Pages

  • Home

Wan's


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Bagi yang belum baca Part 1, boleh baca dekat SINI .

Okay entry part 2 aku nak story tentang aktiviti kami pada hari ke-2. Dalam pukul 10 kami gerak dari houseboat menuju ke Sonamarg. Perjalanan memakan masa kira-kira 1 jam jugak. Sesampainya di sana, aku dengan tidak semena-mena pening kepala dan meloya nak muntah! sebelum sampai ke sana lagi rasa macam tu. Alahai. Takde rezeki betul nak naik kuda. Terpaksa la aku stay je kat dalam kereta sementara menunggu dorang semua jenjalan naik kuda kat Sonamarg. JELES!



sedang aku menikmati pemandangan dari dalam kereta, tiba-tiba muncul kuda ni sebelah aku. uish terperanjat aku! tetibe gesel-gesel badan dia dekat kereta ni. 

kemain lagi masing-masing bila dapat naik kuda. suhu masa ni -4 korang. FUH!

Tak terungkap dengan kata-kata kecantikan Sonamarg ni. kesejukan pun ye jugak. HAHA

suami aku be like "Sayang cepat snap gambar b, sejuk ni!"

dok tengah asyik snap gambar sepanjang perjalanan, eh tetiba masuk sekali dua orang ni dalam frame. CAKK



Alhamdulillah, dorang spend time naik kuda jenjalan kat sana dalam 2 jam. Selesai je dari sana, kami singgah ke restoran berdekatan untuk makan tengahari. Kebetulan semasa menunggu order kami siap, terjumpa sekali orang melayu kita dari Malaysia. Student rupanya daripada UNITEN, Bangi. Ada 3 orang, dorang baru je sampai harini. Dan kebetulan jugak, rupanya dorang la penyewa bilik hujung lagi satu dalam houseboat kita orang. So, tak semena-mena dapat kawan baru. yes ade gak geng perempuan! kalau tak aku sorang je perempuan. haha

Okay settle makan tengahari, Salman bawa kami bersiar-siar di bandar Kashmir. Kami sempat singgah di sebuah Masjid untuk menunaikan solat zohor sekaligus asar. Aku tak ingat apa nama masjid tu. tapi aku ada pengalaman pahit kat situ. okay meh aku nak share something pasal Kashmir ni. dekat tempat dorang ni memang ramai gila beggar. aku ni noob tak tahu apa-apa. masa aku nak menunaikan solat dalam masjid tu, aku pun bersiap-siap la nak pakai telekung. tapi aku ada perasan, ada satu makcik ni, dia asyik dok pandang aku je. aku jadi macam tak selesa. aku pun pandang dia balik, dia senyum. aku ingat normal lah kan, kita pandang orang, orang senyum. sekali meleset rupanya pandangan aku. dia senyum ada makna! dia datang dekat dengan aku, dia hulur tangan dia minta duit. selagi tak bagi selagi itu dia kacau aku. dah macam mana aku nak solat. KAU GHASE?? Dalam masjid pun macam ni weh, aku ni tak tahan kena ganggu, aku apalagi siap-siap terus keluar dari situ. tak sempat nak solat pun! geram gila aku masa tu, rasa macam nak hempuk je kepala dia dengan kasut tebal aku tu. aku ni bukan kedekut sangat tak nak bagi duit, tapi memang aku tak berduit. suami aku je yang berduit. haha. nasib baik dia orang tua je, aku bayangkan mak ayah aku terus cancel niat tu. ISHH! dekat sini itu jela isu yang aku serabut dan rimas. beggar dia sejenis memaksa kita bagi duit. kena lari jauh-jauh baru dia faham bahasa. aku macam fobia gila tau, sebab dia main tarik-tarik tangan aku. time tu darah takde kat muka aku rasanya. memang pucat lesi. bila aku keluar je dari situ, aku ingat laki aku dah settle solat, rupanya belum lagi. dia and the geng dok dengar ceramah pulak dalam tu. dan sekali lagi aku kena kacau. tak larat dah nak lari. fuh nasib baik laki aku dah keluar, terus aku melulu pegang tangan dia. dia pelik, kenapa muka aku pucat. aku cerita kat dia, terus dia pujuk pujuk aku. calm down kan aku jap. aku macam nak nangis time tu. first time kan dapat pengalaman macam ni, tu jadi macam tu. HAHA sadissss

Okay dah habis drama airmata, Salman bawa kita orang ke kedai souvenier dekat area-area situ juga. aku tak sempat snap gambar sebab sibuk pilih ole-ole untuk dibawa balik ke Malaysia. aku beli pashmina untuk ibu dan ibu saudara aku. then keychain and  fridge magnet. baju pula takda yang sesuai dengan citarasa aku, so aku tak beli. kita orang spend time kat situ dalam 1jam lebih jugakla. Then balik semula ke houseboat.

