay. Nyawa kita ada satu je. Ingat tu. Oh lagi satu, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak Bulan yang mulia kepada semua umat islam seantero dunia. Lagi 3 hari gais! Tahun ni kita sambut serba sederhana saja. Less is more!  Bye Assalamualaikum! ;)

You May Also Like

5 comment

  1. pkp dah mula membuahkan hasil, sekarang new case dah menurun ke 30++ je which is turun banyak juga. semoga rakyat malaysia sabar sikit aje lagi and let's break the chain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul! angka yang semakin menurun ni buat semangat kita lagi naik kan. sikit je lag hopefully settle semuanya sebelum raya ni. aamiin! Stay home stay safe ya! ;)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. i hope this will end soon. i miss my family so much.
    you too stay safe sis

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dan komen :)