Sampai je dekat houseboat dah malam, makan malam pun dah ready. kita orang apalagi, bedal la. FUH! exhausted day tau hari tu. memang pack gila aktiviti. So masa untuk rehatkan badan, destinasi seterusnya esok pagi, Pahalgam.


Hey guys!
See ya on da next post
Part 3, xoxo
Share
Tweet
Pin
Share
4 comment

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Entry kali ni aku nak share tentang honeymoon kami di Kashmir. Kashmir juga dikenali sebagai  negara "Heaven On Earth". Ada sebab Kashmir dapat gelaran macamni. Dan aku pun sangat bersetuju sebab memang cantik gila Kashmir ni macam heaven! nak2 musim winter macam ni. FUH rasa tak cukup duduk seminggu kat sana. 

Okay, aku dan suami serta ada 3 orang bodyguard tukang ambil gambar (acah acah) bertolak dari KLIA 2 pada hari ahad 10 Feb lepas. Tiket flight kami pukul 7.30pm. Sepatutnya pukul 6.30 tapi delayed pulak. Around 8.40 baru fly. Perjalanan ke New Delhi mengambil masa selama 6 jam. Sebelum ke Kashmir, kami akan transit di New Delhi dan check in di sana 1 malam. Kami tiba di Airport New Delhi around 12.30am ( aku agak agak je sebab tak berapa ingat) then terus check in di Hotel Airport City. Hotel ni memang dekat sangat dengan airport. 10minit dah sampai. Dapatla lelapkan mata beberapa jam sebab keesokkan harinya flight ke Kashmir pukul 8pagi.

Sampai di Airport pukul 7.30 pagi, kami fly dalam pukul 9.00 pagi. Perjalanan dari New Delhi ke Kashmir mengambil masa selama 2 jam. Setibanya kami di sana dalam pukul 11.00 pagi, vibe sejuk menggigil tu dah ada. Dekat aiport dia, salji dah tebal gila. Keluar je dari India Airline tu, dah kena sarung baju sejuk. Subhanallah, tak boleh describe perasaan masa tu. Cantiknya ciptaan Allah, tak puas mata memandang. Cantik sangat! baru kat airport je padahal. KIH3 Alhamdulillah dapat juga merasa travel ke sini. THANK YOU SO MUCH SUAMI!

Gambar ni diambil masa dalam perjalanan ke Kashmir. Nak dekat sampai dah masa ni. Excited gila bila dapat tengok view macam ni. Al-maklumlah first time. Jakun sikit. 


Alhamdulillah setibanya kami di sana, kami disambut baik oleh tour guide kami yang akan menjadi driver kami sepanjang kami berada di Kashmir. Peramah dan baik orangnya. Dia suruh kami panggil dia Salman. Sebab dia acah-acah muka dia macam Salman Khan. Kami pun layankan jela. KIH3. Tempat pertama yang dia bawa, Pari Mahal. FUH nice gila babe view dia. Tempat ni kita kena panjat tangga. Baru dapat tengok view cantik dia tu. GIGIL WAKK. Tapi masa ni cuaca masih boleh bawak bincang lagi. belum sampai (-ve). kau tunggu tempat lain. haaa rasakan. kau sabajap!








Okay, ini baru first location. belambak lagi photos aku nak share ni. HIHI. Kami spend time masa dekat Pari Mahal ni selama 1 jam. Keluar je dari sana, kami singgah makan di salah sebuah restoran di Sonamarg. Alhamdulillah, kalau datang ke sini memang tak bimbang pasal makanan sebab semua memang halal food and kena dengan tekak kita orang Malaysia ni. First dish aku rasa kat sana, beriani kambing. Masha Allah sedap gila woit! tapi aku suggest kalau nak order next time, jangan order sorang satu. sepinggan boleh makan 2-3 orang. sebab banyak sangat. kitaorang first time so tak tahu la kan potion dia macam mana. kitaorg pun terpaksa lah habiskan jugak. takkan nak buang, membazir. Harga okay la, sesuai dengan potion dia yang banyak tu. Overall puas hati! Makanan sedap, hati senang!

Okay. lepas dah settle makan tengahari, Salman bawa kami ke Houseboat, tempat penginapan kami sepanjang bercuti di sini. Houseboat yang diberi nama Gulshan Rose. First attempt, quiet okay la. Gain new experience and first time jugak menginap di houseboat. Owner dia memang baik sangat. Di houseboat ni diorang menyediakan makan malam dan sarapan pagi. Bilik dia okay. Ada dua katil. Satu katil King dan satu katil single. Ada kayu api. So malam malam takde lah menderita kesejukan. Fuh bila malam, sejuk dia tak boleh bawak bincang weh! MINUS 1/2 okay. Bilik air pula ada bathtub. nice. air panas pun ada. penting tu taw bila bercuti di tempat sejuk ni!


inilah pemandangan dari luar. houseboat ni terletak di atas sungai Dal Lake. Best. dapat pengalaman baru tido di houseboat. baru adventure! 

Malam tu, Kami disajikan dengan hidangan nasi putih dan kari kambing. Alhamdulillah sedap masakan mereka. Penjaga houseboat ni couple lelaki perempuan umur lebih kurang 50-an ke atas. sebaya dengan parents kita. jadi tak kekok kalau nak communicate dengan dorang.dorang pun bahasakan diri dorang father and mother kat kitaorang. NICE! Hari pun dh larut malam, perut pun dah kenyang, apalagi tidur la. Rehatkan badan seharian non stop berjalan. Ready untuk ke destinasi seterusnya esok pagi, Sonamarg!


Hey guys, see ya on the next post.
Part 2
xoxo!
Share
Tweet
Pin
Share
12 comment

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua! Penghulu segala hari. Lamanya rasa tak menulis di blog. Sekali jarak new post mesti lama gila. dekat setahun. haha! alhamdulillah hari ini ada kelapangan sedikit, maklumlah hari jumaat. boleh la ngulor sekejap. sekejap je tau! jangan lelame :P

Alhamdulillah, bulan lepas bertarikh 02.02.2019, aku telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Afiq Shauqy dalam majlis yang serba sederhana. Juga dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepadanya. Syukur! Kami bernikah pada sebelah pagi dan terus bersanding pada sebelah petang pdi hari yang sama. Alhamdulillah segala urusan Allah permudahkan. Syukur sangat. Majlis kami diadakan di Dewan Utama Wisma Belia, Indera Mahkota Kuantan, Pahang. Benar, tahun 2019 ini terlalu banyak kenangan manis dan perubahan besar yang berlaku dalam hidup aku meskipun kita baru je menginjak ke bulan 3 kan? hihi. Thank you for accepting me for who i am, husband.  


Majlis Akad Nikah


Majlis Resepsi

Masuk bulan ini, dah sebulan aku bergelar seorang isteri. Syukur, sememangnya berubah 360 darjah kehidupan aku! kalau dulu semua benda single, settle barang single, nak pergi mana-mana minta izin mak abah je. Tapi sekarang, semua keperluan suami kita kena sediakan, makan minum dia dan yang paling penting, nak keluar ke mana-mana kena minta izin dia. HIHI. Syurga katanya. Bila dah jadi seorang isteri ini, banyak benda dah aku kena control. Yang UTAMA, shopping! KAH! beli ikut keperluan sahaja ye bukan ikut nafsu :P awal-awal suami dah sound. Berjimat cermat amalan mulia gituu. hihi. Korang yang bakal berkahwin tu get ready la ye! Perkahwinan ni bukan tentang seronok bersama semata-mata, tapi tentang tanggungjawab. Jaga maruah suami ye, sebab once kita sah jadi isteri dia, segala dosa kita jatuh atas bahu dia untuk dia pikul sepanjang hayat dia. So, jangan tau nak seronok je ye :P It's all about tanggungjawab actually ;) Semoga Allah merahmati dan memberkati rumahtangga kita semua ya. aamiin :)

Sekian sahaja setakat ini update dari aku. Sorry dua gambar je aku tepek kat sini. Okay la tu kan daripada takde. kih3. tunggu next entry okay. Memang banyak gambo aku nak tepek sebab next post aku nanti tentang honeymoon kami di negara bersalji. stay tune gaisss. tazzabarrr

See ya on the next post. xoxo
Share
Tweet
Pin
Share
9 comment

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum, selamat petang.

Hari ni nak share produk skincare apa aku guna untuk harian aku. Bermula daripada face cleanser sampailah kepada prep untuk  make-up. Okay kena mengaku awal-awal, aku jenis tak suka makeup berlebihan, apa jenis eye shadow, eye liner semua tak pakai. KEH

AIKEN - Tea Tree Oil Face Cleanser

Review aku untuk produk ni, setelah lebih kurang setahun pakai, memang kulit aku rasa best, bersih dan yang paling penting jerawat makin malu nak keluar! Basically untuk kulit yang sensitif macam aku ni, kena betul-betul pilih face cleanser yang okay supaya tak menyesal di kemudian hari. Overall, this cleanser yang terbaik setakat ini! Oh ya, produk ni ada di farmasi seperti watson/guardian. So, selamat digunakan!

Simple - Toner & Moisturiser 

Okay for me this is the best toner & moisturizer for ths time being. It's been a while i use this product. Totally sesuai dengan kulit aku. Produk ni pon u'll can get from farmasi guardian/watson. .Tapi tengok pada kesesuaian kulit jugak, tak semua kulit sesuai kan. So u'll kena try and error okay. 

Nutox- Advanced Serum Concentrate

For serum, i use this as my daily before i put on my makeup. This serum is a must okay! Perfectly well blend bila makeup. Muka akan rasa segar, bau dia pun soft2, lembut je. Texture dia tak berminyak. Ini paling penting untuk aku, aku memang tak suka serum yang berminyak. Dah jumpa! So yahh This serum juga ada di watson/guardian. Check it out ya.

Sephora - Primer

Okay after use that serum, next step kena pakai primer. For primer, i use this beauty amplifier primer from sephora. Setakat ni aku pakai, memang cantik hasilnya. Function primer u'll mesti tahu kan? Untuk buat makeup kita long lasting, tidak mudah cair atau bercapuk. One more thing, aku beli this primer almost 5 months till now still tak habis-habis. Memang jimat weh! Oh ya, i beli ni online. U'll kalau nk beli online juga, boleh direct ke website Sephora di https://www.sephora.my


Maybelline - Fit Me Foundation & Face Powder

Last but not least, is my fav compact powder matte+poreless and foundation Fit Me from maybelline. This product pun sama quite lama jugak i pakai. If dah lama tu memang sesuai la dengan skin aku. Foundation dia quite good, tak berat. What i mean by "tak berat" is bila kita apply di muka kita, tak rasa berminyak. Full covered jugak. Long lasting tak mudah tanggal and bercapuk. So far, these two is a must have foundation and compact powder! And of course this product also korang boleh check out di farmasi watson/guardian.

That's all i wanna share with u guys. for lips and blush aku suka tukar-tukar, kadang-kadang essence, kadang-kadang maybelline. Mascara pon! Ikut mood. HEE. But for sure, semua produk yang aku pakai memang insha Allah selamat sebab semuanya dari farmasi. Ingat, skincare kita kena pilih yang betul-betul okay, jangan menyesal kelak! Get it?

Thanks for reading guys! Daaa
Share
Tweet
Pin
Share
13 comment
Assalamualaikum,

Lame sangat dah rasanya tak jenguk blog ni. berkarat dah orang kata. tapi lantaklah berkarat pun nak tulis jugak! haha! Alhamdulillah, masih tak terlambat sis nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada seluruh umat islam, followers dn readers sekalian. dah nak masuk 10 hari terakhir ramadhan 2018 ni, moga2 puasa kita puasa yang mabrur tahun ini. Insha Allah aamiin!

Banyak sangat khabar gembira yg sis dapat sejak melangkah masuk ke tahun 2018 ni. Salah satunya yang sis nak share kat sini adalah, sis officially someone's fiance! hihi! Alhamdulillah siapa sangka, usia perkenalan kami tak sampai setahun pun, terus decide untuk merisik dan bertunang. Benarlah apa yang sering dikata, jodoh itu rahsia Allah. Apa yang sis boleh cakap, perkenalan sis dgn Encik tunang ni, memang sangat smooth. Step by step sehinggalah kami decide untuk bertunang tahun ini. Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami. Semoga langkah seterusnya juga Allah permudahkan semudah ini. Aamiin! 

Alhamdulillah, family encik tunang datang merisik sis pada 25/3/2018 lepas dan kami bertunang sebulan selepas itu iaitu pada 28/4/2018. Kiranya lebih kurang sebulan sis dah jadi tunangan orang. macam tak percaya, tapi ini realiti! harus dan wajib percaya! huhu. Kat sini sis nak share pic sekali sekitar majlis bertunang sis tempoh hari.

Sis dan Encik Tunang dan future mil


My Family


Pelamin paling superb! 


Mak njang, Pak Ngah dan MAK! Love u all so much!

Banyak lagi pic, tapi sis tunjuk yg ni jela. banyak2 karang dah macam ig pulek. hihi. Alhamdulillah, semoga ikatan pertunangan ni kekal hingga ke big day kami nanti. aamiin. doakan sis tau! hehe insha Allah sis doakan juga semua followers sis or reader yg baca post ni, semoga berjumpa jodoh masing2 tidak lama lagi. dikurniakan jodoh yang baik-baik. Aamiin! cepat atau lambat, itu kita serahkan pada takdir. yang penting usaha kena ada. semoga berjaya ya! hihi

Korang please pray for me untuk terus menulis blog. semakin hari semakin lemau rasanya nak menulis. mana tidaknya, busy dengan kerja. keiniginan tu selalu ada tapi tiap kali nak menulis mesti ada kekangan. haha! takpe, at least sis dah munculkan diri untuk entry hari ini. walaupun setahun kemudian. haha! rindunya zaman mula-mula menulis dulu. fun gila! banyak je idea. but now. hmmm hampeh haha.
Okay, sampai sini jela sis melalut. fuh nasib baik ada topik ni malamni. HAHA! untung2 rajin la menulis lagi lepasni. kih2 thanks for reading guys, xoxo!
Share
Tweet
Pin
Share
13 comment
Assalamualaikum,
Hai korangggggggg! lama dah aku tak bersiaran. okay2, untuk penutup syawal 2017 ni (walaupun semalam last day) aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri 2017 kepada semua blogger, kosong-kosong yer. Dgn harapan syawal tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. hihi. insha Allah.

Okay, since tahun ini tahun melawat pahang, aku nak tanya, korang suka tak bercuti di kawasan berbukit-bukau? kalau korang tanya aku, memang aku suka sangat sebab kat kawasan macam ini lah korang boleh dapat fresh air, temperature yang tak sepanas bandar dan warna hijau dimana-mana. wahhhh segarnya rasa! this time around, aku nak share ngan korang one of destination untuk bercuti
dalam waktu yang singkat tapi bermakna iaitu di Bukit Tinggi, Bentong Pahang.

Bukit Tinggi, Bentong Pahang ialah tempat percutian bertanah tinggi yang popular kat negara kita ni. salah satu sebab kenapa tempat ini menarik untuk dilawati ialah kerana tempat ini surrounding dia sejuk dan udara yang nyaman. belum lagi kalau korang ke puncak bukit. nak tahu apa yang ada kat puncak bukit tu? Haaaa korang find out lah sendiri yer, hehe. saja nak buat korang rasa tertanya-tanya, pastu dengan rasa ingin tahu yang kuat korang terus set vacation korang ke sana nanti. Yeah !!!

Apa sebenarnya yang ada di Bukit Tinggi ni? There is a few interesting places yang korang leh tengok sebab tempatnya memang unik. Salah satunya adalah perkampungan bertemakan Perancis. Yeah, tak yah jauh-jauh sangat pergi bercuti, kita bercuti kat sini je kita dah boleh tengok sikit culture French ni macam mana. Dengan suasana yang sejuk memaang kita dapat bayangkan kita ada dekat France. Cuma bezanya adalah takde Eiffel Tower la yer sebab dah nama perkampungan so korang faham-faham la yer. Lepastu ada Japanese Village, sama konsep dia cuma kali ni ala-ala jepun lak. So malas aku nak ulang lagi, korang dah tak payah beli tiket kapal terbang pergi Jepun. Kat sini pun dah ada sikit culture dia tau. hihiks


Sumber : Google Image

Amacam? menarik kan? okay, camne jalan nak ke Bukit Tinggi ni? tu yang aku nak share ni, Bukit Tinggi located dalam daerah Bentong, Pahang. Dari KL, ambil lebuhraya Karak ke Kuantan. Lepas rnr Genting Sempah akan ada exit ke Bukit Tinggi. Korang nak naik bas atau teksi pun no problem memang ada lalu ke sana.


Kat Bukit Tinggi ni jugak banyak port-port yang cantik untuk korang bergambar. Siapa-siapa yang nak jadi photographer cemerlang atau model yang melambangkan kehijauan aku alu-alukan kedatangan korang ke sini. Silap-silap kalau orang lain tengok gambar korang ingat korang kat France. Selain tu, ada satu taman yang dipanggil Animal Park, untuk korang yang suka tengok arnab, rusa, burung merak dan keldai. Sesuai untuk korang yang ada anak kecil yang nak ad experience tengok haiwan yang jarang kita jumpa kat tengah-tengah kesibukan kota KL. 


Sumber : Google Image 

So cute kan? Eiiiiii geram tau tgk webbit2 montok2 cmtuh. hehe. Okay, sekarang kita bercerita tentang penginapan. So, nanti kat sana korang nak duduk kat mana agak-agak? Dekat Traveloka, ada banyak amazing deals on bukit tinggi hotel online, so korang boleh check out nanti. Nak senang terus book jer. Kalau tanya aku, korang cuba check The Waterway Villa. Best tau experience stay kat villa ni. Bilik dia ada TV, meja, katil, shower dan tub siap aircon. Kalau drive kereta sendiri jangan risau, akan ada parking nanti. Kat area public pulak ada wifi untuk yang tak boleh hidup tanpa internet tapi bagi opinion aku la kan, kita kat area alam flora dan fauna ni cuti la kejap internet-internet ni semua. Baru dapat enjoy ciptaan Tuhan. Betul tak?

Sumber : Google Image

Wah, menarik kan suasana kat Waterway Villa ni? kat Villa ni juga ada swimming pool yang awesome mcm gmba kt atas ni, tempat untuk korang berkaraoke pun ada. Perfect Combo omputeh kata untuk percutian family. Pasal makan pula, aku jamin korang takkan kebulur sebab ada restoran makan di Villa ini. Kalau rasa tak kena dengan tekak, korang bawa jer maggi atau lauk dari rumah. Tapi bertahan sekejap jela risau basi nanti. Bila basi kalau korang sental gak, percutian korang nanti dah jadi tak best la. Di Villa ni ada polisi, korang TAK BOLEH bawak sekali haiwan peliharaan korang so jangan memandai-mandai nak bawak kucing korang bercuti sekali. Nanti tak pasal-pasal kucing korang kena buli ngan kucing hutan. hehhehehehe

Percutian kat Bukit Tinggi ni sesuai untuk korang yang asal area bandar so at least bila korang bercuti kat sini korang boleh appreciate the green world yang masih wujud di negara kita. gittew. hahahaha kbai


Thanks for reading guys!
See ya on the next post, xoxo. Mia !
Share
Tweet
Pin
Share
6 comment
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

NUFFNANG

THE AUTHOR


Wan Nur Amirah, 90's
Married. Kuantan, MY
Fulltime Acct | Partime Blogger
Hi Reader's! Nice to know you!

"A blog is not only a platform to express
your thoughts..
but also a medium to touch, motivate and inspire million lives."

A Blogger since 2010.

Any invitation media, product review, collaboration OR sponsorship kindly email at wan.nuramirah@hotmail.com. Thank You

Followers

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

HI THERE!


Flag Counter

INSTAGRAM

TRAVELOG

  • Cameron Highland
  • Pulau Perhentian
  • Kashmir Part 3
  • Kashmir Part 2
  • Kashmir Part 1

Pahalgam, Kashmir

Pahalgam, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

Pari Mahal, Kashmir

CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS

Lavender Garden, CH

Lavender Garden, CH
Powered by Blogger.

Random Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

COPYRIGHT ©

COPYRIGHT ©

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  December 2022 (1)
      • Baby food by theandra.co
  • ►  2021 (2)
    • ►  September 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  September 2020 (1)
    • ►  April 2020 (3)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July 2018 (1)
    • ►  June 2018 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (12)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (4)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  May 2012 (1)
    • ►  April 2012 (1)
    • ►  March 2012 (1)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (81)
    • ►  December 2011 (2)
    • ►  October 2011 (4)
    • ►  September 2011 (4)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (10)
    • ►  May 2011 (13)
    • ►  April 2011 (17)
    • ►  March 2011 (17)
    • ►  February 2011 (6)
    • ►  January 2011 (3)

Created with by ThemeXpose